Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Rahsia Kecantikan Nasha Aziz

Credit:Google


Tadi aku terjah forum Carigold, ternampaklah entry '40 tahun rahsia kecantikan Nasha Aziz'. Baca punya baca.........macam tak caya Nasha Aziz dah umur 40 tahun. Betul ke ni? Apa pun, Nasha Aziz tetap cantik bergaya...nak tahu rahsianye. Baca entry yang aku copy dari Carigold ni.


PELAKON dan model, Nasha Aziz punya cara sendiri untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Sebagai figura awam, sudah semestinya mempunyai amalan tertentu yang menjadikannya dirinya begitu mempersona ketika di hadapan khalayak.


Heroin filem Kad Cinta ini memberitahu bahawa dia mempraktikkan lima perkara dalam memastikan dirinya selesa untuk berdepan dengan kerjaya harian.


1. Kesihatan mental

Super model nombor satu negara ini sentiasa berfikiran positif dalam memastikan dirinya sentiasa ke hadapan. Menjaga akal dari memikirkan perkara yang bukan-bukan atau yang memberi impak kepada mood sehariannya.


2. Fizikal yang menawan

Jujurnya, dia jarang membuat latihan jasmani yang lasak seperti joging atau berenang kerana masanya banyak di tempat kerja. Senaman ringannya seperti mengemas rumah dan berjalan-jalan.

Justeru, Nasha memastikan kesihatan tubuhnya dengan mendapatkan suplemen ginseng sebiji tablet yang dimakan setiap pagi. Amalan makan pertama di kala perut sedang kosong tersebut dapat membantu badannya sentiasa panas.

Selain itu, pelakon filem Hati Biru ini juga menelan sebiji tablet kunyit yang baik untuk sistem penghadaman.

Bijirin juga menjadi pilihan bagi mengelak dari kemasukan gas dalam badan kerana kerjanya kadang kala tidak tentu masa.

Nasha makan nasi setiap hari tetapi tidak mengambil minuman bergula. Air lemon pekat tanpa gula juga antara minuman kegemaran saya. Selain itu, saya juga makan coklat tanpa susu dan telur putih.


3. Naluri mesti bersih

Wanita berusia 40 tahun ini sentiasa menjadi keinginan nalurinya. Tidak mahu didesak dengan sebarang anasir yang menyebabkan dirinya terlibat dengan tabiat-tabiat yang boleh merosakkan hatinya. Tidak kisah dengan apa yang dikatakan orang sekeliling mengenai dirinya termasuk gosip yang mengatakan tentang perkahwinannya dalam masa terdekat.


4. Pergaulan yang sihat

Sebenarnya, pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) ini tidak punya kawan baik yang terdiri dari golongan artis dalam industri. Dia sangat memilih untuk mencari kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman lepas, Nasha semakin selektif ketika berkawan dan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan.


5. Kawalan emosi


Pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz ini juga sentiasa menarik nafas panjang tatkala berdepan dengan masalah. Tidak suka marah-marah dan sentiasa tersenyum andai berdepan dengan konflik.

Friday, December 24, 2010

Iklan Nuffnang: Nesvita Calciplus Semestinya Baik Untuk Tulang Anda...Jom Minum!!



Iklan Nuffnang 'Uncover the truth about bones' dari Nesvita Calcipus banyak betul berlegar-legar di blog member pagi ni. So, aku pilih mana satu yang teringin aku nak klik untuk entry kali ni. 


Maybe ramai yang dah tahu apa itu kalsium kan? Tapi aku nak juga jelaskan sikit pasal kalsium ni khas buat yang lupa or memang tak tahu. 


Kalsium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang bersimbolkan Ca dan mempunyai nombor atom 20. Kalsium amat penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung, dan keseimbangan bendalir dalam sel. (Wikipedia)


Pengambilan kalsium yang rendah boleh menyebabkan berlakunya penyakit Osteoporosis yang bermaksud 'tulang poros'. Mengikut hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.


Emmm dengar tu, ramai betul wanita kita yang kekurangan kalsium ni. So bagi mengelakkan risiko penyakit Osteoporosis, mulai saat dan hari ni, amalkanlah minum susu yang mengandungi kalsium yang lengkap seperti 'Nesvita Calciplus'.


Harus ingat, bukan hanya kandungan kalsium saja dapat memberi anda tulang yang kuat tapi:




Haruslah mengandungi kombinasi 'nutrients' yang lengkap seperti:
phosphorus, magnesium, zinc serta vitamin C dan D.
Semua ni boleh ditemui dalam 'Nesvita Calciplus.'


Nesvita Calciplus boleh membantu anda memperlambatkan proses 'bone loss' dengan cara:




Proses 'bone loss' yang dialami oleh kita tidak boleh di'reversed'.
Kenapa?



Jadi....ringkasnya, kalau anda sayang tulang anda dan inginkan tulang yang sihat, bebas dari penyakit Osteoporosis amalkanlah minum susu 'Nesvita Calciplus' yang mengandungi lengkap nutrisi yang diperlukan untuk tulang anda. Aku dah try, cuma aku belum beli baru lagi...hehehe....ok jom minum susu.

Info menarik, sila baca!!!


Kepentingan Kalsium Pada Wanita 

 p/s: ni bukan entry promosi..:)

Friday, January 15, 2010

Mati Kerana Hendak Kurus....Bahaya Betul!!


KUALA LUMPUR - Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan.

Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram.

Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."