Tanpa malu & segan aku beritahu bahawa nilah pertama kalinya aku makan nasi ayam penyek. Tak pernah sekali dalam hidup aku merasai nasi ayam penyek tu. Rupa bentuk ayam penyek ni pun aku kabur2.
Kisahnya begini, last week Kak Sal yang berbangsa melayu Sarawak mengajak aku teman dia cuci kereta kat bandar. Biasalah sorang2 risau juga. Perlukan teman disisi..he3. Sebelum pergi ke tempat yang dituju, kami dua makan di kedai melayu yang bernama Refah Cafe. Terletak di Medan Jaya, Bintulu.
Nilah pertama kali aku & Kak Sal jejak kaki ke restoran makan tu. Tengah cari2 makanan di menu. Pelayan suggest makan nasi ayam penyek. Aku yang tak pernah tahu rupa ayam penyek macam mana. Bertanyalah. Mestilah tanya. Kalau tak sesat jalan...kan?
Ooo...ayam penyek rupanya ayam yang macam dipukul2 sampai peyek..kah3. Teruknya aku ni, tak pernah nak tahu. So, aku order lo nasi ayam penyek tu. Nak cuba rasa sedap ke tak. Kak Sal pula order nasi goreng ayam masak merah.

