Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Baby Oh Baby

Ramai yang inginkan anak awal tapi tak semua yang akan dapat awal. Apa pun semua bergantung pada takdir agaknye. Namun, kita harus berusaha dan berdoa, mudahan Allah anugerahkan baby yang soleh dan solehah kepada kita semua. Yang penting niat baikkan.


Aku pun walaupun masih baru kahwin tapi teringin juga anak. Sekarang masih usaha, tunggu rezeki dari Allah. Hope Allah memakbulkan niat baik aku ni...hehehe.



 Cutekan baby ni...dapat kembar bestnye :)



Ni salah satu petua yang aku carikan kat laman sesawang...nak juga try....:)



Petua rebusan kacang hijau:


1. Ambil segenggam kacang hijau
2. Rendam kacang hijau dengan air yang sikit (agak2 air tu dah tenggelamkan kacang hijau tu) sampai tumbuh ekor anak taugeh. Ekor tu kena 2x panjang dari kepala taugeh.
3. Bila dah jadi anak taugeh, buang kulit kacang hijau tu dan cuci.
4. Rebus taugeh tu dengan 2 gelas air dlm 15 minit. Api sederhana.
5. Bila air rebusan tu dah tinggal 1 gelas je, tapis & ambil air rebusan tu.
6. Minum air rebusan tiap2 pagi dari 1st period sampai waktu subur.

p/s: Selamat mencuba....:)

Tuesday, March 1, 2011

Petua-Petua Kahwin....Sila Baca Kalau Nak Keluarga Bahagia :)


 
Kahwin kahwin...siapa tak mahukan, tapi nikah kahwinlah. Barulah sah. Emmm dalam mengharungi alam perkahwinan, pasti semuanye ingin bahagiakan? Aku pun juga nak bahagia. Tapi bagaimana caranye. Mudah je...sila baca info yang aku dapat ni...:)
 
 
Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?.....info ni khas buat suami.


• Sentiasa berdoa agar disayangi.
• Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
• Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri
sepanjang hari.
• Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
• Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap
isteri.
• Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk
memujuk ketika isteri sedang marah.
• Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
• Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan
sebagainya).
• Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
• Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
• Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat
bergerak atau bertindak.
• Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
• Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak
mengungkit atau banyak komen.
• Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
• Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan menyalahkan isteri.
• Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
• Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
• Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
• Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
• Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin
memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
• Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
• Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
• Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
• Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
• Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
• Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
• Sentiasa lakukan ibadah bersama.
• Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat
penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
• Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
• Urut belakang isteri sekali sekala.
• Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
• Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
• Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau
tinggalkannya jauh ketika berjalan.
• Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
• Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
• Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap
masa.
• Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak
ramai.
• Lebihkan isteri daripada anak-anak.
• Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri
sepertimana dia memanjakan anda.
• Seeloknya masuk tidur serentak.
• Belai isteri sebelum pergi kerja.
• Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
• Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
• Lakukan riadah bersama isteri.
• Pergi berkelah sekali sekala.
• Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
 
 
 
So...buat suami2 diluar sana, silalah amalkan petua2 ni ye. Buat isteri pula, hargai segala pengorbanan suami ok...:)

Sunday, June 20, 2010

9 Petua Jadi Kekasih Idaman....Siapa Mahu, Sila Baca!

Credit:Google

Setiap individu tentunya mempunyai kelemahannya tersendiri, sebab itulah tiada yang mampu menjadi kekasih serba sempurna. Bagaimanapun, anda masih mempunyai ruang untuk mengubah diri anda agar tersenarai dalam kategori kekasih idaman.
 
 
Bagaimana caranya....bacalah 9 petua dibawah ni...he3.



1-Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu lebih mengenali siapakah dirinya yang sebenar ketika kamu bertemu dengan insan yang tepat untukmu.


2-Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau sesiapa saja kalau kamu tidak menghormati mereka.Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri.Untuk mula menghormati diri sendiri,kamu patut bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku hormati dalam diriku?”.Sementara itu,bagi mendapatkan perasaan hormat daripada orang lain pula,termasuklah daripada orang yang kamu tidak suka,kamu patut bertanya pada diri sendiri.”Apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

Saturday, May 1, 2010

Siapa Nak Anak Cepat Bagi Yang Dah Kahwinlah...Amalkan Petua Ni!

 
Credit:Google


Siapa yang tak mahu anakkan. Rasanya semua yang dah mendirikan rumahtangga pasti m'impikan anak sendiri. Aku pun mahu anak tapi tunggu giliran aku kahwinlah. Bestkan kalau dapat lahir anak sendiri. Pasti kegembiraannya tak terkira & agak sukar digambarkan. Bahagia betul rasanyakan.


So, bagi anda yang nak anak cepat bolehlah try petua ni. Pernah dengar juga orang amalkan tapi makan taugehlah. Kalau cara di bawah ni, tak pasti. Maybe anda yang diluar sana yang pernah amalkan tolonglah bagi komen sikit ye.



Begini petuanya :

1. Ambil segenggam kacang hijau.

2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

Saturday, April 24, 2010

Cantikkan Wajah Anda Di Hujung Minggu.....Pasti Si Dia Tertawan Nanti, He3

Credit:Google

Kecantikan wajah amat dititikberat oleh semua wanita. Tak kiralah wanita tu dah sedia cantik or sebaliknya. Penjagaan wajah menjadi tangga teratas dalam kehidupan harian setiap wanita. Tak kira tangga mana satu pun, ia tetap or mesti ada dalam kamus hidup seorang wanita.


Bagi wanita kecantikan itu amat penting kerana kecantikanlah yang mampu menarik & memikat hati lelaki. Tapi taklah semua wanita berfikir ke arah itu saja. Jangan salah faham ok. Semua perkara sebenarnya penting. Namun menjaga kecantikan wajah perlulah diutamakan bagi seorang wanita.


Selalunya bagi wanita yang bkerja, waktu hujung minggulah amat sesuai untuk anda relax2 sambil membuat penjagaan wajah dengan masker or apa2 jenis barangan kecantikan yang anda mampu beli ye. Belaikan wajah anda & berilah ia kenikmatan vitamin serta kesegaran, agar wajah anda semakin ceria & berseri selalu. Dengan itu kekasih hati or suami anda makin terpikat & terpegun melihat keayuan anda.

Sunday, April 11, 2010

Mahu Perut Kepis Macam Modellah...Nak Tau Macam Mana, Terjah Sini!

Credit:Google

Bestnye kalau perut saya kepis macam model ni. Nampak seksikan?
Skrg ni saya tgh usaha nk kepiskan perut.
Yelah asyik makan2 je & kurang senaman buatkan lemak kelihatan di perut.

Nampak hodohlah, kalau perut kita buncit.
Nk pakai baju yg seksi sikit, tk dpt..he3.
Dr terus buncit & blemak mcm gambar kat bwh ni.
Elok saya ambil langkah awal.

Kalau tk ambil langkah awal, agak payah nanti nk buang lemak tu.
Bg anda nk kepiskan perut mcm model, boleh try petua ni.
Mana tau bhasil...kan!!
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."