Credit:Google
Semua orang perlukan kawankan. Kalau tak ada kawan, rasa sunyi pula hidup. Ada kawan bolehlah kita enjoy & buat apa saja aktiviti yang boleh dikongsi bersama dengan hati gembira. Agaknyalah.
Tapi kalau dapat kawan yang asyik bebel macam mak nenek, macam mana pula? Fuh…penatlah dengan kawan macam ni. Geram dibuatnya. Tiap kali keluar ada saja dia nak tegur kita, bukan dengan suara kecil. Agak besar juga.
Kalau aku memang direct aku cakap. Macam mak orang je. Then cakap tak kenal2. Terus jalan, biar dia ikut kita dari belakang. Siapa suruh membebel je. Malulah orang tengok. Ni belum jadi isteri orang, dah perangai mengalahkan mak nenek je. Biasalah kawan dengan perangai masing2.
Bukan tak boleh bebel tapi mestilah kena dengan tempatnya. Jangan sikit2 nak bebel. Orang pun boleh bosan tau. Kalau di tempat public, elok cabut je. Biar kawan tu sorang2. Siapa suruh bebel je tak kena tempat, buat malu je. Cabuttttt.






