Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, November 21, 2012

Bantuan Untuk GAZA








Ayuh, sama-sama kita membantu saudara kita di Palestin yang sedang dizalimi dan tertindas. Jangan berdiam diri. JOM kita menderma!


Aqsa Syarif : “..RM300,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia telah kami (Aqsa Syarif Berhad) agihkan secara terus kepada mangsa-mangsa kekejaman Zionis. Kempen Aqsa2Gaza Emergency Relief – Selamatkan kanak-kanak Gaza mensasarkan RM1 juta untuk disalurkan ke Gaza…"


Hulurkan sumbangan anda melalui Aqsa Syarif Berhad sekarang!

Maybank Islamic 551575004299 atau
Bank Islam 12092010034904
Sebarang info dan update terkini boleh didapati di :
Website : http://www.aqsasyarif.org.my/
Facebook : https://www.facebook.com/aqsa.syarif?fref=ts

Sunday, November 18, 2012

✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿








✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿



1. KAWAN CHIPSMORE => Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA => Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan.

3. KAWAN PERFUME => Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU => Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE => Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU => Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN => Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI => Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING => Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU => Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!

Saturday, November 10, 2012

Anugerah Skrin 2012 - Membosankan Dan Kontroversi???



Permulaan siaran langsung Anugerah Skrin 2012 semalam di TV3 memanglah best...tapi tiba2 masuk bab ke alam fantasi yang banyak sangat melalut dan merepek tu yang buat aku rasa boring sangat. Tak sampai setengah jam aku dah tutup tv and tidur lagi bagus.


Rata2 komen yang aku baca di Facebook berpendapat yang sama juga....entahlah. Apa pun tak dinafikan ada adegan yang best. Dan ada juga adegan yang timbulkan kontroversi mengenai isu petikan lawak Rosyam Noor yang agak sensitif.

Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh





Apa komen anda mengenai lawak Rosyam Noor ni.......entah salah siapa....sendiri or penulis skrip....macam2lah...kalau nak buat lawak pun jangan sentuh mengenai perkara sensitif. Betul tak?   


Oh ya ni komen Ustaz terkenal kita: Ustaz Azhar Idrus....yang aku ambil di Facebook:


 

Oklah....aku malas nak komen banyak pasal tu....apa pun pesan aku, jangan nak buat lawak pasal agama ni sebab ia memang perkara yang sangat sensitif tau.......Cermin diri, Cermin Iman Anda.


Bagi yang tak tengok habis Anugerah Skrin 2012 tu...aku sertakan senarau pemenang malam itu yang aku sendiri copy paste dari blog orang lain...hehehe


1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Sunday, November 4, 2012

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Semalam and pagi minggu aku layan ceta "Aku Terima Nikahnya"....memamng best juga aku tengoklah.......kisah suami isteri yang diuji...terbaik..love it.





Nora Danish dan Adi Putra kembali digandingkan dalam filem terbaru arahan Eyra Rahman bertajuk Aku Terima Nikahnya. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 11 Oktober 2012. Antara pelakon lain yang membintangi filem Aku Terima Nikahnya ialah, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.

Trailer Filem Aku Terima Nikahnya

 

 



Saturday, November 3, 2012

♫❤ Jikalau ada♫❤



♫❤ Jikalau ada HATI, didiklah ia untuk mencintai perkara-perkara yang baik,sebelum ia MATI..


♫❤ Jikalau ada MATA, lihatlah perkara-perkara yang baik, sebelum ia BUTA..


♫❤ Jikalau ada LIDAH,tuturkanlah kata-kata yang baik, sebelum ia BISU..


♫❤♫ Jikalau ada TANGAN, gunakanlah ia kearah kebaikan,sebelum ia KUDUNG..


♫❤ Jikalau ada KAKI, gunakanlah ia untuk menuju kearah kebaikan, sebelum ia TEMPANG..


♫❤ Jikalau ada IBU BAPA, kasihilah mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri,sebelum mereka pergi d jemput ILAHI...♥.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."