Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Kahwin Kahwin...Giliran Aku Pula :)

Credit to owner


Wah...ramai orang kahwin bulan ni hingga bulan 12...biasalah hujung tahun, memang musim orang kahwin. Start 11.11.11 dah mula ramai couple2 bernikah dan kahwin. Semalam kawan seofis aku kahwin.



Tak lama lagi giliran aku pula....ni tengah menunggu hari je lagi...tinggal seminggu 5 hari. Moga semuanye berjalan lancar, amin. 
Berdebar juga nak jadi isteri orang ni...bukan apa, banyak tanggungjawab kena pikul. Lebih2 lagi kami akan duduk berasingan. Dia di Kuching, aku di Bintulu. Mudahan hajat dia nak dapat kerja di Bintulu dimakbulkan Allah, Amin. Kalau boleh tak naklah berjauhan time dah jadi laki bini. Cukuplah masa jadi tunang berjauhan...hehehe.


Apa2 pun doakan kami bahagia dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Amin...:)

Saturday, July 9, 2011

Lirik lagu OST Cinta Melody, Aishiteru (Aku Cinta Kamu) – Zivilia Band

Aaaaa....suka sangat dengan lagu ni...sedap didengar. Lagipun cerita Indon Melody ni pun best, cuma tak de berkesempatan nak tengok semua episod. Hari tu je sempat tengok..itu pun masa lepak di rumah tunang dengan bakal mak mertua...huhuhu....entah macam mana ending cerita tu ye...siapa tahu bagitau ye :)


Credit:Youtube


Lirik lagu OST Cinta Melody, Aishiteru (Aku Cinta Kamu) – Zivilia Band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru


Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali


Kimi ga tooku ni ite mo
Kimi no omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo shinjiteru yo
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat

Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu

Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Wo..wo..wo..
Wo..wo..wo..a a ai aishiteru

Thursday, March 3, 2011

Cara Memikat Hati Mertua

 Credit:Google


Entry ni aku tujukan khas buat tulikalas sebab dia ada bagi aku komen pasal mana tips memikat mak mertua. So, baca ni baik2 iye...hehehe.


Attention buat wanita2 diluar sana dan buat tulipkalas, kalau nak berkenalan or ingin menjadikan bakal mertua teman anda, eloklah baca tips di bawah ni. Sebab kalau anda tak serasi dengan mertua, bermacam-macam masalah akan timbul kelak. Walaupun tak serapat mak sendiri, sekurangnye tiada perselisihan faham.


Oklah ni.... antara cara2 untuk memikat hati mertua (sama ada ibu atau ayah mertua) yang boleh sama-sama kita diamalkan ialah:


1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.


3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.


4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.


6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnyaseperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.


8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.


9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.


10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.



Dah habis baca...ingat amalkan...hehehe. Emmm....teringat aku dulu masa mula2 nak jumpa bakal mak mertua, rasa berdebar je hati ni. Risau dan takut nak jumpa. Yelah, aku ni jenis tak pandai nak berbual2 dengan orang tua. Syukurlah bakal mak mertua aku tu sporting...memang rasa beruntung betul aku....:).  Hope anda juga begitu. Good Luck.

Saturday, February 19, 2011

King Of Sushi...Sushi King, Emmm Sedapnyeeee

Misi cuti2 Malaysia aku ke Kuching membawa aku ke Sushi King, Kuching buat pertama kalinye bersama tunang tersayang...hehehe. Sebenarnya ni kali ke-3 aku makan di Sushi King dan kali pertama buat tunangku itu.


Sebab ini kali pertama si dia makan di Sushi King, so aku tolonglah introduce apa makanan yang menarik selain sushi. 




Emm...banyak menu menarik ni, last2 ni jelah yang kami order. 


Ada 2 jenis sushi yang kami order, salah satu seperti gambar di atas (Aku lupa apa nama sushi tu) dan kedua ialah sushi yang bersalut keju. Sedap juga. Tapi tak habis makan...so, aku tapau balik bagi kawan aku seorang lagi makan. Dia pun 1st time makan sushi. Selera betul dia makan. Next time nak bawa dia datang bersama kami.

 

Sebab makanan dah banyak, lagipun perut masih kenyang sikit. Yelah masa menunggu tunang aku sembahyang Jumaat, aku makan sikit sebab terlampau lapar...hehehe. So, untuk air..aku just order Chinese Tea....free saja. 

 



Untuk makanan pula, seperti gambar di atas. Nak sebut satu2 nama menu itu, aku tak reti and aku tak simpan resit tu pun. Jadi.........lihat jelah apa yang patut...hehehe. 


Bagi aku makanan di Sushi King ni memang menyelerakan dan sedap...next time nak makan lagi...ada siapa2 mahu belanja..:)

Thursday, February 10, 2011

Aku Kembali...Hai Hai Bye Bye

Credit:Google


Salam ceria warga blogger...lama tak update blog ni. Biasalah bercuti sakan...lagipun cuti tahun baru cina panjang. So, balik kampung le. Nak update blog di kampung, broadband pula nampak semput2 je. Jadi, malaslah nak update.



Kalau dah malas nak update tu, trafik pun kuranglah. Buffered earning pun dah lari. Satu habuk tak ada. Nuffnang pasti dah tak kisah aku ni, sebab tu tak bagi aku buffered earning baru...hehehe. Apa2 pun lepas ni nak update selalu....nak tarik trafik banyak2 lagi. Barulah meletup earning Nuffnang tu. Betul tak?



Bertunang jom....:)


Cuti tahun baru cina aku ni bertambah panjang sebab aku ambil cuti untuk majlis merisik then bertunang secara simple je. Untuk majlis pelengkapnya akan diadakankan bulan 11 ni. Itupun kalau tiada halangan lain. InsyaAllah semua berjalan lancar. Amin.


Aku tak jangka nak mempunyai ikatan sebagai tunang orang ni. Tapi kalau dah si dia ajak bertunang, aku terima jelah. Lagipun tujuan si dia agar hubungan kami ada tandanya sebelum majlis pernikahan kami kelak. 


Oklah...........aku malas nak membebel panjang. Penat betul ni. Sebab balik saja dari kampung terus survey barang2 untuk majlis pernikahan kami kelak. Kena bersiap sedia awal, supaya tak kelam kabut kelak. Lagipun kami sama2 berjauhan. Cuti bukannya banyak pun, so kena budget masa untuk prepare semua perkara.

Friday, January 28, 2011

Lady Gaga Nak Bertunang...Siapa Frust Dengar Berita Ni? :)

Bagi peminat Lady Gaga yang pelik ni pasti gembira agaknya. Aku pun tak pasti, sebab aku bukan peminat dia pun. Tak berapa gemar nak dengar lagu2nya yang juga kadang2 pelik. Ada yang kata lagu2nya ada membawa maksud yang seolah menyeleweng dari landasan agama. Betul ke? Entahlah. Sendiri fikirlah. 


 Credit:Kosmo

Lady Gaga nak tunang

LADY GAGA ingin bertunang! Itu berita terbaru mengenai penyanyi berimej pelik tersebut. Gaga dikatakan akan bertunang dengan bekas kekasih yang kini kembali bercinta dengannya, Luc Carl.
Gosip tersebut begitu kencang diperkatakan selepas Carl berpindah ke kediaman Gaga di Bel Air.
Menurut laporan Daily Star, pasangan yang pertama kali berpacaran empat tahun lalu, sebelum Gaga menjadi terkenal pada tahun 2008 itu akan bertunang segera.
Hal itu disahkan oleh beberapa teman kedua-dua mereka dengan mendakwa pengumuman pertunangan mereka akan dibuat sebelum Gaga melancarkan album terbarunya pada 13 Februari nanti.
Bagaimanapun menurut sumber itu, walaupun sudah bertunang, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.
"Dia dan Carl tidak akan terburu-buru mengumumkan tanggal pernikahannya. Bahkan Gaga masih belum punya cincin pertunangan, kerana Carl tak mampu membelinya," ujar salah seorang teman dekat pasangan tersebut.
Gaga kembali memberi peluang kedua kepada Luc yang curang kepadanya pada tahun lalu untuk menyambung semula cinta mereka. Tindakan tersebut dilakukan Gaga kerana penyanyi itu dikatakan terlalu mencintai lelaki tersebut.


Apa pun tahniah buat Lady Gaga ya....bagi siapa yang frust tak dapat memiliki dia, jangan menangis banyak sangat. Membazir je...hehehehe....gurau je.

Saturday, November 20, 2010

Bila Kita Jadi Tunangan Orang Tanpa Kita Sedar??? Betul Ke?

Credit:Google


Aku terkedu seketika lepas baca entry di bawah ni, yg member2 Facebook postkan di wall mereka. Terfikir2 boleh juga macam tu ka? Macam mana kalau orang laki tu, tak serius. Sekadar nak main2, dianggap kita tunang dia juga ka? Entahlah. Masih blur je otak aku ni.

BILA KITE JADI TUNANGAN ORANG TANPA KITA SEDAR???????BETUL KE JOM BACA SENDRI LA

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:


Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.


Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.


Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.


Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.


Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.



Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.



Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.




Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


p/s: Siapa yg lebih arib, bg komen...hehehe :)
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."