Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label talak satu. Show all posts
Showing posts with label talak satu. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Maya Karin Cerai Talak Satu....Satu Persatu Orang Bercerai Ni???

Permulaan nampak bahagia dan mesra, tapi kita tak tahu phujung dlm sbuah phubungan.
Itulah yg selalu kita lalui dlm meniti kehidupan di dunia ini.
Apa yg blaku ke atas Maya Karin dan Mohammad Ali pun begitu juga.
Punca pceraian mmg payah nak kita tahulah.
Soal peribadi masing2.
Cuma...entahlah, terlalu banyak kes cerai sejak kebelakangan ini.
Mana silapnya, aku sdiri tak tahu.


KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.


Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.


Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.


Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.


Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.


Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.


Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut...petikan:Kosmo

Thursday, June 17, 2010

Sultan Brunei Jatuhkan Talak Satu Kepada Isteri Kedua Baginda, Azrinaz



Berita hangat bulan ni, Sultan Brunei ceraikan isteri kedua baginda iaitu Azrinaz dengan talak satu. Tak ada ribut, tak ada suara2 sumbing, tiba2 je berita keluar mengenai perceraian baginda. Apa sebabnya kita sendiri pun tak tahu. Nak komen banyak, tak bolehlah. Nanti kena saman pula...hehe.

Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."