Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, April 13, 2012

9 Waktu Mustajab Untuk Ibu Bapa Nasihat Anak



Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :

1-Sebelum anak tidur.
2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
3-Selepas anak bangun tidur.
4-Selepas anak mandi.
5-Selepas anak solat.
6-Selepas anak membaca al-Quran.
7-Selepas anak berdoa.
8-Selepas anak beriadah.
9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
 

Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :

Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).

Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”

Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Wallahualam.


♥ Share untuk manfaat bersama ♥
 

sekadar perkongsian

Sunday, May 8, 2011

10 Selebriti Mendapat Gelaran 'Hot Mama', Angelina Jolie Salah Seorang Darinye..I Like It!!

credit:mstar


Mempunyai anak adalah impian bagi semua pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga termasuklah aku kelak...hehehe. Tapi ada juga yang fikir banyak kali untuk melangkah ke alam 'ibu' ni. Sebabnye takut bentuk badan tak mengancam tapi sebenarnye mereka silap. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada 10 selebriti yang memang seksi mendapat 'Hot Mama'. Walaupun mempunyai anak, bentuk badan masih power beb!!


Antara 10 'Hot Mama' itu ialah:
1. Heidi Klum

Setiap wanita yang menjadi model 'Victoria's Secret' tentunya tidak perlu ragukeseksiannya. Salah satunya Heidi Klum. Supermodel 36 tahun itu kini telah dikurniakan empat orang anak, namun tubuhnya masih cantik dan menarik.


2. Angelina Jolie 

Aktres 34 tahun ini selalu kelihatan seksi walau mempunyai anak yang cukup ramai iaitu tiga orang anak angkay dan tiga lagi anak kandungnya hasil hubungan dengan pelakon Brad Pitt. Selain mengurus anak-anaknya, dia juga selalu tampil di aktiviti kebajikan.


3. Gwen Stefani

Salah seorang ibu tercantik saat ini tentu sekali layak diberikan kepada Gwen Stefani. Dia kelihatan selalu berpenampilan cantik di setiap acara yang dihadirinya. Gwen mempunyai band rock, berkahwin dengan bintang rock dan melahirkan dua anak comel.


4. Halle Berry
 
Setelah ditempatkan ke dalam 50 Most Beautiful People, Halle pastinya secara automatik tersenarai sebagai hot mama. Pada usia yang sudah mencecah 40 tahun, dia tetap kelihatan sempurna. Tidak keterlaluan jika menganggap Halle sebagai ibu yang seksi. Pada 2003, dia juga menjadi wanita paling seksi menurut FHM.


5. Jessica Alba

Untuk pertama kalinya pada 2001 Jessica Alba tersenarai antara 100 wanita paling seksi di majalah Maxim. Pada 2006, wajahnya menjadi penghias kulit depan majalah Playboy, dan beberapa tahun kemudian dia mempunyai anak. Bagaimanapun, tiada sedikit pun perubahan pada diri wanita itu kerana dia kelihatan sama seperti pertama kali muncul sebagai wanita seksi.


6. Reese Witherspoon

Ibu kepada dua anak iaitu Ava dan Deacon, Reese Witherspoon ini telah empat kali tersenarai antara 100 orang paling cantik di majalah People. Tentu tidak ada yang meragui keseksiannya. Wajarlah dia menyandang gelaran Hot Mama. Selain sibuk dengan karier, dia tidak lupa mengurus kedua anaknya. Malah, Reese yang baru saja berkahwin dengan Jim Toth mengaku ingin menambah anak lagi.


7. Jennifer Lopez

Bertubuh cantik, itulah yang ada pada diri Jennifer Lopez. Walau sudah dikurniakan dua anak kembar, penyanyi lagu 'Jenny From The Bronx' itu masih kelihatan seksi. Selain sibuk, dia juga mengaku bayi-bayinya masih menjadi keutamaannya.


8. Kate Hudson

Kate Hudson dikurniakan seorang putera bernama Ryder dari perkahwinannya dengan Chris Robinson, pada tujuh tahun lalu. Kini, artis berumur 31 tahun itu sedang mengandung anak keduanya. Namun, anugerah sebagai wanitaseksi masih tidak hilang dari bintang Bride War itu.


9. Victoria Beckham 

Walaupun telah dikurniakan tiga anak lelaki, ia tidak membuat aura seksi Victoria Beckham pudar. Setelah berkahwin dengan pemain bola sepak, David Beckham pada Julai 1999, dia masih seperti dulu. Tentunya tidak keterlaluan jika menggelarkan anggota Spice Girls itu sebagai hot mama. Kini, Victoria juga sedang hamil anak keempatnya. Dia dijangka akan bersalin pada hujung tahun ini.


10. Christina Aguilera

Tentunya gelaran hot mama tidak perlu diragukan lagi bagi penyanyi lagu Beautiful itu. Bahkan, dia pernah mengatakan bahawa penampilan adalah segalanya, walaupun sudah dikurniakan seorang anak.

Sumber:mstar


Bestkan lahir anak and badan masih seksi lagi. Sebenarnya bentuk badan sebelum or selepas melahirkan anak bergantung bagaimana kita menjaga badan kita. Takkan semua lepas lahir anak, kita jadi hodoh...tak betul tu. Sebab 10 Hot Mama ni sudah membuktikan, lahir anak makin nampak menawan...hehehe.

Thursday, November 18, 2010

Keistimewaan Wanita Yang Patut Kita Tahu

Credit:Google

Hari ni aku nak share sikit psl sst yg amat istimewa mgenai wanita. Sebenarnya kita ni beruntung menjadi seorang wanita. Kenapa? Sebabnye...anda bacalah 19 keistimewaan wanita di bawah ini. Dan aku pasti anda myukainye. So, jangan ingat diri anda wanita lemah saja tapi sebenarnya kita ni banyak keistimewaannye dan bisa mengegarkan dunia. Tak percaya tanya pakar...hehehe.


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Saturday, May 1, 2010

Pernah Nampak Kala Jengking Melahirkan Anak Tak? Tak Pernah, Terjah Sini!

Menarik betul ciptaan Tuhan kan. Bermacam jenis binatang dengan cara melahirkan anak yang agak sedikit berbeza. Sebagai contoh kala jengking ni. Ni 1st time aku tengoklah. Macam mana unik tak?


Friday, April 30, 2010

Siti Nurhaliza Mahu Rehat Panjang Sebab Nak Dapat Baby? Gossip Je Tu

Credit:Google


Spekulasi & gosip sana sini kedengaran bila Datuk Siti kita ni myuarakan hasrat hati untuk berehat panjang bermula Jun ini selepas bgiat aktif dalam bidang seni suara selama 15 tahun. Biasalah dah namanya gosip, macam2 tanggapan orang kat kita kan. Lebih2 lagi artis tsohor Malaysia ni. Orang tkenal bah, siapa yang tak mahu kepoh2. Aku pun nak turut kepoh juga ni..he3.


Ada orang cakap, Datuk Siti nak rehat panjang ni sebagai langkah pertama untuk mengundur diri. Ye ke? Alah takkanlah Datuk Siti kita ni nak mgundur dirikan? Dah berada di kemuncak seni sudah. Rugilah nak undur2. Nanti peminat merajuk payah nak pujuk..ha2. Gurau je.


Sumber:Kosmo


Ada pula orang kata Datuk Siti merehatkan diri agar memudahkan dirinya untuk mendapatkan cahayamata yang menjadi idamannya sejak awal perkahwinannya lagi. Emmm...kalau tak rehat, tak dapat anak meh? Gosip ni memang2 tak betul ni. Yalah berehat atau tidak, Datuk Siti bersama suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, sememangnya berusaha untuk ke arah mendapatkan zuriat....tu yang Datuk Siti cakaplah. Bukan aku cakap2. Sebab tu hidup mereka ma.

Dera Anak Guna Rotan, Getah Paip. Gara2 Anak Hiperaktif....Tak Ada Cara Lain Ka? Asyik Nak Dera Je

Entah nak cakap apa dah dengan manusia sekarang. Macam tak msyukuri nikmat diberi oleh Tuhan kepada mereka saja. Nanti Tuhan tak bagi langsung rezeki baru menyesal. Bila dah ada buat macam2 hal...dera sana, buang sini, bunuh sana & apa2 lagilah yang bkaitan.


Kalau ye pun anak tu hiperaktif, janganlah nak dera guna rotan & getah paip sampai luka2 badan budak tu dibuatnya. Pastinya ada cara lain nak didik anak. Tak terfikirkah, dengan cara itu akan buat anak lebih jahat or apa2lah. Mana tau si emak & si bapa pula kena dera. Yelah asyik dera anak je. So anak pun ikut perangai macam mereka....he2. 




MELAKA - Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun dengan memukulnya menggunakan rotan dan getah paip di sebuah rumah di Umbai, Jasin baru-baru ini.


Pasangan berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 35 tahun Rabu lalu selepas menjumpai kanak-kanak tersebut ketika dia sedang merayau-rayau di sebuah pasar malam di Machap Umboo di sini dua hari sebelum itu.

Friday, April 23, 2010

Panduan Miliki Anak Ramai Bagi Yang Ingin Anak Ramai2 Tak Terkira!!

Hiasan semata2.
(Credit:Google)

Bagi anda yang ingin memiliki anak ramai or dalam delima untuk menjaga anak yang terlalu ramai ni. Sini ada 3 panduan yang boleh anda ikuti. Mana tahu dapat kurangkan stress ke apa, or sebagai langkah berjaga2 di masa depan. Yelah mana tahu dapat anak ramai. Setiap kali proses dapat anak kembar macam gambar kat atas tu. Cutekan?


3 panduan ni meliputi aspek fizikal, emosi dan mental......silalah baca kalau nak sangat anak ramai..he3.


Fizikal:

- Didik anak berjimat dan ajak mereka berfikir apa yang boleh dilakukan bersama untuk menambah pendapatan.

- Jana pendapatan (termasuk anak) dengan mengusahakan apa saja perniagaan berasaskan kemahiran seperti mengajar mengaji, kelas tambahan atau memasak.

- Jangan malu dan bersikap pentingkan diri sendiri. Isteri seharusnya lebih faham keperluan keluarga. Jangan biarkan suami sendirian mencari pendapatan. Tekanan boleh mengakibatkan masalah lain.

Friday, January 29, 2010

Apa Dah Jadi?...Ibu Disyaki Bunuh 2 Anak

Isss...bahaya btl org sakit mental ni.
Sampai bunuh anak sendiri...ye ke??
HEATHFIELD - Polis Britain menangkap seorang ibu, Fiona Donnison kerana disyaki membunuh dua anak kandungnya yang masih kecil setelah mayat mereka ditemui di dalam but keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuhan kejam itu terbongkar apabila Donnison, 43, (gambar) memasuki sebuah balai polis di sini dan menyuruh beberapa anggota polis supaya menggeledah keretanya yang diletakkan berhampiran balai berkenaan.

Polis kemudian menemui mayat anak lelakinya yang berusia tiga tahun iaitu Harry dan mayat adik perempuannya, Elise yang berusia dua tahun.

Friday, January 22, 2010

Si Tanggang, Sanggup Engko Halau Mak...Ya? Nanti Aku Sumpah Jadi Batu Baru Tau

Alahai...apalah punya anak.
Dah hidup senang kat negeri org, lupa mak yg 8 bulan mgandungkan engko.
Sanggup engko buat2 tk kenal mak ya.
Mmg nk kena sumpah dgn aku ni.
Kurang ajar punya anak....elok aku buang dlm sungai dulu...hahaha.


Kasihan btl makcik..kena halau dgn anak yg tk kenang budi.
Nanti dia pati akan mdpt pembalasannya.

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Saturday, September 5, 2009

Cara Agar Anak Anda Tak Hilang

Hahaha...nilah cara tbaik utk elak anak dr hilang entah ke mana. Mcm anjing pula ye. Serupa tp tk sama. Tapi apa nk buat. Anak2 ni kalau tk di jaga spjg ms, entah mn mrk hilang. Payah pula nk carinye. Kalau tk dpt cari, jd satu kes pula.

Saturday, May 30, 2009

Gambar anak Erra Fazira...cute btl!!!

Dari dulu hingga sekarang, sy mmg minat artis ni....mmg cantik & mcm2 gossip psl dia. Tp syukurlah wpun byk tempuhi dugaan hidup...akhir bahagia juga.....baby dia juga cute.

Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya...moga bahagia selalu...amen.




Saturday, May 23, 2009

Haiya....nak tu lah...nak tuuuuuuu

Ni cerita bapak yg tk faham2 apa yg anak mau...dah byk kali bg klu pun msh blur.

Sy dpt cerita ni dr member sy yg rajin forward email...hehehehe.

Jommm tengok!!!!!

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."