Buah delima...rasa pernah nampak tapi tak pernah makan buah ni. Tapi nak cuba rasa juga. Berminat sebab ada terbaca dalam forum Ratuhati pasal khasiat buah delima ni. Lebih2 lagi bagi ibu2 yang tengah hamil.
Dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141.
“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
Khasiat Pati Delima:
•melawan lemak, meningkatkan metabolisma badan
•membersihkan sistem pencernaan, mengurangkan kembung yang tersimpan dan mengempiskan perut
•bakar kalori / lemak
•melawaskan pembuangan
•buang angin dalam badan
•awet muda
•melegakan batuk/kahak/asma
•menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
•utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual)
•mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
•100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
•melancar aliran darah
•memperbaiki perjalanan haid
•mengeluarkan peluh / toksin
•melegakan sakit kepala/ migrain
•sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness dan serta mencantikkan kulit baby , Insyallah
•menstabilkan paras kolesterol
•Melawan Penyakit Gout/ Sendi
•Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
•melawan kanser - Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima kaya antioksidan dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada
CARA PENGAMBILAN:
2 sudu pati delima + segelas air (amalkan 2-3 kali sehari)
Aku tak jumpa buah delima lagi kat Bintulu ni, so aku belilah pati delima online. 1st time rasa fuh...punyalah masam. So aku buatkan jus baru masamnye kurang tapi sedap. Elok amalkan setiap hari sebab khasiatnye yang tak ternilai dan lebih2 lagi buah delima buah syurga.
0 comments:
Post a Comment