Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label hakim. Show all posts
Showing posts with label hakim. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Nak Pikat Hakim, Sanggup Berbogel...Issss Macam2lah Manusia Sekarang!!

Seorang peserta Britain's Got Talent yang memang mirip Britney Spear sanggup buat kejutan dengan berbogel...issss apalah dia ni fikir agaknye ye. Ingat semua hakim akan terpegun dengan body dia tu ke...buat malu diri je. Dahlah ramai orang menonton rancangan tu. Tak fikir langsung. Itulah manusia kalau terlalu nak kejar glamour, sanggup buat macam2 tanpa berfikir panjang. Last2 memalukan diri sendiri.


Credit:Kosmo

Wanita mirip Spears buat kejutan berbogel 

LONDON - Seorang peserta program pencarian bakat Britain's Got Talent, Lorna Bliss yang memiliki wajah mirip penyanyi Britney Spears beraksi dalam keadaan separuh bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Bliss memakai seluar dalam dan sehelai kain kecil yang menutup payu daranya semasa membuat persembahan di hadapan juri dan penonton.

Bagaimanapun, salah seorang hakim yang juga pelakon terkenal, David Hasselhoff tidak terpikat dengan aksi Bliss itu.

Pada satu ketika, Bliss duduk di atas meja hakim pertandingan.

Ketika-tiga hakim pertandingan tidak memilih Bliss sebagai peserta yang menunjukkan persembahan yang menarik.

Kesemua hakim itu tidak memberikan sebarang undi untuk Bliss yang berusia 32 tahun. - Agensi


P/s: Jangan buat benda bodoh yang akan memalukan diri sendiri..ok :)

Friday, February 11, 2011

Datuk Usia 89 Tahun Rogol Cucu Umur 10 Tahun 6 Bulan....Gila Punya Orang!!!

Credit:Google


Tak patut...tak patut, umur dah 89 tahun masih nak buat dosa. Orang patutnye ingat kubur memanggil2...rumah pula kata pergi. Ni tak, buat perkara terkutuk terhadap cucu sendiri yang hanya berusia 10 tahun 6 bulan. Memang gila seks betullah datuk ni. Mudahan kita semua dijauhi dapat datuk sebegini. Teruk betul manusia akhir zaman sekarang ya.


Datuk didakwa rogol cucu di kandang lembu

 

KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti 
menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."...berita lanjut beli KOSMO :)

Tuesday, February 1, 2011

Alahai....Hakim Syarie Pula Didakwa Berkhalwat, Tak Boleh Jadi Ni!!!

Apa...hakim Syarie didakwa berkhalwat? Biar betul? Hakim Syarie bah. Ni tak boleh jadi ni, buat malu orang mahkamah syariah je. Mana nak letak muka beb. Selalu hakim ni akan mengadili pesalah, ni sebaliknya. Dia pula buat salah. Tapi tak dinafikan, kita ni manusia biasa tak lari dari melakukan kesalahan. Namun, harus ingat anda tu keje di mahkamah syariah, hakim pula tu...issssssss...apa nak jadi dengan dunia sekarang.


Hakim Syarie didakwa khalwat

Credit:Kosmo

GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu.
Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi.
Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri.


Walauapapun kes ni belum tahu penyelesaiannya lagi. Masih kes dakwa2, lagipun tertuduh mengaku tak bersalah. So, tunggu jelah apa endingnye. Harap kes ni tak membawa kesan buruk pada imej mahkamah syariah ye.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."