Tak tergambar oleh kita betapa besar
dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan,
ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga
selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih
sayang yang tak berbelah bagi.
Kita sebagai anak, tak akan
mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga
dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu
membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya
tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.
Credit:Google
Persoalannya sekarang, masih
adakah kasih sayang di hati seorang ibu terhadap anaknya? Emm....kasih
sayang ibu terhadap anak memang tak akan pupus begitu saja walaupun di
telan oleh arus permodenan. Namun tidak mustahil jua, ada setengah
manusia yang sanggup berlaku kejam apabila jiwa tertekan.
Contohnya pada zaman
sekarang, terlalu banyak kisah yang terpapar di dada suratkhabar
mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa. Dan yang paling kejam
sekali, bukan saja ibu yang melahirkan bayi tu membuang bayi tapi juga
bertindak membunuh bayi tersebut. Cuba fikir, apakah yang berada di
fikiran mereka agaknya ketika itu? Apa2 pun tepuk dada, tanya minda
anda.
Nukilanku: RMH