Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label rogol. Show all posts
Showing posts with label rogol. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Datuk Usia 89 Tahun Rogol Cucu Umur 10 Tahun 6 Bulan....Gila Punya Orang!!!

Credit:Google


Tak patut...tak patut, umur dah 89 tahun masih nak buat dosa. Orang patutnye ingat kubur memanggil2...rumah pula kata pergi. Ni tak, buat perkara terkutuk terhadap cucu sendiri yang hanya berusia 10 tahun 6 bulan. Memang gila seks betullah datuk ni. Mudahan kita semua dijauhi dapat datuk sebegini. Teruk betul manusia akhir zaman sekarang ya.


Datuk didakwa rogol cucu di kandang lembu

 

KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti 
menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."...berita lanjut beli KOSMO :)

Monday, January 17, 2011

Bila Syurga Bukan Lagi Terletak Di Tapak Kaki Ibu..???

Detik demi detik terus berlalu tanpa menanti sesiapa. Sehari demi sehari umur kita pun akan meningkat bersama peredaran masa. Namun, kita tak mudah lupa siapakah yang melahirkan kita di dunia ini. 


Tanpa insan yang bergelar ibu, siapalah kita. Jasa dan pengorbanan ibu memang tak terkira dengan wang ringgit. Walau berjuta million ringgit pun, ia tetap tak mampu membalas kasih sayang suci yang diberikan oleh seorang ibu. Sebab itulah orang selalu kata, syurga itu terletak di tapak kaki ibu.


Tapi bila syurga bukan lagi terletak di tapak kaki ibu, apa pula berlaku? Entahlah aku pun tak tau. Yang menjadi satu persoalan dalam fikiran aku ialah apabila ibu bukan seorang ibu dan apabila ibu tak layak mendapat martabat seorang ibu dan bukan lagi syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Ini berlaku apabila ibu sanggup melakukan perkara terkutuk dengan membuang bayi or anak yang tak berdosa tanpa belas kasihan, membunuh bayi yang belum mengenal erti kehidupan dan apabila ibu memusnahkan kehidupan anaknya dengan sejarah hitam yang tak bisa dibersihkan seumur hidup dalam sejarah hidup anaknya.


Credit:mymetro



Berita yang amat mendukacitakan...'Ibu suruh Saya Dirogol Abang'. Tergamak seorang ibu (Bagi aku wanita tak berguna ni tak layak dipanggil ibu) sanggup menyuruh anak lelakinya merogol anak perempuannya then menyerahkan anaknya itu kepada lelaki yang tak dikenali untuk melangsaikan hutangnya. Akibat perangai si jahaman yang berhutang ini, anak perempuan menjadi mangsa. (Eiii geram aku, jenis ibu apakah ini). 



Si jahaman ini bukan saja berbuat demikian kepada seorang anak perempuannya tapi kepada 4 lagi anak perempuannya yang lain. Memang sial betul punya ibu macam ni. Memusnahkan masa depan anak perempuannya saja. Memang patutlah anak tak memaafkan segala perbuatan ibunya ini. Biar si jahanam dan abangnya itu meringkuk dan diberi hukuman berat atas perbuatan yang tak bermaruah itu. 


Inilah contoh ibu yang bukan seorang ibu dan tak layak syurga terletak di tapak kaki ibu sebegini. Mudahan generasi ibu kita akan datang lebih bersikap kasih sayang dan menghargai kurniaan Allah dengan penuh kesyukuran. Bukannya membuang seperti sampah or bersikap kebinatangan.  Amin..:).


(Apapun, ibu mesti dihormati...hanya buat ibu yang baik2 aje...hehehe;)

Berita lanjut:

'Ibu suruh saya dirogol'

Thursday, December 16, 2010

Hentikan Penderaan Kanak-Kanak – Stop Child Abuse. Pesanan Buat Manusia Yang Tidak Reti Rasa Sakit Dan Hilang Nilai Kemanusiaan.


 Huhuhu...jangan dera saya!!


Semacam satu musim pula sekarang ni, dulu heboh suratkhabar memaparkan kes pembuangan bayi dan kes rogol, sekarang ni heboh pula pasal penderaan kanak-kanak. Lepas ni apa lagi agaknyalah.


Tak tahulah kenapa manusia akhir zaman ni makin hilang rasa perikemanusian, rasa nilai kasih sayang dan kadang2 tu seolah menganggap seseorang itu terutamanya bayi dan kanak2 sampah atau satu benda yang boleh dibuat sesukahati tanpa fikir rasa sakit dan penderitaan yang dialami oleh kanak2 dan bayi yang malang ini.


Semua sedia maklumkan kita manusia ni dikurniakan Tuhan otak untuk berfikir, mana yang patut kita lakukan dan mana tak patut. Serta perasaan untuk merasa sakit, sedih, gembira dan sewaktu dengannya. Lainlah kalau binatang. Namun, binatang lebih faham erti rasa kasih sayang pada anak2 mereka. Kadang2 tu lebih dari manusia. Walaupun binatang tak diberi kelebihan seperti manusia tapi mereka hargai anak mereka sendiri, malah kadang2 anak binatang lain juga. Walaupun tak semua, dah namanya binatangkan..


Namun, kita ni manusia tapi masih juga sampai hati nak dera kanak2 or bayi kecil yang semestinya comel. Kalau aku memang tak sanggup. Lebih2 lagi anak sendiri. Mintalah dijauhkan dari perkara tak elok ni ya. Aku harap buat manusia yang kadang2 bersikap kebinatangan or lebih seperti binatang buas, hentikan penderaan anda terhadap kanak2. Hargailah manusia tak bersalah ni dengan rasa takut dan syukur ke atas kurniaan Tuhan yang tak ternilai harganya itu.


 Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa dera.

Bacalah berita kes penderitaan kanak2 di bawah ni sebagai renungan kita semua dan fikir2kanlah apa harus anda lakukan bila berdepan dengan gejala sedemikian?


25 kes dera budak di Terengganu
Kes jenayah terhadap kanak-kanak membimbangkan
Masyarakat perlu prihatin kes dera kanak-kanak
123 kes dera, abai kanak-kanak


Nukilan;




Tuesday, November 30, 2010

CoretanMaya: Rogol Sana, Rogol Sini…Tak Sudah2 Dengan Nafsu Iblis Tu

Ahli keluarga sdiri pun, tk leh caya!!


Dari dulu hingga sekarang, kes rogol ni asyik kedengaran di mana2 dada akhbar. Apa tindakan kita? Apa yang sudah dilakukan oleh pihak kerajaan? Apa hukuman yang telah dikuatkuasa? Apa kesudahan nasib kita sebagai perempuan yang sering menjadi mangsa nafsu serakah kaum lelaki yang durjana ini?


Takut betullah, bila fikir2 jadi perempuan ni. Di mana2 ada saja mata jahat yang cuba mengambil kesempatan. Tak kira anda berpakaian seksi atau berselubung penuh.Tak kira anda remaja, tua ataupun bayi, Kes macam ni semacam menjadi lumrah dalam hidup kaum jantan yang tak bermoral ini. Mana pergi pertimbangan akal anda? Tak takutkah anda, Tuhan yang sentiasa memerhati setiap kelakuan hina anda itu? Aduh payah betul.


Bukan saja orang luar tak boleh dipercayai. Tapi orang yang paling dekat dengan kita pun tak boleh percaya. Ayah, abang, adik dan saudara. Mereka ini paling membahaya. Bukan semualah. Tapi golongan inilah yang sering menghangatkan dada akhbar sekarang. Yang baru2 ni, saya ada terbaca pasal bayi yang mati kerana diliwat ke apa. Apa kes? Bayi secomel & sekecil itu diperlakukan sebegitu. Aduh, dah hilang akalkah manusia sekarang? Si ibu pula sanggupkah anda berdiam diri melihat kejadian begitu? Jangan kerana sayang, kita menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram. Bertindaklah sewajarnya dari menangung dosa.




Penat bila fikirkan kes semacam ini. Tak ada penghujung ceritanya. Perkara yang sama saja berlaku. Entah apa tindakan keras yang diambil oleh kita atau kerajaan? Sekadar hukuman yang biasa2 tu. Mana orang nak takut dah. Makin menjadi-jadi adalah. Ok..para perempuan, berhati-hatilah sepanjang masa. Mudahan kita dijauhkan dari perkara tak elok ini. Mudahan Tuhan sentiasa bersama kita. Amen.

Nukilan;

Thursday, November 25, 2010

Remaja Lelaki Dirogol 4 Wanita, Biar Betul??

Gambar hiasan je


Kadang2 rs tk percaya juga bila dengar lelaki kena rogol dengan perempuan. Selalunye kes rogol ni berlaku ke atas perempuan bukan lelaki. Tapi terbalik pula sudah dunia ni. Ni lelaki pula jadi mangsa rogol. Tapi terfikir juga, lelaki tu kalau kena rogol akan alami trauma seteruk perempuan ka?  Maruah diri mereka akan tercemarkah or mereka lebih rasa seronok diperlaku demikian? Yelah, dpt nikmat yg tk diduga. Entahlah.


Apa2 pun kalau bkait mgenai rogol. Memang pkara yg tk baik punya. Memang mcemar seluruh jiwa raga mangsa. Trauma dan macam2 perasaan yg mganggu jiwa si mangsa. So, sebagai perempuan bhati2lah di mana jua anda berada...pesanan ni bukan buat perempuan je tau. Lelaki juga harus waspada kerana dunia skrg tbalik. Jgn pula anda jd mangsa rogol perempuan pula nanti. Macam kes dalam berita di bawah ni:

PAPUA - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun diserang oleh 10 orang wanita yang bersenjatakan pisau di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pegawai polis, Teddy Tei memberitahu, sekumpulan wanita tersebut menyerang remaja sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
"Lebih 10 wanita bersenjatakan pisau menyerang remaja tersebut dan empat daripadanya telah mengadakan hubungan seks dengannya.
"Saya selalu memberi amaran kepada wanita untuk berhati-hati pada waktu malam, namun kini saya memberi amaran tersebut kepada lelaki juga," katanya.
Tei memberitahu, dia bimbang wanita-wanita tersebut mungkin menghidap HIV/AIDS dan telah menjangkiti remaja tersebut. - Agensi

Fuh...mmg ganaslah 10 org wanita ni, guna pisau serang si mangsa. Nasiblah 4 org yg rogol dia. Kalau kesemua 10 org, tk taulah nk cakap apa...sdiri bayangkan jelah. Teruk btl. Mudahan dijauhkan pkara tk baik ni. Tk kira ke atas perempuan mahupun lelaki.

Monday, July 5, 2010

Guru Rogol Murid......Bencinya Dengan Guru Yang Kurang Ajar Ni, Bukan Nak Ajar Budak Tapi Rosakkan Budak Adalah

Aku memang geram dengan guru yang suka ambil kesempatan ni. Rogol2 ni mmg aku anti betul. Lebih2 lagi dari golongan guru yang merupakan pendidik generasi kini dan masa depan. Kerajaan patut ambil tindakan lebih tegas lagi kepada perogol2 yang tak berhati perut ni.


Bukannya nak mendidik bangsa dan generasi akan datang. Ni merosakkan adalah. Dahlah tu memburukkan nama guru itu sendiri. Jangan ingat perempuan itu lemah, sampai buat macam tu sekali. Dahlah budak sekolah lagi tu......aduh...berbuih nak cakap pasal kes2 macam ni. Tak pernah nak surut2...emmm...pening dibuatnya. Manusia akhir zaman katakan.


Hanya hiasan je..hehe3.

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

Wednesday, June 16, 2010

Sejauhmana Cikgu, Pendidik Generasi Harapan Bangsa & Negara Menjadi Tauladan Generasi Sekarang & Akan Datang


 Credit:Google


Memang tidak dinafikan peranan dan jasa seorang cikgu besar dalam mendidik generasi sekarang untuk menjadi generasi harapan bangsa dan negara yang akan membangunkan ekonomi negara kita akan datang. Tapi persoalannya, sejauhmanakan peranan cikgu sebagai pendidik yang menjadi tauladan generasi sekarang?


Cuba kita lihat, akhir2 ni terpampang berita hangat mengenai seorang ustazah yang mengajar disebuah sekolah di Semenanjung mengadakan hubungan terkutuk dengan kekasihnya. Itu yang aku baca secara kasarlah. Aku pun ingat2 lupa kes itu. 

Friday, March 26, 2010

Kenapa Lelaki Makin Hilang Maruah, Bila Ber’Tuhan’kan Nafsu Iblis

Credit: Google


Aku menulis bukan utk menghina kaum lelaki. Tapi sekadar renungan kita bsama. Kira tersilap kata, pbetulkan.

Bila zaman semakin moden, kehidupan manusia juga makin berubah. Bila dunia makin bertambah uzur, manusia akhir zaman makin berlaku kejam. Hilang sudah erti kasih sayang, hilang sudah rasa takut atas pembalasan Tuhan, hilang sudah erti menghargai sesama manusia.

Di sana sini kita mendengar dendangan dari dada akhbar menyebarkan kes kehilangan maruah seorg lelaki yg ber’Tuhan’kan nafsu iblis. Si mangsanya pula, seorang perempuan hilang masa depan bila maruah diri dicabuli tanpa belas kasihan. Setiap masa igauan ngeri menganggu mimpi indah si mangsa. Emosi terganggu, jiwa hilang ketenteraman. Mampukah si mangsa utk meneruskan pjalanan hidup yg belum pasti mjanjikan apa2 di masa depan. Entah derita mahupun bahagia. Hanya Tuhan saja yg tahu.

Friday, March 19, 2010

Seorang Pelajar Dirogol 4 Orang Tentera........Memang Binatang!!

Isss....naik geram baca kes rogol ni.
Entah apalah p'akhir kes mcm ni.
Mcm tk de pgadilan thdp wanita.
Hoi...laki binatang, jgn anggap wanita ni pmuas nafsu smata2.
Jgn ingat tlepas. Tuhan maha mgetahui.
Hari ni engko tlepas, tp esok di hari pgadilan.
Mana engko nk pergi.
Mmg pemusnah masa depan wanita je.
 
 Gambar skadar hiasan..credit:Google

KUCHING — Empat anggota tentera direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar berusia 18 tahun di sebuah hotel murah, di sini Ahad lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini, di sini.

Keempat-empat lelaki berusia antara 20 dan 24 tahun itu disyaki merogol gadis dari Lundu berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah hotel murah di Padungan di sini.

Mangsa yang dipercayai mengenali salah seorang suspek hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian.

Friday, March 12, 2010

Sembilan Lelaki Rogol Satu Perempuan...Memang Binatang!!!

Isss...sakit hati dgn sikap manusia yg bnafsukan binatang ni.
Dahlah kes buang bayi msh hangat lg.
Ni kes rogol pula timbul.
Mmg tk sudah2....mmg binatang btl.
Apa hukuman kpd org mcm ni?
Potong anu tu baru tau @ rotan je kat tpt tu.
Knp tk kasihan tgk perempuan yg kena rogol tu ke?
Musnah hidup dia tau.
Cuba bayangkan diri sdiri dperlakukan seperti binatang.


TELUK INTAN - Seorang remaja berusia 15 tahun dan dua lelaki bersaudara antara sembilan individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan tiga di Sungkai pada 28 Februari dan 1 Mac lalu.

Kesemua tertuduh dari Felda Trolak dan Felda Sungai Klah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dzaiyuddin.

Tuesday, February 23, 2010

Rogol Sana, Rogol Sini…Tak Sudah2 Dengan Nafsu Iblis Tu

Credit:Pak Google


Dari dulu hingga sekarang, kes rogol ni asyik kedengaran di mana2 dada akhbar. Apa tindakan kita? Apa yang sudah dilakukan oleh pihak kerajaan? Apa hukuman yang telah dikuatkuasa? Apa kesudahan nasib kita sebagai perempuan yang sering menjadi mangsa nafsu serakah kaum lelaki yang durjana ini?

Takut betullah, bila fikir2 jadi perempuan ni. Di mana2 ada saja mata jahat yang cuba mengambil kesempatan. Tak kira anda berpakaian seksi atau berselubung penuh.Tak kira anda remaja, tua ataupun bayi, Kes macam ni semacam menjadi lumrah dalam hidup kaum jantan yang tak bermoral ini. Mana pergi pertimbangan akal anda? Tak takutkah anda, Tuhan yang sentiasa memerhati setiap kelakuan hina anda itu? Aduh payah betul.

Bukan saja orang luar tak boleh dipercayai. Tapi orang yang paling dekat dengan kita pun tak boleh percaya. Ayah, abang, adik dan saudara. Mereka ini paling membahaya. Bukan semualah. Tapi golongan inilah yang sering menghangatkan dada akhbar sekarang. Yang baru2 ni, saya ada terbaca pasal bayi yang mati kerana diliwat ke apa. Apa kes? Bayi secomel & sekecil itu diperlakukan sebegitu. Aduh, dah hilang akalkah manusia sekarang? Si ibu pula sanggupkah anda berdiam diri melihat kejadian begitu? Jangan kerana sayang, kita menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram. Bertindaklah sewajarnya dari menangung dosa.

Monday, February 8, 2010

Wow...Empat Wanita Tayang Payu Dara

Tak sangka ye, sampai bgitu skali mrk tunjuk perasaan.
Aduh..tk dpt dibayangkan kalau kat Malaysia mcm ni.
Gempak satu Malaysia agaknye.
Wpun niat mrk baik utk menegahkan keadilan ke atas wanita, jgnlah sampai btindak mcm tu.
Pasti ada cara lain lebih sesuai.
Kdg2 fikir keadilan ke atas wanita agak kurang, yelah mcm tk ada tindakan tegas thadap perogol.
Terasa tk tenteram pula jd wanita ni.
Bahaya di mana2...minta dijauhkan segala pkara tk elok ini.


KIEV - Empat wanita muda sanggup mendedahkan payu dara mereka dalam satu tunjuk perasaan di sebuah pusat pengundian di sini semalam.

Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, wanita itu yang merupakan anggota kumpulan pergerakan kewanitaan kemudian ditarik keluar oleh pengawal-pengawal keselamatan sebelum seorang calon pilihan raya, Viktor Yanukovich tiba.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."