Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, May 23, 2009

Cerita Lucu

Kat sini sy nk kongsi sama cerita lucu yg sy dpt dr email2 yg member forward kat sy. Jgn gelak sampai tguling2 yek......rs tk lo sampai ke situ...hahahahha.

AYAH JENIS MATERIALISTIK

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis.
"Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab.
Setengah jam kemudian
Sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah.
Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya."
"Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta."
"Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis.
Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah pun berkata, "Kalau camtu hang cuba le skali lagi..."

'lagi..."
Ayah mata duitan ni...teruk btl...jual anak je keje.


LAWAK BAKAL STAFF

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia
berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang
mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek
untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai
penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan
kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf
Kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu
dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari
pejabat.
Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank
hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi
temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik,
Sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik
mendengar jawapandari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya
keluar.
Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa. "Awak
nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu.
Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya
memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi
Menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling
sambil berkata,
"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, Nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"
Hahahaha...apalah

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."