Hari ni aku tak tau nak post entry apa, so aku pilih tajuk ayat2 mgorat ni utk dikongsi bsama anda yg sudi mbaca. Tak sudi, tak pelah. Aku apa kisah...hahaha....ok teruskan pbacaan.
Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.
“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.
Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.
Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.
