Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label hubungan. Show all posts
Showing posts with label hubungan. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Nak Mengeratkan Lagi Hubungan Suami Isteri, Just Follow Tips Ini :)

Kadang2 nak bahagia seseorang yang kita cintai dan sayangi memang sukar. Yelah setiap citarasa kita berbeza ma...tapi itu bukan sebab untuk tak berusaha mengeratkan hubungan agar lebih manis setiap masa. So.....why not try tips dibawah ni...simple je.


Jadi seorang yang kelakar
 (Jgn jadi seorang yang sot sot sudahlah :) )

 


Seorang yang kelakar amat mudah untuk didekati disebabkan perasaan senang terhadap sikap seseorang itu. Begitu juga di dalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan ketika situasi tegang, membantu untuk mengelakkan perkelahian, dan melupakan sebentar tekanan yang sedang dihadapi. 


Sekiranya diamalkan sikap yang serius, formal, cuba menunjukkan sifat kematangan yang terlampau dan sebagainya, sesuatu hubungan itu akan menjadi bosan dan ini akan menghasilkan jurang komunikasi antara pasangan itu.


 Ciuman
(Yang ni just buat yang dah kahwin, yang belum kahwin jangan gatal2 nak buat yek. Dapat surat nikah dulu. Kalau tak, nanti dapat surat DOSA pula) 

 


Ciuman akan menambahkan lagi keintiman pasangan. Tunjukkan rasa hormat anda pada isteri/suami dengan memberi ciuman kepada mereka. Walaupun perkara ini adalah mudah, tetapi ramai pasangan yang sudah lama berkahwin tidak mengamalkannya. 


Disebabkan faktor mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah lama berkahwin itu menjadi tidak mesra. Tetapi ada juga pasangan tua yang sudah lama berkahwin tetapi masih lagi romantik. Ini disebabkan tindakan asas yang telah diterapkan dalam diri sejak awal lagi. Kemesraan di dalam hubungan perlu dipupuk dan ia tidak datang dengan sendirinya.


p/s: Tu 2 tips aku dapat bagi kali ni....bukan aku punya tipslah tapi aku copy dari sumber:top5reason sebagai panduan kita bersama. Kalau ada tips2 lain yang menarik bagitaulah. Tak salah share2kan....sharing tu kan caring :) :)

Saturday, April 9, 2011

Aku Disini, Kau Disana. Kukuhkah Cinta Kita?

http://senicinta.com/blog/wp-content/uploads/2010/06/long_distance_love.gif


Karya dari seronoknye. Sekadar renungan buat couple2 yang bercinta jarak jauh, macam aku ni. Walaupun kadang2 aku akui bercinta jarak jauh ni banyak dugaan tapi kadang2 menyeronokkan juga. Namun...kadang2 rasa bohsan...entahlah...hehehe. Tak pelah jom baca habis karya di bawah ye.


Percintaan jarak jauh selalunya tidak menjadi akibat banyak faktor yang menghalang. Hati tidak senang dan penuh prasangka apabila kekasih tiada di sisi. Aktivitinya tiada siapa yang dapat mengesahkan, teman-temannya tidak begitu anda kenali, perasaan rindu yang menebal lama-lama hanya merobek hati lantas menjadikan ramai pencinta jarak jauh yang berputus asa di tengah jalan dan membiarkan cinta itu pergi. 


Bercinta cara ini hanya boleh dicuba oleh mereka yang kuat semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi dan hanya hati yang kuat sahaja dapat memintas segala tohmahan yang menerjah di minda ketika si dia tidak bersama. Sebagai contoh, sewaktu kekasih anda sms dan mengatakan dia akan pergi makan malam dengan seorang kawan, serta-merta anda terfikir, teman itu perempuan atau lelaki. 


Dan apabila anda bertanya, walaupun dia mengatakan teman satu jantina, hati anda tidak puas dan inginkan pengesahan tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya. Jadi akhirnya bibit prasangka itu akan anda pendam dalam hati yang lama-lama menjadikan anda percaya tentang apa yang anda fikirkan, iaitu dia keluar dengan orang lain. Minda kita imaginasinya luas dan jika tidak berhati-hati, pelbagai bayangan akan muncul dan mampu merosakkan perhubungan yang dijalin. 


Untuk bercinta jarak jauh, perkara pertama yang anda perlu ada ialah percaya. Kepercayaan terhadap kekasih anda perlu kukuh dan tebal. Percaya apa yang dia kata dan percaya bahawa anda istimewa di hatinya. Apabila anda percaya, anda tidak tertanya-tanya betulkah semua yang dia laporkan kepada anda. Anda tidak mempersoalkan kesetiaan dia terhadap cinta anda. Dan apabila anda percaya, anda tidak akan mengajukan soalan-soalan tidak relevan yang boleh merosakkan perhubungan. 



Yang keduanya, anda perlu berkomunikasi dengan kerap. Di zaman sekarang ini, melainkan jika anda hidup di kampung yang tiada sambungan internet atau tiada pancaran telefon bimbit, cara untuk berkomunikasi sudah mudah dan murah. Di internet ada Skype, ada Google Talk, ada Yahoo!, ada MSN dan macam-macam lagi saluran bercakap yang percuma. Anda hanya perlukan headset yang baik dan sambungan internet yang laju. Kalau rindu sangat, dapatkan kamera untuk laman web dan anda boleh berhubung dengan si dia secara ‘real time’. Untuk yang suka pesanan ringkas, pastikan memilih pelan sms atau smslah dia sesuka hati selepas pukul 12 malam. Jangan memilih untuk berbual di telefon dengan kerap kerana ini akan menambah beban kewangan anda.



Kedatangan bil beratus ringgit hanya akan menambah masalah dan memberi tekanan kepada perhubungan. Banyak saluran komunikasi percuma atau murah yang boleh anda gunakan. Namun begitu, sesekali menelefon untuk mendengar suara si dia, apa salahnya. Ketika berkomunikasi, pastikan topik-topik yang dibincangkan bukan yang menjurus kepada perbalahan. Jarak antara anda berdua tidak akan membantu jika anda bertengkar jarak jauh. Hanya hati yang akan terluka pedih dan perhubungan anda akan 'suffer' akhirnya. Pilih topik-topik yang menggembirakan ketika anda berjauhan. 



Ketiga, pastikan anda kawal diri ketika kekasih hati tiada di sisi. Cabaran banyak di luar sana dan sekali-sekala apabila cabaran datang menerpa, hati anda harus kuat untuk menepisnya. Jika ada gadis atau jejaka lain yang datang menggoda, yakinkan diri yang anda sudah berpunya. Warwarkan yang anda sudah ada teman agar semua yang single tidak begitu berminat untuk mendekati anda. Jangan disia-siakan kepercayaan kekasih anda yang jauh di mata dengan berpeleseran bersama orang lain. Ketidakjujuran sukar untuk dirahsiakan, lama-lama ia akan terbongkar jua. Jika anda telah berjanji untuk setia, kuatkan hati dan kawal perasaan kerana itu juga yang dilakukan oleh kekasih anda di sebelah sana. 



Bukan calang-calang orang yang boleh menjayakan hubungan jarak jauh. Hati yang cenderung untuk cemburu ialah golongan yang pertama sukar mengekalkan cinta cara ini. Mata yang rambang juga jangan bermimpi untuk setia dengan si dia yang tidak dekat di sisi. Kejayaan cinta jarak jauh ini memerlukan komitmen daripada kedua belah pihak untuk memastikan perhubungan berjalan dengan lancar. Tanya diri sendiri dan jika anda tidak mampu, jangan lakukannya.

Thursday, March 3, 2011

Cara Memikat Hati Mertua

 Credit:Google


Entry ni aku tujukan khas buat tulikalas sebab dia ada bagi aku komen pasal mana tips memikat mak mertua. So, baca ni baik2 iye...hehehe.


Attention buat wanita2 diluar sana dan buat tulipkalas, kalau nak berkenalan or ingin menjadikan bakal mertua teman anda, eloklah baca tips di bawah ni. Sebab kalau anda tak serasi dengan mertua, bermacam-macam masalah akan timbul kelak. Walaupun tak serapat mak sendiri, sekurangnye tiada perselisihan faham.


Oklah ni.... antara cara2 untuk memikat hati mertua (sama ada ibu atau ayah mertua) yang boleh sama-sama kita diamalkan ialah:


1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.


3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.


4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.


6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.


9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.


10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.



Dah habis baca...ingat amalkan...hehehe. Emmm....teringat aku dulu masa mula2 nak jumpa bakal mak mertua, rasa berdebar je hati ni. Risau dan takut nak jumpa. Yelah, aku ni jenis tak pandai nak berbual2 dengan orang tua. Syukurlah bakal mak mertua aku tu sporting...memang rasa beruntung betul aku....:).  Hope anda juga begitu. Good Luck.

Friday, February 25, 2011

I'm Back.....Baru Je Tamat Kursus Pra-Perkahwinan

Kasih tercipta, Cinta terjalin


Elo warga blogger semua...emm dah 3 hari tak update blog ni. Nasib tak bersarang...hehehe. Aku sebenarnye ambil cuti 3 hari, 2 hari untuk kursus pra-perkahwinan dan sehari untuk rehat2 je.


Kursus pra-perkahwinan yang diadakan di Jabatan Agama Islam Bintulu selama 2 hari iaitu bermula 22-23 Febuari 2011, memang menyeronokkan. Walaupun ada kalanye mengantuk. Biasalah tu, kalau menghadiri kursus...:).


Sepanjang 2 hari kursus bermacam topik mengenai bab2 perkahwinan dibicarakan. Tapi yang lebih menarik minat aku ialah mengenai cerita2 ustaz dan ustazah yang lucu2. Buat semua orang gelak je. Tak sangka juga bermacam2 kerenah orang berumahtangga ye. Tapi memang tak disangkallah, alam berumahtangga banyak dugaannye. Kalau tak mampu menempuhi semua dugaan itu, karamlah mahligai yang terbina itu. 


Bagi akulah....dalam berumahtangga perlu ada tolak ansur dan sentiasalah mendekati diri pada Allah agar hubungan suami isteri sentiasa dilindungi-Nya. Amin.

Thursday, February 10, 2011

Aku Kembali...Hai Hai Bye Bye

Credit:Google


Salam ceria warga blogger...lama tak update blog ni. Biasalah bercuti sakan...lagipun cuti tahun baru cina panjang. So, balik kampung le. Nak update blog di kampung, broadband pula nampak semput2 je. Jadi, malaslah nak update.



Kalau dah malas nak update tu, trafik pun kuranglah. Buffered earning pun dah lari. Satu habuk tak ada. Nuffnang pasti dah tak kisah aku ni, sebab tu tak bagi aku buffered earning baru...hehehe. Apa2 pun lepas ni nak update selalu....nak tarik trafik banyak2 lagi. Barulah meletup earning Nuffnang tu. Betul tak?



Bertunang jom....:)


Cuti tahun baru cina aku ni bertambah panjang sebab aku ambil cuti untuk majlis merisik then bertunang secara simple je. Untuk majlis pelengkapnya akan diadakankan bulan 11 ni. Itupun kalau tiada halangan lain. InsyaAllah semua berjalan lancar. Amin.


Aku tak jangka nak mempunyai ikatan sebagai tunang orang ni. Tapi kalau dah si dia ajak bertunang, aku terima jelah. Lagipun tujuan si dia agar hubungan kami ada tandanya sebelum majlis pernikahan kami kelak. 


Oklah...........aku malas nak membebel panjang. Penat betul ni. Sebab balik saja dari kampung terus survey barang2 untuk majlis pernikahan kami kelak. Kena bersiap sedia awal, supaya tak kelam kabut kelak. Lagipun kami sama2 berjauhan. Cuti bukannya banyak pun, so kena budget masa untuk prepare semua perkara.

Saturday, January 22, 2011

CoretanMaya: Apa Yang Selalu Anda Lakukan Di Hujung Minggu?

Hujung minggu merupakan hari untuk anda berehat2 di rumah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Itu saja masa yang dapat anda luangkan terutamanya bagi yang sentiasa sibuk dengan kerja. 


Selalunya anda lakukan apa pada hujung minggu ya? Kalau yang sudah berkeluarga. Mestilah ingin luangkan masa bersama anak2, isteri dan suamikan. 


Pergi picnic di pantai or taman reakreasi. 


Pergi membeili belah bersama keluarga.



 Masak makanan yg sedap2.


Menonton wayang bersama tersayang or keluarga.


Gotong royong membersih rumah.

Credit:Google


Selain aktiviti tersenarai di atas, sebenarnya banyak lagi boleh kita lakukan di hujung minggu bersama keluarga tersayang. Anda fikirlah sendiri ye...hehe3. Yang penting hubungan antara anda dengan keluarga dan orang tersayang sentiasa baik dan ceria serta bahagia je. 


Apa2 pun kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung bagaimana anda mencorak perjalanan hidup anda dengan pasangan anda serta orang sekeliling anda...betul tak?
 
 
Nukilan;



Tuesday, January 11, 2011

Sesi Bertemu Bakal Mak Mertua Pun Selesai...Alhamdulillah Semua Ok!!

Sembang2 sambil makan KFC and Pizza..sedapnyee


Alhamdulillah, saat jantung berdebar2 dan rasa malu pun dah berakhir. Nak control ayu pun, tak payah sudah...hehe. Syukurlah semuanya berjalan dengan lancar. Nampak semuanya seakan cepat berlalu je.


Perjumpaan yang penuh makna ahad lepas itu amat membawa banyak erti dalam hubungan aku dengan bf aku sebab ia penghubung kepada jalan seterusnya hubungan kami iaitu pertunangan dan pernikahan. Amin, mudahan ditakdirkan bersama. 


Pertemuaan pertama dengan keluarga bf aku, rasa agak sepi sikit. Bukan layanan mereka tak bagus tapi aku yang tak reti nak bersembang. Rasa no idea nak cakap apa. Apa mereka tanya aku jawab je.Tapi for sure keluarga bf aku ni memang best. Tak banyak cerewet. Lagipun bf aku dah bagitau keluarga dia agar tak tanya banyak dan buat biasa2 je.  Sebab itulah mereka taklah banyak soal...hehehe.



Seperti couple2 yang lain juga, aku ada bawakan buah tangan untuk keluarga bf aku ni. Cuma aku boleh lupa nak bagi sendiri buah tu. Bf aku yang tolong bawakan....nasiblah tak kena dengan keluarga yang banyak fa'il...kalau tak, kena reject pula nanti. Tapi keluarga bf aku ni lain, pilihan anak diutamakan. Kalau ikutkan mereka tak mau aku dengan bf aku bertunang, mereka nak terus kahwin. Tapi sebab wang simpanan belum cukup matang lagi, so kenalah tangguhkan dulu. Tunang duluuuuuuuu...:).


Sesi bertemu bakal mak mertua taklah lama sangat, lepas makan then bersembang sikit. Aku dan bf aku keluar dating pula...hehe. Jalan2 kat shopping complex, tengok wayang and makan2. Dah lama aku tak tengok wayang. Kalau nak dikira, just 3 kali je aku jejak kaki kat pawagam. Tak berapa nak minat sangat nak pergi sana. Lagipun kawan2 bukan kaki wayang pun.



Wayang yang aku tengok ahad lepas ialah 'Tron Legacy'. Orang lain dah lama tengok, aku baru je nak tengok. Ketinggalan betul...haha. Aku no komen sangat pasal cerita ni. Bolehlah tahan. Bf aku sampai terlena sekejap dia tengok cerita ni. Dahlah dalam pawagam tu sejuk. Terpaksalah tahan2kan diri tengok sampai habis. Lepas tu, kami makan malam then balik lo. Sekarang just tunggu perbincangan mengenai pertunangan kami dua. Mudahan jodoh berkekalan hendaknye. Amin.



Tip Bertemu Bakal Mertua...baca ye!
(Aku sebenarnya tak amalkan sangat pun...hahaha)

Sesi Bertemu Bakal Mak Mertua...Perlu Ke Tips Ni???

Wednesday, December 22, 2010

CoretanMaya: Betul Ke Lelaki Mempunyai Rasa Yang Seseorang Perempuan Itu Bakal Isteri & Ibu Kepada Anak2nya!!

Berpegangan tangan kita meniti pelamin impian.


Kadang2 tertanya macam manakah perasaan lelaki terhadap wanita yang dia cintai? Memang agak sukar nak fahami hati seseorang. Perempuan mahupun lelaki, sama2 sukar nak difahami. Kalau dah cinta, pastilah sayangkan.


Cuma terfikir apa yang member saya smskan semalam. Saya tanya kenapa dia berkenan dengan si dia? Dia just cakap sebab dia so special dan lain dari lain. Ok, saya boleh terima alasan tu. Cuma satu. Dia cakap di dapat rasakan yang perempuan itu bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Dalam otak kepala saya keluar symbol ni…????.


Ada macam tu ka? Bila ditanya macam mana dia dapat rasa macam tu? Dia jawab agak sukar diluahkan. Lagipun dia lelaki, taulah dia macam mana perasaan itu. Emmm….maybe juga betul. 
Kau dan Aku :)


Yelah setiap orang ada perasaan tersendiri. Cuma saya fikir maybe perasaan itu timbul sebab perasaan cinta dan sayang sangat kepada seseorang. Entahlah. Itu kena tanya LELAKI yang pernah mengalaminya.


Mempunyai perasaan cinta dan sayang dalam hati adalah satu perasaan yang terindah dan sangat bahagia. Cuma kita tak tahu macam mana ending sesebuah hubungan cinta tersebut. Kerana takdir dan jodoh ketentuan Tuhan. Kita hanya berusaha saja. Kalau dia ditakdirkan untuk kita. Dia takkan lari ke mana pun. So, bercintalah dengan hati yang ikhlas ok.
Nukilan;



Sunday, December 5, 2010

CoretanMaya: Apa Yang Anda Harapkan Pada Sebuah Hubungan Cinta?

Secawan cinta!!

Saya nak tanya anda, apa yang anda harapkan pada sebuah hubungan cinta? Kenapa anda nak bercinta? Adakah kerana terikut dengan kawan2 anda. Yelah, kawan2 dah ada pasangan, so anda pun teringin nak berpasangan juga. Ni kes masa zaman sekolah2 dulu or masa usia masih fresh.


Bila usia dah meningkat, pastinya hubungan cinta pun makin lebih matang dan serius. Lebih ke arah memikirkan masa depan untuk hidup bersama dan membina sebuah mahligai indah yang dihiasi putera puteri yang comel2 hasil hubungan suci yang terjalin antara anda berdua.


Tapi masa sekarang hubungan cinta nampaknya lebih kepada nafsu semata-mata. Kenapa saya kata macam tu? Tengok saja kes yang hangat diperkatakan sekarang. Kes buang bayi. Bila asyik dalam cinta, si lelaki yang bukan berniat nak serius dalam hubungan. Cuba meminta si perempuan membukti cintanya dengan memberi sesuatu berharga dalam dirinya. Lepas lemah dengan pujuk rayu. Si perempuan layu dalam dakapan dosa si lelaki.


Akhirnya apa berlaku? Ha nilah yang berlaku…..
Bayi tak berdosa ibarat sampah dibuang begitu saja.

Bukti cinta dah terhasil, mana pergi si lelaki pula. Dah buktikan cinta dengan nilai sebuah maruah si perempuan. Takkan hilang kot. Si perempuan pula, mana nilai kasih sayang keibuan dan kemanusian anda. Sanggup anda buang dan bunuh bayi tak berdosa ya. Ingat bayi tu sampahkah? Cuba diri anda diperlakukan seperti itu. Macam mana rasa? 


Ingat!! Apa yang anda lakukan sekarang akan sentiasa mengekori anda sampai bila2. Penyesalan tak berguna lagi. Dan bila si anak bertanya kepada anda berdua atas perbuatan kamu berdua. Apa anda akan katakan?


Kita menjalinkan hubungan cinta bukan untuk mempermainkan maruah orang lain. Bukan untuk menjadikan bayi tak berdosa menjadi mangsa kekejaman anda. Mudahan Tuhan membuka pintu hati generasi sekarang agar lebih bersikap bertangungjawab dan bertimbangrasa. Lebih bersikap kemanusiaan. Dari sikap kebinatangan. 


Moga Tuhan selamatkan generasi baru kita dari tercemar arus kemodenan yang sering menangih perubahan sikap dan pemikiran manusia. Berubah ke arah baik tak pe, ni lebih kepada kemusnahan saja. Fikir-fikirkanlah!!!.

Nukilan;


Monday, October 25, 2010

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

Credit:Google

Beberapa hari lepas, kekasih aku bertanya. Kalau kita dah menjadi suami isteri di dunia ini, macam mana pula di akhirat kelak ye? Kalau ikutkan dia, bukan saja aku. Ingin hubungan suami isteri di dunia ni terikat hingga ke alam akhirat, syurga yg diidamkan semua muslimin dan muslimat. InsyaAllah. 


Aku sendiri pun tak dapat nak jawab soalan dia dengan pastilah. Biasalah aku ni banyak perkara tak berapa tahu sangat, lebih2 lagi bab agama. Masih dalam memperlengkapkan diri. InsyaAllah. Tapi kami berpendapat, sekiranya kita sama memohon pada Allah, InsyaAllah akan dipertemukan lagi di akhirat kelak. Mudahanlah...doa2kan je ye...:).


Kebetulan tengah mecari bahan menarik untuk info blog aku yang lain. Terjumpalah entry dr seorang teman blogger ni iaitu 'Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat?'. Nampak menarik, lgpun serba sedikit mjawab persoalan kekasih aku tu.


Untuk perkongsian bsama, aku postkan entry tersebut di sini:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


So, kalau ingin menjadi suami isteri di alam akhirat, kenalah sama2 memperlengkapkan diri dengan amal ibadat serta amalan yang baik. Betul tak? Kalau silap tolonglah tunjuk ajar ok. TQ.

Thursday, June 3, 2010

Apabila Anda Terserempak Si Dia Bersama Dengan Jejaka/Perempuan Lain, Apakah Anda Akan Lakukan? Apa Pula Perasaan Anda?

Credit:Google



Tengah anda berjalan2 di shopping complex or di mana2 sanalah bersama member anda. Tiba2 perhatian anda tertumpu kepada dua pasangan yang agak mesra juga kelakuannya. Bila diamati, rupa2nya si dia. Kekasih pujaan hati anda keluar bersama jejaka or perempuan lain.


Apakah anda fikirkan ketika itu? Apa pula perasaan anda bila melihat kemesraan mereka berdua? Apa tindakan yang akan anda lakukan? Adakah anda terus menyerang or memarahi si dia? 


Yelah, melihat kemesraan mereka berdua itu, hati anda tiba2 diserbu perasaan cemburu amat sangat. Sampai tak sempat nak fikir apa2 lagi, terus serang.


Sebenarnya tindakan mengikut rasa hati ni payah juga. Kalau boleh, kawal ye. Tanya si dia baik2. Mana tau orang yang bersama si dia saudara dia or sahabat rapatnya. Kita tak taukan. Lainlah si dia memang nak menipu anda. Tapi tak salah menyoal secara baik dan menyiasat dulu sebelum membuat keputusan terburu2, yang mungkin akan membawa akibat buruk dalam hubungan anda kelak.


Memanglah rasa geram juga kalau terserempak si dia bersama jejaka or perempuan lain. Dahlah tu mesra semacam je. Tapi jangan bertindak emosi sangat. Nanti diri sendiri merana. Fikir dulu sebelum bertindak.


Tapi memang tak dapat dinafikanlah perasaan cemburu kadang2 tak dapat dikawal. Lebih2 lagi bila member anda juga turut menyaksikan kemesraan si dia bersama jejaka or perempuan lain. Peranan seorang kawan ni pun serba sedikit mempengaruhi hubungan percintaan anda. So, jangan ikut kata kawan sangat. Ikutlah kata hati yang berlandaskan akal fikiran yang tenang. Betul ke? Anda fikirlah sendiri.

Thursday, May 27, 2010

Kahwin Dulu Then Cinta Or Cinta Dulu Baru Kahwin…Mana Satu Best?


 Credit:Google

Persoalan kahwin ni perlu di pandang serius. Sebab kita berkahwin bukan untuk sehari dua, kalau boleh hingga akhir hayat dan bertemu semula di syurga. Kalau itu sudah tersuratlah. Kalau selain dari itu, aku tak tahulah nak cakap apa.


Cinta dulu lepas tu kahwin, memanglah best. Siapa yang tak mahu kahwin dengan orang yang kita cintaikan. Semua orang mahu termasuklah aku ni. Memang bahagialah kalau dapat kahwin dengan orang kita cintai. Cuma sejauhmana jodoh kita, itu penentu kepanjangan usia hubungan suami isteri kita.


Kadang2 kahwin kerana cinta juga, berakhir dengan perceraian juga. Walaupun masa anda bercinta dulu bukan main nak rak, tapi bila dah lama diam bersama sebagai suami isteri lain pula jadinya..kan. Bukan aku nak harapkan anda berakhir macam tu. Sebagai contoh yang memangnya pernah terjadi dalam kelompok kita. Memang tak dapat lari, kalau takdir jodoh anda sampai ke situ je. Kalau boleh usahakan agar ia berkekalan ye.


Kahwin then cinta pun tak kurang hebatnya. Ada yang kahwin cara begini bahagia hingga akhir hayat. Itupun terpulang pada jodoh juga. Kalau kekal, kekal. Kalau tak sebaliknya seperti cinta then kahwin juga. Tak kira kahwin then cinta or cinta then kahwin, dua2 ada baik or buruknya. Semua depend pada ketentuan jodoh kita.


Kalau boleh semua nak kahwin dengan orang yang dicintai or paling kurang dikenali...betul tak? Takkan kita nak kahwin cincai je. Tak kenal serba sedikit mengenai insan yang akan bersama kita semasa kita duka or gembira. Kalau macam ni, payah juga. Apa2 pun yang penting jangan kena paksa kahwin buta sudahlah……apa2 jelah…he3.

Saturday, February 13, 2010

Happy Chinese New Year 2010

Bagi blogger cina, saya ingin ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA.
Semoga tahun TIGER mbawa byk2 tuah buat kita semua.


Bagi warga Malaysia..amalkan amalan 1Malaysia.
Bkunjuglah ke rumah2 para sahabat kita bg mgeratkan hubungan psahabatan ataupun psaudaraan.

Oh ya...jgn lupa angpow saya ok...hehehe.

Sunday, January 10, 2010

Cinta Jarak Jauh, Sejauhmana Anda Percayakan Dia




Bila saat dilamun cinta, kita bagai di awan-awan. Semua yang kita alami, rasa indah dan membahagiakan saja. Apa saja silap di pandangan orang lain, anda pasti tidak nampak. Yelah cinta telah mengaburi mata hati anda. Tapi tidak semua yang begitu.

Cinta, sama ada jarak dekat ataupun jarak jauh. Tidak ada bezanya sangat. Yang penting kepercayaan ke atas insan yang anda cintai. Tanpa kepercayaan, cinta yang terbina akan hancur dan diselebungi hirisan luka di jiwa.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."