Dulu dgr facebook mbawa nasib tk bagus bg sstgh org.
Yelah sampai ada yg kena bunuh.
Bukan semualah mcm tu.
Tp lain pula kali ni...facebook dpt bantu polis tangkap pbunuh yg dikehendaki.
Emmm...mcm mn tu ya?
ROM - Seorang pembunuh upahan Mafia yang kejam dan menggelarkan dirinya sebagai Scarface akhirnya ditangkap pasukan polis Itali kelmarin selepas dia berjaya dijejaki menerusi laman perkongsian sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Pembunuh itu, Pasquale Manfredi yang berusia 33 tahun berada dalam senarai 100 orang paling dikehendaki di Itali.
Dia diburu selama setahun untuk membantu siasatan atas dua insiden pembunuhan dua samseng.
Bapa dua orang anak itu didakwa menjadi dalang pembunuhan dua samseng yang menjadi pesaingnya, Carmine Arena yang dibunuh pada Oktober 2004 dan Pasquale Tripaldi pada 2005.






