PUISI DARI SUAMI KEPADA ISTERI UNTUK BERKAHWIN LAIN
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan
silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...
BALASAN DARI ISTERI UNTUK SUAMI
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah
TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPI...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!
kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi!
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu....
MATAHARI atau LILIN?
atau jangan-jangan
cuma MANCIS saja!
Hahaha...kalau tk mampu jgn mimpi nk kahwin lain!!!! Jgn marah.
0 comments:
Post a Comment