Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kekasih. Show all posts
Showing posts with label kekasih. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Aku Bukan UntukMu....Huhuhu Sedihlah Pulak :(

Dalam bercinta memang macam2 dugaan kita hadapi, lebih2 lagi bila hubungan tak sampai ke pelamin cinta yang diidamkan atas banyak sebab...bah kata orang 'Aku bukan untukmu' or 'Dia bukan untukku'. Apapun redha menerima segalanya. Walaupun hati agak sukar untuk melepaskan sseorang yang pernah kita cinta. Tapi apa nak buat takdir cinta kita setakat itu saja. Mana tahu kita akan dapat lebih baik dari yang dulu...mungkinkah????


Sedihnye teringat si dia...huhuhuhu

Aku Bukan Untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Credit:Youtube

Wednesday, November 24, 2010

CoretanMaya: Kerana Seorang Lelaki, Kau Sanggup Tikam Aku Dari Belakang

Credit:Google


Pernahkah anda alami situasi di mana, kawan baik anda yang memang rapat dengan anda. Tikam anda dari belakang, hanya gara-gara seorang lelaki. Bagi yang pernah, memang rasa pedih hatikan.


Walaupun lelaki tu hanya kawan rapat anda saja, bukannya kekasih hati pun. Kawan perempuan anda sanggup berbuat demikian. Kan senang, kalau suka bagitahu je. Daripada memburuk-burukkan kawan sendiri dari belakang, sampai hubungan persahabatan antara anda terputus dan lelaki itu fikir negatif tentang diri anda.


Ini baru kawan rapat je. Kalau kekasih hati juga dia ingin kebas, entah apa punya kawanlah itu. Elok buang je dalam sampah. Buat menyusahkan hidup kita je. Kawan yang suka tikam belakang ni patut dielakkan. Boikot mereka, yelah asyik buat dajal je kat kawan.


Perkara ni, pernah berlaku pada saya. Kawan rapat yang makan tidur dan sentiasa bersama. Ada masalah sama-sama cuba selesaikan tapi bila masuk bab lelaki. Memang siallah. Pandai berpura-pura dan berlakon macam tidak pernah berbuat salah terhadap kawannya. Salah saya juga sebab cepat percaya dan tidak cepat mencurigai orang. Dah nasib.
 


Tapi sejak kena tikam ni, saya hilang dah kepercayaan pada member yang macam ni. Saya selalu ragu keiklasan orang yang nak berkawan dengan saya. Apa yang telah berlaku sebagai ikhtibar bagi saya agar tidak cepat percaya dengan sesiapa pun. Jadi, kawan biasa macam tu jelah. Nak percaya sangat, tak mahulah.


Hubungan saya dengan kawan lelaki saya tu, berakhir macam tu je. Entah apa yang member saya bagitahu dia, saya pun tidak tahu. Tidak diberi peluang nak bercakap. Cuma dapat message, jangan ganggu saya lagi. Dah orang tidak mahu berkawan, saya malas nak kisah sangat. Biar jelah. Member yang jahat hati tu, saya pasti dia akan mendapat balasannya kelak. Sebab saya percaya setiap perbuatan ada balasannya. 


Pengajaran...jangan cari kawan yang suka tikam belakang dan jangan percaya orang sangat. Percaya boleh tapi mesti ada curiga sikit, Ok. 


Nukilan; 

Saturday, October 23, 2010

NAZREY JOHANI - Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)

Lagu 'Wahai Kekasih (Kaulah Segalanya)' amat myentuh jiwa.
Aku tiap kali dgr sambil baca ayat2 dlm video klip ni.
Air mata jatuh satu psatu...tk tahan, syahdu btl.
Begitu mulianya hati Rasulullah myayangi Umatnya.
Btuahnye kita mjd umat Baginda.
Pyh nk jumpa manusia semulia dan sesuci hati seperti Bahagia.
Bila dgr lagu ni, terasa sgt nk jumpa dgn Baginda.





Nazrey Johani - Wahai Kekasih

Wahai seorang kekasih,
Telah lama kau dirindui,
Pilu sedih dalam kerinduan,
Menangis pun tak berair mata,
Namun hati tetap gembira,
Syafaatmu menanti di sana.


Sungguh tabahnya hatimu,
Menanggung derita yang melanda,
Biarpun perit pedih tersiksa,
Kerana umat kau tempuhi jua.


Wahai Rasul kaulah segalanya,
Contoh terbaik umat akhir zaman,
Akhlakmu tinggi kan kami jejaki,
Sifatmu sempurna pelengkap peribadi.


Wahai Rasul kami merindui,
Sinaran wajahmu mendamaikan jiwa,
Manis senyuman mu penawar hiba,
Di hati kami kaulah segalanya.

Wednesday, September 15, 2010

Imbasan: Perlukah Membandingkan Kekasih Lama Dengan Kekasih Baru

 Credit:Google
 
Dalam hubungan percintaan bermacam-macam onak duri kita lalui. Bahkan dalam hubungan suami isteri pun demikian juga. Nak menjaga sesebuah hubungan perlukan kesefahamanan antara dua belah pihak. Kalau terlalu mengikut ego masing-masing. Kelak perpisahan berlaku. Tapi kalau sudah suratan takdir, hubungan berakhir. Nak buat macam mana. Dah tak ada jodohkan?
 

Tapi perpisahan bukan bermakna untuk hidup dalam kesedihan mengenang kenangan lama. Mulakan hidup baru dengan bergaul dengan teman yang anda percayai atau orang baru. Mana tau terjumpa kekasih baru yang bisa mengubat hati yang lara. Mungkin lebih baik dari kekasih lama anda. Selalunya orang akan cakap macam tu. Entahlah tu terpulang pada penilaian masing-masing.
 

Anda yang mengalaminya, so anda sendiri yang tau sejauhmana beza antara si dia dengan kekasih lamamu. Tapi jangan sampai terlalu melampau untuk membandingkan si dia dengan yang lama. Setau saya lelaki tidak suka perempuan menilai sebegitu. Saya sebagai perempuan pun, tak suka. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya tertentu. So, terimalah seseorang yang anda sayangi seadanya dia. 
 

Tapikan payah juga nak lupakan kekasih lama. Lebih-lebih lagi cinta pertama. Yelah saya pernah alaminya. So, nak hapuskan kenangan bersama dulu memang sukar. Lebih-lebih lagi perpisahan berlaku bukan silap siapa-siapa. Kadang-kadang ada juga terfikir perbezaan si dia dengan lelaki yang muncul dalam hidup saya. Saya tak nyatakan kepada yang baru, sebab saya tau tak elok nak banding-bandingkan. Nanti kecik hati pula kawan..hehe.
 

Apa-apa pun, fikirlah sejenak. Jangan terlalu membandingkan si dia dengan sesiapa pun. Tak kira kekasih lama or orang lain. Terima je si dia seadanya. Kita ni bukannya perfect pun. So, jangan banyak complaint ok.

Friday, September 3, 2010

Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

Sunday, June 20, 2010

9 Petua Jadi Kekasih Idaman....Siapa Mahu, Sila Baca!

Credit:Google

Setiap individu tentunya mempunyai kelemahannya tersendiri, sebab itulah tiada yang mampu menjadi kekasih serba sempurna. Bagaimanapun, anda masih mempunyai ruang untuk mengubah diri anda agar tersenarai dalam kategori kekasih idaman.
 
 
Bagaimana caranya....bacalah 9 petua dibawah ni...he3.



1-Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu lebih mengenali siapakah dirinya yang sebenar ketika kamu bertemu dengan insan yang tepat untukmu.


2-Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau sesiapa saja kalau kamu tidak menghormati mereka.Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri.Untuk mula menghormati diri sendiri,kamu patut bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku hormati dalam diriku?”.Sementara itu,bagi mendapatkan perasaan hormat daripada orang lain pula,termasuklah daripada orang yang kamu tidak suka,kamu patut bertanya pada diri sendiri.”Apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

Saturday, June 19, 2010

Aksi Bogel, Lucah Dan Asmara Di Pantai

Entah apalah punya manusia, tak punya akal ka? Adakah patut nak berbogel lepas tu nak beraksi lucah pula di hadapan ramai manusia lain di pantai? Akal pendek betul. Carilah tempat lain. Buat apa nak tunjuk kat orang lain. 


Aku tak faham betul dengan orang macam ni. Tak reti malu agaknya. Nak tunjuk diri tu hebat sangat agaknya. Isss...macam2lah manusia ni. Orang lain sukalah sebab tengok free wayang ma....teruk betul!!

NEWPORT, England - Sepasang kekasih ditangkap oleh enam anggota polis kerana berbogel dan berasmara di hadapan sejumlah ibu bapa di tepi pantai peranginan Sandown, Isle of Wight, lapor sebuah akhbar semalam.

Adegan itu bermula apabila seorang wanita berambut perang dan berusia 22 tahun dari Ireland Utara bersama dengan kekasih lelakinya dari Surrey melompat-lompat di hadapan beberapa ibu bapa dan anak-anak mereka dengan berpakaian renang pada waktu tengah hari, baru-baru ini.

Namun, wanita itu menanggalkan colinya menyebabkan sekumpulan pengunjung bar yang berdekatan di pantai tersebut bersorak.

Sunday, May 2, 2010

Mimpi Anda Berkasih Dengan Selebriti & Berkasih Dengan Buah Hati Teman Baikmu....Maksudnya!

Credit:Google

Enaknye dibuai mimpi indahkan? Kalau mimpi jumpa kekasih hati yang lama tak jumpa rasa tak mahu bangun2 dari tidur je. Ada pernah member aku mimpi kekasih dia sebab terlalu rindu sangatlah tu. Sebab itu terbawa2 ke alam mimpi. Itu yang aku rasalah. Mimpikan mainan tidur.


Apa pula maksud mimpi kalau anda berkasih dengan selebriti or berkasih dengan buah hati teman baik anda pula? Jom kita tengok apa maksud sebalik mimpi tu.....


Anda Berkasih Dengan Selebriti


Maksudnya:


'Mereka yang aktif dalam kehidupan seks tetapi dalam masa tertentu tidak mengadakan apa2 hubungan intim - sama ada kerana suami tidak bersamanya atau baru putus cinta - sering bermimpi menjalinkan hubungan dengan selebriti' kata Patricia Farrel, penulis How To Be Your Own Therapist.


Maksudnya, anda seringkali mahu adakan hubungan intim.....dan ini 'direalisasikan' oleh seorang selebriti terkenal seperti Brad Prit.


p/s: Emmm....macam tak betul je aku baca. Ye ke kalau mimpi selebriti sebab nak adakan hubungan intim. Macam tak logik pula aku rasa. Apa kata anda pula? Bagi komen sikit.


Sunday, April 11, 2010

Inikah Bukti Cinta Sejati

Cinta sejati, rsnya agak sukar nk cari skrg.
Kalau jumpa kira bsyukurlah.
Tp kalau cinta hanya time susah buat pe.
Mcm cerita dibwh ni.
Time susah ingat kekasih hati, bila senang tinggal mcm tu je.
Tk mhargai insan yg myintainya setulus hati.

Credit:Google

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” 

Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta. 

Saturday, April 10, 2010

Perlukah Membandingkan Kekasih Lama Dengan Kekasih Baru


 Credit: Google

Dalam hubungan percintaan bermacam-macam onak duri kita lalui. Bahkan dalam hubungan suami isteri pun demikian juga. Nak menjaga sesebuah hubungan perlukan kesefahamanan antara dua belah pihak. Kalau terlalu mengikut ego masing-masing. Kelak perpisahan berlaku. Tapi kalau sudah suratan takdir, hubungan berakhir. Nak buat macam mana. Dah tak ada jodohkan?

Tapi perpisahan bukan bermakna untuk hidup dalam kesedihan mengenang kenangan lama. Mulakan hidup baru dengan bergaul dengan teman yang anda percayai atau orang baru. Mana tau terjumpa kekasih baru yang bisa mengubat hati yang lara. Mungkin lebih baik dari kekasih lama anda. Selalunya orang akan cakap macam tu. Entahlah tu terpulang pada penilaian masing-masing.

Anda yang mengalaminya, so anda sendiri yang tau sejauhmana beza antara si dia dengan kekasih lamamu. Tapi jangan sampai terlalu melampau untuk membandingkan si dia dengan yang lama. Setau saya lelaki tidak suka perempuan menilai sebegitu. Saya sebagai perempuan pun, tak suka. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya tertentu. So, terimalah seseorang yang anda sayangi seadanya dia.

Monday, March 15, 2010

Ribuan Lelaki Tawar Jadi Kekasih.....Waa, Popular Betul Awek Ni Ya!!

Beribu lemon lelaki nk jd kekasih hanya gara2 tbaca hasrat awek ni pd kad sempena hari wanita. 
Npk gaya awek ni mmg cantik & cun melecun kot.
Kalau tak, takkan ramai yg nak...kan!!
Dah tu tak berani nak keluar pula.
Tkejut sgt agaknya atau rambang mata, nak pilih yg mana satu.
Hahaha.....apa2 jelah.

Seorang gadis yang menjadi pelajar di sebuah universiti di China, Zhang Mengqian terkejut apabila ribuan lelaki menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.
 
Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar wanita itu selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad sempena Hari Wanita.

Namun, respons yang diterimanya amat mengejutkan.

Ribuan lelaki bujang memenuhi kampus Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan pada
Khamis lalu selepas Mengqian mendedahkan hasratnya itu. 

Monday, February 8, 2010

Sanggup Tukar Wajah Demi Kekasih Hati...Alahai, Be Ur Self Cukuplah!!

Haiiii...mcm2lah dgn manusia ni.
Dah bg muka elok..molek, nk tukar pula.
Tk bsyukur langsung.
Ni pula, nk tukar wajah hanya gara2 krn sorg lelaki.
Kalau btl laki tu syg sama kita, dia pasti terima kita seadanya.
Kalau tk..elok belah je.
Org mcm ni tk kekal lama punya dlm phubungan.

Pelakon terkenal, Jessica Alba menyatakan dia berasa sedih apabila mendapati terdapat seorang wanita China yang sanggup menjalani pembedahan plastik supaya wajahnya sama seperti aktres itu.
 
Wanita China itu yang mahu dikenali sebagai Xiaoqing sebelum memberitahu agensi berita Reuters bahawa dia mahu wajahnya kelihatan mirip Alba dengan tujuan untuk memenangi hati kekasihnya.

Sunday, December 27, 2009

Kerana Seorang Lelaki, Kau Sanggup Tikam Aku Dari Belakang




Pernahkah anda alami situasi di mana, kawan baik anda yang memang rapat dengan anda. Tikam anda dari belakang, hanya gara-gara seorang lelaki. Bagi yang pernah, memang rasa pedih hatikan.

Walaupun lelaki tu hanya kawan rapat anda saja, bukannya kekasih hati pun. Kawan perempuan anda sanggup berbuat demikian. Kan senang, kalau suka bagitahu je. Daripada memburuk-burukkan kawan sendiri dari belakang, sampai hubungan persahabatan antara anda terputus dan lelaki itu fikir negatif tentang diri anda.

Sunday, August 2, 2009

Hepi Bzday 2 Special One

Hari ni bzday seseorg yg special buat diri sy.

Bukan teman, bukan kwn, bukan kekasih, bukan apa2lah...tp ssorg yg special yg btamu di dlm hdp sy.

Sy doakan moga dia sentiasa d dlm keadaan sihat & hepi sll.

Plg ptg..murah rezeki..moga segala mslh & ketensionan yg melanda akhir ni, hilang ditiup angin sepoi2 bahasa..hehehe.

Nah...hadiah buatmu



Hepi bzday 2 u...Hepi bzday 2 u



Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."