Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Friday, February 25, 2011

I'm Back.....Baru Je Tamat Kursus Pra-Perkahwinan

Kasih tercipta, Cinta terjalin


Elo warga blogger semua...emm dah 3 hari tak update blog ni. Nasib tak bersarang...hehehe. Aku sebenarnye ambil cuti 3 hari, 2 hari untuk kursus pra-perkahwinan dan sehari untuk rehat2 je.


Kursus pra-perkahwinan yang diadakan di Jabatan Agama Islam Bintulu selama 2 hari iaitu bermula 22-23 Febuari 2011, memang menyeronokkan. Walaupun ada kalanye mengantuk. Biasalah tu, kalau menghadiri kursus...:).


Sepanjang 2 hari kursus bermacam topik mengenai bab2 perkahwinan dibicarakan. Tapi yang lebih menarik minat aku ialah mengenai cerita2 ustaz dan ustazah yang lucu2. Buat semua orang gelak je. Tak sangka juga bermacam2 kerenah orang berumahtangga ye. Tapi memang tak disangkallah, alam berumahtangga banyak dugaannye. Kalau tak mampu menempuhi semua dugaan itu, karamlah mahligai yang terbina itu. 


Bagi akulah....dalam berumahtangga perlu ada tolak ansur dan sentiasalah mendekati diri pada Allah agar hubungan suami isteri sentiasa dilindungi-Nya. Amin.

Saturday, October 9, 2010

Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta



Ya allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu


Ya muhaimin
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut
padamu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatimu


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Merindui syahid di jalanmu


Ya Allah jika aku menikmati
Cinta kekasihMu, janganlah
Kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu


Ya Allah jika aku jatuh hati
Pada kekasihMU, jangan biarkan
Aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan menyeru
Manusia kepadamu…..


Ya Allah, jika Kau halalkan aku
Merindui kekasihMu, jangan biarkan
Aku melampaui batas sehingga
Melupakan aku pada cinta hakiki dan
Rindu abadi hanya kepadaMU
Amin………..


Doaku…moga kita sama-sama
Berjaya di dunia dan akhirat…
Berjaya dalammengharungi segala dugaan dan cabaran….
Yang sememnagnyamenguji kekuatan iman…
Kerana tapak iman itulah yang
Menemukan cinta yang selama ini telah hilang….
Semoga cinta yang dicari telah ditemui…

Wednesday, August 25, 2010

Pengalaman Membuatku Berfikir


 Credit:Google


Dugaan yg melanda betul2 buat aku lemah dgn kekecewaan hdp. Aku cuba bangkit dgn smgt yg ada. Namun aku kdg2 tk ckp tabah utk menempuh segalanya. Sbb aku rskan dugaan kali ni amt mhiris hatiku. Lebih2 lagi ia melibatkan kepercayaan dan keikhlasan hati.


Aku tk tahu knp, bila aku cuba myemai benih kepercayaan kpd ssorg yg aku sukar nk pcayai. Aku dikecewakan. Adakah aku tll daif menilai keikhlasan ssorg itu, bila aku rskan ssorg itu begitu ikhlas dan jujur thadapku?  Knp bila hati tluka, aku msh mganggap ssorg itu ikhlas? Aduh….agaknya aku tll bodoh utk menilai kelakuan dan niat ssorg. 


Maybe aku tk ckp pengalaman utk menempuh dugaan ini. Sbb inilah ptama kali dlm sejarah hdp aku cuba mbuka pintu hati utk menerima ssorg itu dan menanam benih kepercayaan serta rs ikhlas dihati. Namun aku kecundang.


Di mana silapnya, aku tk tahu. Apa dosa aku lakukan kpd ssorg itu, aku tk tahu. Aku masih mcari jwpannya tp hampa. Tp yg pasti aku tk mahu myalahkan sesiapa dlm hal ini. Sbb aku bukan insan yg sempurna dan tidak layak mbuat penilaian thadap ssorg. Aku cuba insan biasa yg banyak kekurangan hdp. Aku sedar itu dan aku redha apa blaku.


Biarlah dugaan ini aku buat pengajaran di ms mdatang. Maybe agak sukar aku nk mpcayai ssorg itu lg. Nampaknya balik ke asal…mmg ptt pun…haha2. Apa pun aku tk  mahu mbenci dia. Biar dia bahagia dgn pilihan dia. Aku…biasalah dgn hdpku. Mahu ceria dan tabah serta nk fokus pd kerjaya serta aku tk nk pcaya lagi.

Saturday, August 14, 2010

Jangan Bersedih Lagi, Bangkitlah Dari Kekecewaan

Credit:Google


Emm...agak lama tak update blog dgn post tkini. Biasalah jiwa masih lemah lagi. Tapi kini aku cuba bangkit dari kekecewaan yg amat memedihkan hati ini. Aku tak mahu lagi dibelenggu perasaan yg menyakitkan ini. Amat perit aku rasakan. Namun apa yg berlaku akan aku jadikan iktibar dan pgajaran di masa akan datang.


Syukur pd Allah kerana memberiku ketenangan yg tak ternilai harganya ini. Dengan mdekati dan mengingati-Nya, aku rasa tenang sgt. Tak pernah aku rasa sebegini tenang. Aku tau Allah menyayangiku. Sbb itu Allah mgujiku dengan ujian yg mhiris hati ini. Agar aku sedar dari mimpi yg aku amat memerlu-Nya di ms senang mahupun susah. Aku sedar diri ini sebelumnya alfa dan lalai dengan duniawi. Kini aku mahu lakukan terbaik utk diriku. Mudahan Allah kuatkan semangatku menempuh segala dugaan hidup ini.


Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titsan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah." Amin.

Aku tak mahu myalahkan sesiapa dalam hal ini kerana aku tau aku tak sempurna dan aku jua manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan dalam hidup. Bagiku apa yg blaku pasti ada sebabnya. Begitulah dia, dia pasti ada sebab berbuat demikian. Apa2 pun aku akan kuatkan semangat diri menempuh dugaan ini. Cuma yg mampu aku buat ialah doakan dirinya bahagia dengan pilihan hidupnya.


Salam tanpa benci, salam tanpa dendam aku tujukan khas buat insan yg mgenaliku. Senyum selalu dan mudahan diberkati oleh Allah. Selamat myambut Ramadhan dan Selamat Bposa. Ampun dan maaf dipinta.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."