♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam
belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating
sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas,
minum air perghh kongsi segelas...
bila ada konflik , haa mula
la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam
kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass,
tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !
so, jadilah
couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga
maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa
beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu
pasti berbalas.
♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat
kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia
terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu
membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya
istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak
menerimanya.
♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU
CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal
cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila
kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata
seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang
dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat
langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.
♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau
membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan
hikmahnya.
♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai
terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami.
bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua
rasa jika itu yang benar-benar dialami.
♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang.
tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu.
namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung
tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.
♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang,
lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau
telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak.
kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak
akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan