Berita hangat bulan ni, Sultan Brunei ceraikan isteri kedua baginda iaitu Azrinaz dengan talak satu. Tak ada ribut, tak ada suara2 sumbing, tiba2 je berita keluar mengenai perceraian baginda. Apa sebabnya kita sendiri pun tak tahu. Nak komen banyak, tak bolehlah. Nanti kena saman pula...hehe.
Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu
BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di duniaberkahwin dengan Azrinaz pada 2005.

