Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label syurga. Show all posts
Showing posts with label syurga. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAeHVNRmI9k-ZzADEZSla4Wx2nlsNoa4rBiu7Ow-8PaHChijgNrkyzkr64yleUZxu08inxtmG1RIgM5lpF1FAp59_i4I_EEaKMvrH_wz7YYld1fxrZgWLY_1N2v5Fzh0ZsxNtjdeM3/s1600/menangis.jpg


Sekadar renungan di malam Jumaat ini:

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Wassallam

Sumber:Facebook

Monday, January 17, 2011

Bila Syurga Bukan Lagi Terletak Di Tapak Kaki Ibu..???

Detik demi detik terus berlalu tanpa menanti sesiapa. Sehari demi sehari umur kita pun akan meningkat bersama peredaran masa. Namun, kita tak mudah lupa siapakah yang melahirkan kita di dunia ini. 


Tanpa insan yang bergelar ibu, siapalah kita. Jasa dan pengorbanan ibu memang tak terkira dengan wang ringgit. Walau berjuta million ringgit pun, ia tetap tak mampu membalas kasih sayang suci yang diberikan oleh seorang ibu. Sebab itulah orang selalu kata, syurga itu terletak di tapak kaki ibu.


Tapi bila syurga bukan lagi terletak di tapak kaki ibu, apa pula berlaku? Entahlah aku pun tak tau. Yang menjadi satu persoalan dalam fikiran aku ialah apabila ibu bukan seorang ibu dan apabila ibu tak layak mendapat martabat seorang ibu dan bukan lagi syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Ini berlaku apabila ibu sanggup melakukan perkara terkutuk dengan membuang bayi or anak yang tak berdosa tanpa belas kasihan, membunuh bayi yang belum mengenal erti kehidupan dan apabila ibu memusnahkan kehidupan anaknya dengan sejarah hitam yang tak bisa dibersihkan seumur hidup dalam sejarah hidup anaknya.


Credit:mymetro



Berita yang amat mendukacitakan...'Ibu suruh Saya Dirogol Abang'. Tergamak seorang ibu (Bagi aku wanita tak berguna ni tak layak dipanggil ibu) sanggup menyuruh anak lelakinya merogol anak perempuannya then menyerahkan anaknya itu kepada lelaki yang tak dikenali untuk melangsaikan hutangnya. Akibat perangai si jahaman yang berhutang ini, anak perempuan menjadi mangsa. (Eiii geram aku, jenis ibu apakah ini). 



Si jahaman ini bukan saja berbuat demikian kepada seorang anak perempuannya tapi kepada 4 lagi anak perempuannya yang lain. Memang sial betul punya ibu macam ni. Memusnahkan masa depan anak perempuannya saja. Memang patutlah anak tak memaafkan segala perbuatan ibunya ini. Biar si jahanam dan abangnya itu meringkuk dan diberi hukuman berat atas perbuatan yang tak bermaruah itu. 


Inilah contoh ibu yang bukan seorang ibu dan tak layak syurga terletak di tapak kaki ibu sebegini. Mudahan generasi ibu kita akan datang lebih bersikap kasih sayang dan menghargai kurniaan Allah dengan penuh kesyukuran. Bukannya membuang seperti sampah or bersikap kebinatangan.  Amin..:).


(Apapun, ibu mesti dihormati...hanya buat ibu yang baik2 aje...hehehe;)

Berita lanjut:

'Ibu suruh saya dirogol'

Thursday, November 18, 2010

Keistimewaan Wanita Yang Patut Kita Tahu

Credit:Google

Hari ni aku nak share sikit psl sst yg amat istimewa mgenai wanita. Sebenarnya kita ni beruntung menjadi seorang wanita. Kenapa? Sebabnye...anda bacalah 19 keistimewaan wanita di bawah ini. Dan aku pasti anda myukainye. So, jangan ingat diri anda wanita lemah saja tapi sebenarnya kita ni banyak keistimewaannye dan bisa mengegarkan dunia. Tak percaya tanya pakar...hehehe.


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Monday, October 25, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

Credit:Google

Beberapa hari lepas, kekasih aku bertanya. Kalau kita dah menjadi suami isteri di dunia ini, macam mana pula di akhirat kelak ye? Kalau ikutkan dia, bukan saja aku. Ingin hubungan suami isteri di dunia ni terikat hingga ke alam akhirat, syurga yg diidamkan semua muslimin dan muslimat. InsyaAllah. 


Aku sendiri pun tak dapat nak jawab soalan dia dengan pastilah. Biasalah aku ni banyak perkara tak berapa tahu sangat, lebih2 lagi bab agama. Masih dalam memperlengkapkan diri. InsyaAllah. Tapi kami berpendapat, sekiranya kita sama memohon pada Allah, InsyaAllah akan dipertemukan lagi di akhirat kelak. Mudahanlah...doa2kan je ye...:).


Kebetulan tengah mecari bahan menarik untuk info blog aku yang lain. Terjumpalah entry dr seorang teman blogger ni iaitu 'Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?'. Nampak menarik, lgpun serba sedikit mjawab persoalan kekasih aku tu.


Untuk perkongsian bsama, aku postkan entry tersebut di sini:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


So, kalau ingin menjadi suami isteri di alam akhirat, kenalah sama2 memperlengkapkan diri dengan amal ibadat serta amalan yang baik. Betul tak? Kalau silap tolonglah tunjuk ajar ok. TQ.

Friday, August 27, 2010

Dakapan Cinta ILAHI


DAKAPAN CINTA ILAHI

Aku bukanlah terbaik,
Bukanlah yang terhebat,
Bukanlah sebaik manusia,

Untuk memberi kebahagiaan,
Untuk memenuhi harapan,
Memimpin tangan ke syurga Ilahi.

UntukMu yang teristimewa,
Aku sekerdil manusia,
Yang lemah jiwa lemah tenaga,
Merawat lara yang terasuk sekian lama,
Lara cinta dunia yang hanyut,
Lalu mencari jalan pulang,
Ke pintu kasih yang sebenar.
Ke dakapan cintaNya....Allah yang Maha Pengasih & Penyayang.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."