Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label sedap. Show all posts
Showing posts with label sedap. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Dutch Lady Milk Election.....Pilihanku Dutch Lady Caramel Toffee



Bulan lepas election di Sarawak, sekarang bulan ni election syarikat Dutch Lady Milk pula. Emm...macam2lah iklan sekarang ye. Kreatif juga. Yelah melalui undian ini dapat memilih product yang paling digemari orang ramai. So, bolehlah target product mana yang nak diperkenalkan dan dipasarkan kelak. Idea marketing katakan.






Ada 4 calon yang bertanding. Antaranye ialah Dutch Lady Read Bean, Dutch Lady Moo Melon, Dutch Lady Caramel Toffee dan Dutch Lady Sweet Corn. Pilihlah mana satu pilihan hati anda. Aku dah pilih tadi......pilihan aku ialah Dutch Lady Caramel Toffee. 



Sedap gitu...hehehe


Jom nanyi pula bersama Dutch Lady Caramel Toffee.



Apa lagi...jomlah undi Dutch Lady pilihan anda sekarang. Tak rugi apa2 pun. Just klik sudah...the end.

Saturday, April 23, 2011

KFC O.R. Chicken Chop - Alamak Laparlah Pula Perut Ni (Ada Voucher KFC Free Sekali Di Sini)



Malam2 p jenguh FB KFC, mana tak laparnye...huhuhu. Berbunyi perut. Aduh...sedapnye KFC O.R. Chicken Chop tu...siapa pernah cuba, bagilah komen sikit. Sedap ke tak, besar ke ayamnye...setanding chicken chop yang lain tu ke?


Sebenarnye masa mula2 aku tengok iklan ni di news, teringin sangat nak beli. Tapi bila sampai di KFC...........apa berlaku cuba teka...hehehe.

Aku tak jadi beli, sebab kawan aku yang dah makan KFC O.R. Chicken Chop ni bagitau. Cuba awak tengok ayam yang kat depan fun fries tu...itulah rupa ayam untuk chicken chop KFC tu. Alamak kecilnye. Terus aku cancel order...hahaha.


Tak tahulah kenapa. Akhir2 ni aku rasa ayam di KFC Bintulu ni makin kecil saiznye. Kadang2 rasa tak puas makan pula. Kenalah beli sets yang banyak sikit, baru puas....kuat makan katakan.

Oh ya...bagi anda yang peminat KFC, boleh dapatkan voucher free online di FB KFC.



Thursday, April 21, 2011

Jom Beli Kek Lapis Sarawak Di 'CoretanMaya Cake Shop'



Assalamualaikum, sahabat mayaku. Agak kurang mengupdate blog aku ni. Trafik adalah teruk sikit. Biasalah sekarang sibuk sikit dengan business online. Walaupun sibuk, income taklah banyak mana pun...tapi syukur apa yang ada...hehehe.


Oklah kali ni aku nak hebahkan seluruh warga maya mengenai pembukaan kedai online baru aku iaitu 'CoretanMaya Cake Shop'.  Blogshop aku ni menjual pelbagai jenis kek lapis Sarawak. So, bagi siapa2 yang meminati kek lapis Sarawak, bolehlah dapatkan di blogshop aku ni. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.


Kek Lapis Sarawak yang yummy: 



Gambar diatas just sebahagian dari jualan kek lapis Sarawak aku. Bagi anda yang nak bagi kek lapis Sarawak sebagai cenderahati or doorgift boleh juga tempah di blogshop aku ni. Harga memang memuaskan.



Dan banyak lagilah...boleh jenguk di CoretanMaya Cake Shop. Banyak lagi belum update. Jom tempah sekarang...tak rugi, sedap gitu.

Wednesday, March 16, 2011

Kurma Nabi/Ajwa Dari Madinah...Dah Sampai, Sedap Gitu!!!

Minggu lepas tengah jalan2 di forum carigold terjumpalah thread mengenai buah kurma Ajwa. Aku tengok macam interesting je, lagipun aku tak pernah makan kurma jenis kurma Ajwa dari Madinah. So, aku belilah. Nasiblah temui penjual yang baik. Siap call aku lagi nak confirm betul2 beli ke tak. Biasalah orang baru berniaga, risau kena scam ke apa. Sebenarnya sepatutnya aku yang risau. Ni sebaliknye.


Anyway disitu aku dapat nilailah sikit sikap penjual ni. Dia nampaknye penjual yang cukup berhati2 dan ikhlas berniaga. 


Emm...inilah buah kurma Ajwa yang baru sampai tadi.
Rasanya....sedapppppp gitu!!!




Kat sini, aku postkan cerita serba sikit mengenai kurma Ajwa ni, buat tatapan kita semua. Bagi siapa yang berminat nak try makan and beli. Bolehlah juga buat pesanan di sini: KURMA AJWA.


Kisah dan asal usul kurma ajwa

Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.


Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.


Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.



Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma:


1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”


2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”


3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.


5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.


6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.


7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)


8. Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”


9. Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “


10. Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”


11. Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”


12. Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


13. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”


14. Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Monday, March 14, 2011

Siapa Sanggup Makan Telur Direbus Guna Air Kencing, Angkat Tangan Ye!!!

Eiiii.....hidu bau kencing dah tak lalu makan, nikan nak makan telur yang direbus guna air kencing. Walaupun dikatakan berkhasiat. Aku kalau diberi, tak sangguplah. 
 

Credit:Kosmo


BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.


Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.


"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.


"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.


Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Agensi

Friday, February 11, 2011

KFC Fish Donuts...Emmm Sedap!!



KFC..idamanku selalu. Yum yum...memang sedap...biasalah KFC kan makanan segera yang paling aku gemari sejak turun temurun...hehehe.


Aku berkesempatan makan di KFC Mukah, Sarawak semasa balik kampung hari tu. 2 kali aku singgah KFC Mukah. Sekali dengan ayah mak and adik. Sekali tu dengan adik serta suami and aku dengan tunangku. 


Kali ke-2 nilah aku order KFC Fish Donuts....boleh tahan juga rasanya. Sedap gitu. Sampai menjilat jari...hahahaha.




KFC Fish Donuts cecah dengan mayonis...fuh meleleh air liur...hahaha. Gurau je...:) Apa pun aku memang suka makan KFC. Sebab itulah lepas balik dari kampung, badan pun naik. Yelah balik kampung bukan selalu. Dahlah tu mak masak sedap2, so makan jelah. Tapi lepas ni kenalah diet sikit.

Thursday, January 13, 2011

Membiak Lemak Di Pizza Hut Kuching...Banyaknye Makan!!!

Entry lapuk...hahaha. Pictures ni aku ambil masa cuti2 di Kuching tahun lepas. Hari ni baru aku keluarkan dari hp dan siarkan disini. Lama juga aku simpan buat pekasam. Nasiblah tak jadi masam..hehehe.


Sepanjang cuti2 aku di Kuching, aku pergi makan2 je kejenya. Biasalah masa untuk menternak lemak, macam Cik Epal kita selalu tulis kat entrynya. Lagipun ada orang belanja bah, so apa lagi..orderlah sebanyak yang mampu dimakan.



Apa nama pizza hut ni ye, lupa dah aku...ada cheezy gitu namanya. Yang ni saiz sederhana. So, nampak tebal sikit. Kalau yang besar tu, nampak nipis. Pernah order masa dinner dengan kawan2 seofis yang nak resign. Yum yum....nampak sedapkan...memang pun sedap...hehehe.


Yang ni pun, tak kurang sedapnye. Aku suka makan ni. Cecah dengan mayonis, barulah ada umph...hehe.



Then aku order spagetti ni, sebab aku rasa macam mengidam pula. Yelah lama tak makan spagetti pizza hut. Rasanya.......tak berapa sedap pun. Tapi habis juga...hahaha. Banyak juga aku order, makan 2 orang je. Biasalah nak membiak lemak katakan.




Dan akhir, semestinya sup cendawan. Suka makan sup cendawan pizza hut. Rasa sedap, bagi akulah. Tak taulah anda. Manalah tahu, bagi anda tak sedap pula. Biasalah citarasa kita berbeza katakan. Apa2 pun tq buat ehem ehem kawan aku tu, sebab bagi aku free makan. Next time giliran aku pula belanja ok. Barulah adil...betul tak?

Thursday, May 27, 2010

Hati2 Dengan Coklat....Makan Boleh Tapi......Tengoklah Sendiri....

Coklat memang myelerakan. Aku pun suka makan coklat ni. Ais krim coklat,kek coklat,biscuit coklat. Asalkan bkaitan coklat memang menjadi kegemaran aku. Tapi tak bermaksud tiap2 hari kena makan. Nanti gemuk payah pula...hehehe.

Makan Coklat memang boleh, Tapikan...AWAS
Sebelum bagitau sebabnya...jom kita layan gambar2 coklat yg meliurkan ini.

Yum yum....sedapnye.

Friday, May 21, 2010

Ini Rupanya Nasi Ayam Penyek Ye!!

Tanpa malu & segan aku beritahu bahawa nilah pertama kalinya aku makan nasi ayam penyek. Tak pernah sekali dalam hidup aku merasai nasi ayam penyek tu. Rupa bentuk ayam penyek ni pun aku kabur2. 


Kisahnya begini, last week Kak Sal yang berbangsa melayu Sarawak mengajak aku teman dia cuci kereta kat bandar. Biasalah sorang2 risau juga. Perlukan teman disisi..he3. Sebelum pergi ke tempat yang dituju, kami dua makan di kedai melayu yang bernama Refah Cafe. Terletak di Medan Jaya, Bintulu.


Nilah pertama kali aku & Kak Sal jejak kaki ke restoran makan tu. Tengah cari2 makanan di menu. Pelayan suggest makan nasi ayam penyek. Aku yang tak pernah tahu rupa ayam penyek macam mana. Bertanyalah. Mestilah tanya. Kalau tak sesat jalan...kan? 


Ooo...ayam penyek rupanya ayam yang macam dipukul2 sampai peyek..kah3. Teruknya aku ni, tak pernah nak tahu. So, aku order lo nasi ayam penyek tu. Nak cuba rasa sedap ke tak. Kak Sal pula order nasi goreng ayam masak merah.

Monday, May 10, 2010

Fish King Pizza Hut, Adakah Ia Buffered Earning Aku Yang Sedap Tu?



Fish King Pizza...emmm, nampak sedap je. Aku belum try lagi ni. Entah bila lagi nak pergi makan sakan kat Pizza Hut ye? Mesti cuba resepi terbaru Pizza Hut ni. Kalau tak ketinggalan pula...he3.


Iklan Pizza Hut ni, aku baru ternampak tadi kat blog aku ni. Jarang sangat nak nampak benda yang sedap2 ni. Tertanya2 adakah ia buffered earning aku yang sedap tu? Hahaha....sebenarnyakan. Iklan Pizza Hut ni bukanlah buffered earning aku pun. Mana tau akan datang. Siapa tau, rezeki masing2...kan.


Pernah nampak iklan Pizza Hut ni di website Nuffnang. Baca sekali imbas je. Kalau tak silap aku, Pizza Hut ada menawarkan hadiah wang Tunai RM2,000...itupun kalau tak silap mata aku memandangnya. Cuma anda perlu tulis entry pasal Fish King Pizza...kena ada banyak gambar yang menunjukkan anda menikmati Fish King Pizza. Nak tahu lebih lanjut kenalah layari iklan Pizza Hut tu ya. 


Aku ni tak pasti sangat pasal hal ni. Baca seimbas lalu je. Teringin juga nak ikut serta tapi kena pergi makan Fish King Pizza baru dapat join. Kalau tak, pictures apa nak bubuh kat entry nanti. Oklah, aku harap Fish King Pizza ni menjadi habuan buffered earning aku yang paling sedap sekali..he3. Kalau tak pun, sebagai hiasan je kat blog ni. Oklah time to sleep..tatata.

Thursday, May 6, 2010

Chicken Chop Grill Sedapnyeeeeeee!!

Sekali sekala makan Chicken Chop Grill best jugakkan. Sedap sangat. Nasiblah tak sampai menjilat jari macam slogan KFC tu. Kalau tak, habis satu pingan tu aku jilat. Tak maulah. Tak ayu nanti. Control sikit...ha2.


Nilah juadah makan malam aku dengan member aku semalam. Apa macam? Terliur tak? Kalau tak bermaksud anda tak tergoda pun dengan makanan kat gambar...ha2. Jom makan!!



Harap maaf, gambar sikit kabur...biasalah handphone kamera murah katakan. Taklah macam handphone engko orang. Semua canggih2 & up-to-date lagi tu. Biasalah tak mampu nak beli mahal2 ni. Cukup pakai sudahlah...he2....ok jom tengok gambar Chicken Chop Grill yummy2 lagi!!


Sekali lagi ye!!

Tuesday, May 4, 2010

Edisi Jalan2 Ke Blog 'KembaTolo'


Atas permintaan KembaTolo. Aku jejaki blog mereka malam ni. Fikir apa bendalah maksud nama disebalik KembaTolo tu. Rupa2nya pemilik blog KembaTolo ni kembar rupanya. Menurut mereka, KembaTolo asalnya ialah 2 perkataan yang dirapatkan kerana ingin menjimatkan ruang. Macam2lah mereka ni ye.


Kemba yang dipetik dari loghat Kelantan bermaksud kembar & Tolo pula bermakna nakal. Bila digabungkan maka terhasillah KembaTolo yang bermaksud kembar nakal. Emmm....nampak gaya KembaTolo ni budak nakal ye. Jangan nakal jahat sudahlah ye!


Ni sebenarnya ptama kali aku jumpa blog dua beradik kembar. Nampak boleh tahan KembaTolo ni. Siapa yang masih single pergilah gorat ye..he3. Blog KembarTolo ni menarik & dihiasi gambar mereka dua. Lebih berkisar tentang kehidupan mereka & nasihat2 yang berguna. Tengok gaya macam alim je mereka dua ni...he3.


Untuk kaum Hawa...ni entry baik punya dari KembarTolo sebagai renungan bersama: aurat ; kenapa perlu didedahkan wahai hawa? 

Saturday, April 24, 2010

Cheeseburger Dalam Tin....Siapa Nak Try Dulu?

Siapa pgemar cheeseburger, bolehlah rs cheeseburger dlm tin ni.
Tak taulah sedap ke tak.
Setakat ni, saya blum jumpa di supermarket lg.
Kalau ada pun, tak maulah beli.
Elok buat sdiri.....sbb msh ragu2 dgn mutunya..he3.

Monday, April 12, 2010

Serikan Wajahmu Dengan BRAND's InnerShine Prune

Lama dah beli InnerShine Prune ni.
Tp jarang nk minum, asyik lupa je.
Yelah siapa suruh simpan kat dlm almari je..he3.


Yg ni InnerShine Prune yg saya beli bulan lepas.
Sedap rasany tu.....sila cuba..he3.


Dlm kotak ni ada 6 botol InnerShine Prune & extra InnerShine baru.
Lupa apa namanya...boleh tahan juga rsnya.

Saturday, January 23, 2010

Diusir Kerana Menu Tak Sedap...Itu Pun Boleh??

Alahai..teruk punya perangai tuan tanah!!!


KERANA tidak berpuas hati dengan hidangan sebuah restoran mewah, tuan tanah tempat ia beroperasi mengarahkan premis itu supaya berpindah, lapor sebuah akhbar semalam.

Tuan tanah tersebut, Earl Cardogan menyatakan, hidangan yang disediakan di restoran Oriel langsung tidak sedap.

Cardogan, 72, yang memiliki kekayaan £2 bilion (RM10.9 bilion) memberi tempoh sehingga 26 Februari depan kepada pemilik restoran di kawasan elit Dataran Sloane di sini untuk menutup operasi.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."