Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, March 28, 2012

Renungan Indah Buat Si Gadis



GADIS,

✿~ Kau TINGGAL SERUMAH dengan lelaki bergelar BAPAK, PERKARA BIASA.. 

~ Tapi, kau MENINGGALKAN RUMAH demi lelaki bergelar "BALAK", RACUN BERBISA..

Segarang-garang bapak, di hatinya..CINTA TULUS SEMERBAK..

Sejiwang-jiwang balak, di jiwanya..NAFSU RAKUS MEROSAK..♥♥

Friday, March 23, 2012

:: KEWAJIPAN MENUTUP AURAT : BERTUDUNG ::

Sekadar Renungan..:)



"Bilakah akan TERBUKA HATIMU untuk BERTUDUNG?"

✿~ Soalan : Ustaz, saya ini orang yang tidak bertudung, ada orang bertanya bila hendak bertudung? Saya jawab, TUNGGU SAMPAI SERU, saya tidak mahu pakai tudung kerana dipaksa..takut nanti tidak ikhlas..apa pandangan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : bertudunglah walaupun dalam keadaan terpaksa, solatlah walaupun dalam keadaan terpaksa..puasalah walau dalam keadaan terpaksa kerana KEWAJIPAN itu memang kadangkala bersifat TERPAKSA, dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hatipun menjadi IKHLAS untuk beribadah kepadaNya..jika harus menunggu keikhlasan hati terlebih dahulu untuk beribadah, sampai bila hendak ditunggu? HIDAYAH bukan untuk ditunggu, IA MESTI DICARI..ia seperti makanan, jika tidak disuap..ia tidak akan masuk ke mulut..

✿~ Soalan : Ada sesetengah orang yang tidak bertudung berkata, "tidak bertudung tidak semestinya jahat..jangan terlalu kecilkan skop pemikiran sebab mentaliti manusia hari ini tidak seperti itu, kalau ada orang yang berfikiran seperti itu, orang itu SILAP..",apa pandagan ustaz?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Memang betul, tidak bertudung tidak semestinya jahat menurut AKAL MANUSIA..tetapi Rasulullah saw telah TEGASKAN, siapa yang TIDAK BERTUDUNG..dia seorang penderhaka, dia MENDERHAKA kepada Penciptanya dan penderhaka tempatnya di dalam NERAKA..

✿~ Soalan : Ustaz, wajib tak seseorang itu MENASIHAT kawan dia supaya menutup aurat?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : WAJIB atas sesiapa yang mampu sahaja..

✿~ Soalan : Ustaz, setahu saya menutup aurat itu wajib, kalau wajib..adakah tergolong dalam DOSA BESAR?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : MEMBIASAKAN DIRI membuka aurat menjadikan dosa kecil kepada DOSA BESAR..

:: AURATMU, MARUAHMU ::

Sunday, March 11, 2012

Wah...Besar Tapi Padan Muka Terkena...HAHAHA!!!

Entah apa2lah lelaki ni, asyik sangat sampai tertipu.
Tu lah....asyik sangat sampai terkena...hahaha.
Padan muka...sebarang tengok je.




p/s: Peringatan...jangan asyik nak tengok benda tak elok je.
Kan bagus p buat benda berfaedah sikit....hahahaha

Saturday, March 10, 2012

Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia

Sekadar mengimbas kenangan dulu. Nukilan RMH dari hati ke nukilan pena.



Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia

Dalam meniti arus percintaan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir aku berpisah dengannya
Kerana takdir jua aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu, tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana…
Aku masih menyintai dia
Aku masih menyingati dia
Aku masih berhubung dengan dia
Aku masih merindui dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya kenangan silamku
Dan Kamu adalah hidupku kini
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beriku masa, beriku ruang
Untuk mencari sejauhmana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahamiku….sayang
 
Nukilan: RMH

Pati Delima : Buah Dari Syurga



Buah delima...rasa pernah nampak tapi tak pernah makan buah ni. Tapi nak cuba rasa juga. Berminat sebab ada terbaca dalam forum Ratuhati pasal khasiat buah delima ni. Lebih2 lagi bagi ibu2 yang tengah hamil. 


Dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141.


“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)


Khasiat Pati Delima:

•melawan lemak, meningkatkan metabolisma badan
•membersihkan sistem pencernaan, mengurangkan kembung yang tersimpan dan mengempiskan perut
•bakar kalori / lemak
•melawaskan pembuangan
•buang angin dalam badan
•awet muda
•melegakan batuk/kahak/asma
•menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
•utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual)
•mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
•100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
•melancar aliran darah
•memperbaiki perjalanan haid
•mengeluarkan peluh / toksin
•melegakan sakit kepala/ migrain
•sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness dan serta mencantikkan kulit baby , Insyallah
•menstabilkan paras kolesterol
•Melawan Penyakit Gout/ Sendi
•Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
•melawan kanser - Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima kaya antioksidan dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada




CARA PENGAMBILAN:
2 sudu pati delima + segelas air (amalkan 2-3 kali sehari)


Aku tak jumpa buah delima lagi kat Bintulu ni, so aku belilah pati delima online. 1st time rasa fuh...punyalah masam. So aku buatkan jus baru masamnye kurang tapi sedap. Elok amalkan setiap hari sebab khasiatnye yang tak ternilai dan lebih2 lagi buah delima buah syurga.

Saturday, March 3, 2012

Taugeh Bagus Untuk Hamil???

Dulu sebelum kahwin pernah juga dengar taugeh ni bagus untuk mereka yang nak hamil. Betul ke? Bila tanya pak google, ramai juga yang dah cuba. Tak salahkan kalau nak cuba. Aku pun nak try...hehehe. Tapi aku lebih suka taugeh ni dicampur untuk buat cucur...sedap.



Petua hamil - Taugeh


Petua ni untuk sesiapa yang kurang subur disebabkan ovum tak keluar dari ovari. Cara-caranya:
1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.

2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.

3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.

4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.


Taugeh amat berkhasiat untuk persiapan ibu2 untuk mengandung. Ini kerana taugeh mengandungi hormon estrogen & progesterone semula jadi. 
 
 
Ia juga baik untuk penyakit kanser. Boleh mengurangkan/menghilangkan senggugut ketika period. menghasilkan mucus yang baik setiapp kali waktu subur dimana provide vagina discharge.
 
p/s: Selamat mencuba..:)
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."