Aku memang geram dengan guru yang suka ambil kesempatan ni. Rogol2 ni mmg aku anti betul. Lebih2 lagi dari golongan guru yang merupakan pendidik generasi kini dan masa depan. Kerajaan patut ambil tindakan lebih tegas lagi kepada perogol2 yang tak berhati perut ni.
Bukannya nak mendidik bangsa dan generasi akan datang. Ni merosakkan adalah. Dahlah tu memburukkan nama guru itu sendiri. Jangan ingat perempuan itu lemah, sampai buat macam tu sekali. Dahlah budak sekolah lagi tu......aduh...berbuih nak cakap pasal kes2 macam ni. Tak pernah nak surut2...emmm...pening dibuatnya. Manusia akhir zaman katakan.
Hanya hiasan je..hehe3.
KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.
Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.
