Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label hari wanita. Show all posts
Showing posts with label hari wanita. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Pelik Macam Mana Wanita Bogel Terperangkap Di Cerun Bukit????

Aku ada baca news pasal wanita bogel ni di email pagi tadi. Fikir2 macam manalah wanita ni boleh terperangkap di cerun bukit tanpa seutas benang. Adakah dia suka2 mendaki bukit then tak pandai nak turun? Pelik pelik.....pasti ada sesuatu berlaku...tapi tak pasti apa??????


Credit:Kosmo

SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam. 


Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.


Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.


Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan. 


Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. - Agensi

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Buat Wanita Sedunia

WANITA dicipta dari rusuk, 
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan juga dari kepala untuk dijunjung, 
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat jua di hati untuk dikasihi...
selamat hari wanita buat semua wanita aku ucapkan....

Saturday, January 22, 2011

Bertuahnya Kita Wanita, Kenapa? Sebab Kita Wanita Ada Banyak Keistimewaannya. Nak Tahu, Bacalah!!

 Wanita...kau sungguh istimewa.


Wahai wanita kat luar sana, jangan menyesal jadi wanita tau. Sebab wanita ni banyak keistimewaannya dan anda pasti teruja bila baca entry di bawah ni. Senyum selalu wahai wanita kerana anda sungguh berharga...:)

  
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


 Wanita soleh, permata berharga.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.



Betul tak apa aku katakan tadi. Banyak keistimewaan sebagai wanita ni. So, jangan sia2 diri anda sebagai wanita, jangan nak jadi tomboy or pondan pula. Hargai diri anda tu kerana anda ciptaan Allah yang amat unik sekali.

Saturday, May 1, 2010

Benarkah Usia, Perkara Sensitif Buat Wanita

 Credit:Google

Peningkatan umur setiap tahun memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Kalau tak naik2 umur seseorang tu, lain pula kisahnyakan. Pertambahan umur anda ni sebenarnya berhubungkait dengan kematangan anda. 


Tapikan selalunya bila ditanya pasal usia seseorang wanita, agak payah nak tahu berapa usia sebenarnya. Sebab ada setengah wanita tidak berfikiran terbuka mengenainya. Tentunya ada sebab tertentukan.


Bagi sayalah, setiap wanita ni mempunyai pendapat tersendiri mengenai umur ni. Bagi wanita yang masih remaja & muda, pastinya tak kisah bila ditanya mengenai usiakan. Masih muda ma. Buat apa segan2 nak bagitau usia sendiri. Bukannya dah tua pun..ha2. 


Bagi golongan ni, mereka sudah tidak sabar2 untuk menunjukkan kematangan mereka. Betul ke? Maybe jugalah. Setengah orang je. Sebab itulah setengah daripada golongan ni kita tengok rupa mereka lebih dewasa daripada umur sebenar. Tapi macam mana pula bagi wanita rupa nampak muda tapi usia dah tua. Emmm...tu namanya awet mudakan...he3.


Monday, March 15, 2010

Ribuan Lelaki Tawar Jadi Kekasih.....Waa, Popular Betul Awek Ni Ya!!

Beribu lemon lelaki nk jd kekasih hanya gara2 tbaca hasrat awek ni pd kad sempena hari wanita. 
Npk gaya awek ni mmg cantik & cun melecun kot.
Kalau tak, takkan ramai yg nak...kan!!
Dah tu tak berani nak keluar pula.
Tkejut sgt agaknya atau rambang mata, nak pilih yg mana satu.
Hahaha.....apa2 jelah.

Seorang gadis yang menjadi pelajar di sebuah universiti di China, Zhang Mengqian terkejut apabila ribuan lelaki menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.
 
Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar wanita itu selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad sempena Hari Wanita.

Namun, respons yang diterimanya amat mengejutkan.

Ribuan lelaki bujang memenuhi kampus Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan pada
Khamis lalu selepas Mengqian mendedahkan hasratnya itu. 
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."