Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, April 2, 2012

Suamiku, Sayangi Dan Romantiklah Dengan Isterimu


Betul ke orang berkata suami kurang romantis berbanding dengan isteri? Apa erti romantik? Romantik ialah suatu perasaan yg dapat dibuktikan dengan kata2 dan perlakuan apabila dia sanggup berusaha mengenalpasti keperluan pasangan dan memenuhi keperluan itu dengan mengorbankan kepentingan diri terutamanya keperluan emosi dan perasaan orang yang disayangi (isteri atau suami).


Mengikut kajian, kebiasaannya suami keturunan Melayu sukar menggambarkan sifat romantik secara terus terang spt mengungkapkan kata, “aku cinta padamu” kepada isterinya atau perlakuan seperti membuka pintu untuk isteri, bantu menolakkan kerusi apabila isteri hendak duduk lebih dipersepsi sebagai adab sopan masyarakat barat. Oleh itu bila suami berbuat demikian, dia dianggap sebagai romantik dan penyayang. 


Anehnya perlakuan demikian ada dilakukan ketika zaman percintaan, tetapi mulai hilang selepas berkahwin dengan alasan malu dilihat orang, sudah tua dan pelbagai alasan lain sebagai ‘tidak perlu’. Perlakuan romantik amat berguna dalam mengharmonikan sebuah perkahwinan bukan mengikut musim atau peringkat tertentu sahaja. Ia sepatutnya berterusan hingga ke hujung nyawa.


Panduan Menjadi suami romantik:

1)Nyatakan cinta kepada isteri dengan perkataan sama ada secara berhadapan atau melalui sms kerana isteri akan merasa dihargai dan dicintai.


2)Cintai diri sendiri yang kemudiannya akan dapat mencintai orang lain sebaiknya. Orang yang mencintai dirinya akan melakukan perkara yg terbaik untuk dirinya, menjaga dirinya dengan sempurna dan akan mempunyai ketrampilan yang positif, tenang dan bahagia justeru sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya selagi tidan bercanggah dengan syarak.


3)Memperbanyakkan masa bersama, makan berdua, berbual, bergurau senda, berpegangan tangan dan “jangan pedulikan” apa orang lain nak kata selagi anda tahu ia tidak salah di sisi agama.


4)Buktikan romantik anda melalui sentuhan. Apabila duduk berdekatan suami memegang tangan isteri dengan lembut, jika mahukan sesuatu pergi dekat dengan isteri atau beri isyarat tanpa meninggikan suara. Biasakan bersalaman/berciuman jika hendak berpisah untuk urusan kerja atau lain-lain.


5)Jangan lupa hari-hari istimewa spt ulangtahun perkahwinan dsbnya.


6)Tidak kedekut menghulurkan buah tangan atau hadiah.


7)Pandai memujuk yang paling penting.


Wallahu a’lam

“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam”

*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸.•*¨¨*•♪ღ♪*•*¨☮¨*☮•♪
─▄████▄████▄
██▒▒▒▒█▒▒▒▒██(¯`•´¯)
▀██▒▒▒▒▒▒▒██▀.*•❀•*
─▀██▒▒▒▒▒██▀.•..(¯`•´¯)
───▀██▒██▀(¯`•´¯)*•❀•*
─────▀█▀...•..*•

(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI. ~ Z ~ ♥

2 comments:

busanalayali said...

Great post,I really like your article..


busana muslim

Admin said...

terima kasih...:)

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."