Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, December 13, 2013

Daftar Ahli Shaklee Dan Jana Income Bersama Shaklee....:)



Pengedar bebas SHAKLEE diperlukan di semua DAERAH di seluruh MALAYSIA sama ada PART TIME/FULL TIME.

Hanya bermodalkan RM75 untuk pendaftaran ahli bg semenanjg dan rm85 ahli bg sbh/srwk & business starter kit, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee (Yuran sekali seumur hidup):

✔ Ganjaran tunai (CASH)
° Bonus peribadi sehingga 21%
° Leadership bonus sehingga 6 level
° Insentif Coordinator sehingga 1.5%

✔ Program kereta (CAR)
° Insentif wang tunai untuk pembayaran kereta atau suka hati andalah nak buat apa dengan wang tunai itu

✔ Percutian (CONVENTION)
° Berpeluang menikmati percutian bertaraf 5 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee di dalam dan luar negara
° Berpeluang menunaikan umrah bagi yang muslim membawa bersama ahli keluarga; ibubapa, anak-anak dan saudara-mara

==========================================

Dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, bisnes Shaklee adalah pilihan yang terbaik.

Shaklee is:
✐ The PERFECT Industry
✐ The PERFECT Time
✐ The PERFECT Company
✐ The PERFECT Product
Choosing the RIGHT COMPANY is more IMPORTANT than your EFFORT, choosing the BEST TEAM will bring you to the TOP!

==========================================

✘ Anda TIDAK perlu modal besar.
✘ Anda TIDAK perlu menyimpan stok.
✔ Anda CUMA perlu bertindak segera.
Kerana mereka yang mahu BERJAYA adalah orang yang bertindak SEGERA!

✉ PM ke https://www.facebook.com/messages/new
☎ SMS: 016-8847007 Maya OnlineShop

Saturday, October 26, 2013

Bantuan Ikhlas Anda Amat dialukan

Emmmm...lama tak update blog...tp kali ni just nak sharing permintaan bantuan dari saudara kita di Syria.....bagi yang ikhlas bolehlah bantu ye...tiada paksaan.




Saturday, September 28, 2013

Busy Menjana Income Dengan Shaklee



Agak lama juga tak update blog ni....sibuk dengan aktiviti harian dan income sampinganku...iaitu Shaklee.....tahu tak apa produk shaklee....pastinye kenal kan...produk kesihatan yang memang popular di Malaysia sekarang.


Walapun lama tak update tapi income Nuffnang masih aktif jalan...alhamdullilah...rezeki Allah beri katakan. Untuk tambah income yang sikit, so aku ikutkan jana income dengan shaklee...alhamdullilah...amat berpuas hati...ni antara cek aku terima.


 ni cek pertama...sikit...tp oklah.

cek bulan seterusnye...hehehe..:)


Teruja tak.....so jom join bersama aku.....sila ke Facebook: MayaOnlineShop  Apa2 pertanyaan dan nak join, sila sms 016-8847007 or ke facebook Maya tu.

Daftar jadi ahli shaklee....rm75(sm) rm85(ss) sekali seumur hidup...tapi income bila2 je ada yang penting ada kesungguhan nak business...hehehe.

Friday, June 28, 2013

RE: Malunye Nak Luahkan Rasa Cinta..Macam Mana Ni? Nak Tau Macam Mana, Baca Sini!



Salam....dah malam rupanye..hehe. Aku nak share sikit petua untuk luahkan rasa cinta anda kepada orang yang anda sayang bangat tu. Nak simpan dalam hati sampai bila entahlah, buat pe. Eloklah luahkan. Kalau malu, nanti rugi sebab kita tak tau apa si dia fikirkan tentang diri anda. Kalau si dia jua seperti anda, sayang dan cinta dengan anda. Takkan rugi tu, kalau terlepas. Tapi kalau sebaliknya, janganlah bersedih sangat. Pasti akan jumpa yang sama2 berkenan di hati..betul tak?


Aku dulu pun bukannya pandai nak luahkan rasa cinta sayang ni. Kalau tak dimulai oleh si dia tercinta...hehehe pemalu katakan. Itu tak pe, sebab aku perempuan. Bah kata orang, takkanlah perigi mencari timba kan. So, patut timbalah yang mencari perigi. Tapi sekarang kadang2 keadaan terbalik. Perempuan lebih berani luahkan rasa hati dari lelaki. Hebatkan...hahaha. Apa2lah asalkan bahagia.


Petua luahkan rasa hati terpendam...hehehe :) 

1. Ungkapkan cinta dengan sesuatu 
- Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


2. Ungkapkan cinta secara langsung 
- Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.


Saya, sayang awak.


3. Kenali si dia dengan baik 
- Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.


4. Siapkan Mental  
 - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.


5. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta 
 - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.



Sudah habis baca, so sekarang amalkanlah apa lagi. Manalah tau berkesan or tak. Tapi yang penting sebenarnya diri anda sendiri. Tak kisahlah pakai petua or tak, kalau diri anda sendiri tak berani. Manalah nak menuju ke step seterusnya.....just ungkapkan jelah rasa cinta tu, agar rasa lega sikit dihati :).

Saturday, May 4, 2013

Kasih Sayang Ibu

Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.


Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.



Credit:Google

Persoalannya sekarang, masih adakah kasih sayang di hati seorang ibu terhadap anaknya? Emm....kasih sayang ibu terhadap anak memang tak akan pupus begitu saja walaupun di telan oleh arus permodenan. Namun tidak mustahil jua, ada setengah manusia yang sanggup berlaku kejam apabila jiwa tertekan.


Contohnya pada zaman sekarang, terlalu banyak kisah yang terpapar di dada suratkhabar mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa. Dan yang paling kejam sekali, bukan saja ibu yang melahirkan bayi tu membuang bayi tapi juga bertindak membunuh bayi tersebut. Cuba fikir, apakah yang berada di fikiran mereka agaknya ketika itu? Apa2 pun tepuk dada, tanya minda anda.


Nukilanku: RMH

Saturday, April 6, 2013

JOM JOIN SAYA MERAIH 4-5-6 ANGKA!!

Kenapa saya pilih Shaklee sebagai business online saya? Kenapa anda perlu join group saya -JUTAWAN..Lets EDGes..
_______________
 
 1. SHAKLEE -Company yg stabil sejak 1956- lebih 50tahun di pasaran.Ia tertua di pasaran makanan tambahan dan pastinya kukuh dan hebat
Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
 
2.Produk yg berkualiti -

Salah satu produknya yg pertama dicipta- Vitalized Mineral, dirumus pada 1915. Ia produk yg harmoni dgn alam semulajadi dan terbukti dgn ujian klinikal. Apabila anda memilih produk Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal.Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.
 
 3.Pelan Jualan Menarik Shaklee
Anda berpeluang menikmati bonus skim yg shaklee tawarkan, tiada limit RM, berpeluang mengikuti trip2 international dan local secara percuma, berpeluang mendapat recognition (trophy dan cash) dari Shaklee, berpeluang membina empayar bisnes anda sendiri baik secara part time atau full time..dan hasil daripada apa yg anda kongsikan dgn mereka diluar sana. its priceless...

4.Support group yang penuh dengan caj2 positif.,ukhuwah yg kuat...penuh dgn rahsia2 dan strategi utk  berjaya. [GROUP JUTAWAN SHAKLEE -secret Facebook group,hanya yg terpilih layak dijemput masuk]. group yg dah melahirkan ramai leader2 yg berkualiti dengan income bulanan stabil dari 2angka ke 5angka - Master, Sr Key Coordinator, Coordinator, Key Coordinator, Supervisors, Sr Supervisors..

Jadi.. atas sebab2 di atas.. Jom join saya dan group Jutawan Shaklee saya.I'm more than glad to help as much as i can ..InsyaAllah ..Hanya melalui alam maya..tak perlu meeting sampai lewat malam..you can have it your way..thousands of fibers connects us..latihan di alam realiti juga disediakan...

You choose and u decide.. Its your dream. Your success or your failures rely on you, not me.I'm here to share the secrets, the tips, to teach the strategies, the power of giving, the power of doa, the power of dreams....  with the miracles of Shaklee, and our personal gold 'touch'..everything is possible...U just have to believe in your dream.. have faith in Allah, in yourselves and in the product.. InsyaAllah.. 
Berminat? Contact me..JOm.....melurputih123@gmail.com or sms 016-8847007 or pm fb: Maya OnlineShop.

Tuesday, March 19, 2013

RE: Cinta Kedua, Mampukah Aku Menerimanya?






Kata orang cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan kerana ia adalah satu detik permulaan hati anda mula menyintai dan menyayangi seseorang. Kalau boleh anda sepenuh hati ingin menjaga hubungan tersebut dan ingin cinta pertama itu diakhiri di jinjing pelamin.

Memang beruntunglah pasangan yang bercinta kali pertama hubungan mereka diakhiri di jinjing pelamin. Menjadi suami isteri dan hidup bahagia ke akhir hayat. Saya juga mengimpikannya dan pasti anda juga..kan? Tapi bila halangan mula menodai hubungan cinta pertama anda. Apakah anda buat?

Bah kata orang, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Berkeras-keras anda mahu yang anda impikan. Kalau tak ada jodoh, tak dapat juga. So, terpaksalah berserah pada takdir. Itulah hidup. Apa yang kita inginkan, tak semestinya kita akan dapat. Mungkin ada haikmah sebaliknya. Mana tahu jumpa orang kedua yang lebih baik dari yang pertama.

Persoalannya, mampukah anda menerima cinta kedua, bila hati anda masih pada yang pertama? Kenangan indah saat cinta pertama memang sukar nak lupakan. Lebih-lebih lagi punca perpisahan bukan atas sebab kecurangan atau perselisihan faham. Perpisahan berlaku hanya sebab family tidak menyukai pilihan anda, perbezaan agama atau bangsa dan perbezaan darjat. Itu lagi sukar nak melupainya.

Tapi sampai bila nak mengingati saat indah itu? Sampai usia lanjut atau ke akhir hayat? Memang sukar nak katalah. Ia bergantung pada diri orang itu sendiri. Kalau anda mempunyai kekuatan untuk menerima cinta kedua. Terimalah. Mana tahu ia memberi bahagia sepanjang hidup anda. Kalau tak, masih ada cinta lain menunggu anda.

Jangan biarkan cinta pertama membuat anda sukar untuk menerima cinta seterusnya. Kalau kita tak mencuba membuka hati untuk kali kedua pada orang lain. Kita pasti tak tahu apakah ending hubungan tersebut. Lebih baik mencuba dari tak. Bahagia atau derita sesebuah perhubungan cinta, itu adalah lumrah kehidupan. Kita harus menerimanya seadanya. Walaupun kadang-kadang terpaksa kerana keadaan.

Moga cinta sejati menemani hidup kita semua. Moga bahagia menyinari hari-hari yang kita lalui. Agar ia lebih bererti dalam meniti hidup yang makin hari makin mencabar. Senyum ceria selalu….ok.

Nukilan; 

Saturday, March 16, 2013

RE: Siapa Pernah Mimpi Ular? Takut & Geli Betul Dibuatnya!

Credit:Google


Tahu tak binatang yang paling buat aku rasa geli & meremang bulu roma? Ular lah. Binatang yang tak suka betul aku tengok. Entah kenapa. Kalau member ada forward gambar ular, memang sebelum aku tengok. Aku delete terus. Aku memang tak suka tengok.


Aku macam fobia pula dibuatnya. Kalau aku tengok gambar ular je. Malam tu memang aku teringat. Kadang2 sampai termimpi2. Geli betul aku dibuatnya.Memang memang aku tak suka betul ular. Kalau tengok gambar cartoon ular oklah. Kalau yang real punya. Tak mampu aku.


Pernah aku mimpi kena belit oleh ular. Ada juga kena kejar ular. Malah aku ada mimpi aku pukul ular tu sampai mati sebab ular tu nak patuk aku. Tahun lepas pula aku pernah mimpi kena patut ular. Ada 2 ekor ular. Ular pertama tu nak patuk tapi aku sempat mgelak. Ular kedua dapat patuk aku pula. 


Pagi selepas mimpi ular tu, aku cerita kat kawan aku. Mereka cakap tak lama lagi aku akan kahwin. Emm.. pernah dengar juga pasal hal ni. Rasanya kata orang melayu kot. Mereka cakap kalau mimpi dipatuk ular alamat nak kahwin. Sejauhmana kebenarannya, aku pun tak tau. Belum nampak lagi. Lama dah berlalu. Maybe sekadar andaian je agaknya. 


Bagaimana pula anda? Pernah mimpi jumpa ular, kena belit or kena patuk ular. Then tak lama lepas tu kahwin? Kalau ada bagitau ye...he3. Moga bahagia selalu.

Tuesday, March 5, 2013

KELEBIHAN MINUM AIR MASAK...Wajib Baca :)



Bagi anda yang suka jaga kesihatan or tak tahu pasal khasiat air masak...jom singgah sini dan baca info menarik ini.


KELEBIHAN MINUM AIR MASAK:

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Wednesday, February 20, 2013

♥ NOTA CINTA :)

Sebagai renungan bersama.....:)



Saturday, January 26, 2013

Doa untuk mendapatkan anak kembar ♥ ♥



Doa untuk mendapatkan anak kembar ♥ ♥

1)amalkan surah As-Shaffat ayat 120 :

"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"

2)Surah Asy-Syuura ayat 50:
"Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."

Kita hanya mampu merancang.TUHAN yg tentukan ..

Wednesday, January 16, 2013

10 perkara menyebabkan hati kita buta

10 perkara menyebabkan hati kita buta. Semoga hati kita rasa terpukul. Tabarakallah (◕‿◕)



Tuesday, January 8, 2013

Tabung Bantuan Mangsa Banjir...Jom Sama2 Menderma..:)



Sekarang ni beberapa buah negeri dilanda banjir...kasihan juga tengok mangsa banjir ni. So, bagi siapa2 yang bermurah hati....silalah beri bantuan ye...dengan ikhlas di hati...:)


Individu dan organisasi yang berminat untuk membantu mereka yang terjejas oleh banjir boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank 5141-0532-0757 di bawah nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima melalui kaedah-kaedah berikut:

- Maybank2u.com
- pemindahan dana di ATM dan Phone Banking KawanKu
- mesin 'cash deposit'
- mesin 'cheque deposit'
- kaunter-kaunter Maybank, atau
- kirimkan cek di atas nama Tabung Bencana NSTP-Media Prima dan hantar kepada d/a Jabatan Kewangan, Media Prima Berhad, Sri Pentas, No. 3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling, Selangor
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."