Sekadar Renungan..:)
"Bilakah akan TERBUKA HATIMU untuk BERTUDUNG?"
✿~ Soalan : Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..
✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandagan ustaz?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA..
✿~ Soalan : Ustaz, wajib tak seseorang itu MENASIHAT kawan dia supaya menutup aurat?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus : WAJIB atas sesiapa yang mampu sahaja..
✿~ Soalan : Ustaz, setahu saya menutup aurat itu wajib, kalau wajib..adakah tergolong dalam DOSA BESAR?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus : MEMBIASAKAN DIRI membuka aurat menjadikan dosa kecil kepada DOSA BESAR..
:: AURATMU, MARUAHMU ::
1 comments:
Salam. Saya mohon repost ye.. nanti saya back link ke sini
Post a Comment