Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Cerita Lawak Si Chot

Credit:Google


Hari ni, aku tak tau nak bebel apa. Sebab aku terlalu penat shopping je kejenye ptg td. So, why not kita sama2 enjoy layan cerita lawak si Chot ni. Cerita ni aku petik dr taman bunga...hehehe gurau je. Diambil dr mail yg member aku forwardkan di ofis.Layanzzzzzzzzzzzzz



GAMBAR
 
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.


Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.


Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi.


Chot nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, lalu dia berkata, “Kak… Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar…”



KEMIK 
 
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak.


Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke workshop. Mekanik di workshop tu yang sememangnya tahu akan ke’bendul’an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu… pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.


Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.


Teman serumahnya, Chet… keluar dan bertanya, “Apa hang buat tu, Chot?” Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di workshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.


Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!”

Saturday, June 19, 2010

Kereta Volkswagen's Yang Hanya Berharga $600

Kecil betul kereta ni kan?
Tapi harga...fuh mahal juga tu.
Siapa mahu belilah cepat...hahaha!

Saturday, June 13, 2009

Mana Satu Pilihan Sy Ni???

Hampir sbulan dah lulus test JPJ...dah dpt lesen pun....tp blm terror lg bw kereta. Wpun dpt full mark..hehehe. Hari tu cuba bw kereta member p pasar...rs kecut pula perut. Berapa kali mati enjin, lg malang kena hon oleh pemandu yg tk tau sabar...apalah perangai teruk btl.

Tp kalau asyik pakai kereta member je, tak best pula. Ada kereta sdiri kan bagus...tp budget blm cukup lg...kenalah bjimat sikit utk kumpul deposit bayar kereta.

Nk tau kereta idaman sy...ni ha:
PERODUA MYVVI
Tp tak tau nk pilih colour apa...hemmm semua cantik.Hitam npk bgaya.Putih ka ni....boleh tahan jg.Kalau merah..apa mcm?..npk garang je!!!
Entahlah mana satu ya.....yg ptg sy nk beli Myvvi sport!!!
Tp lama lg nk beli...maybe thn dpn...hehehe...survey dulu...mn tau ada kereta keluaran tbaru yg lg power dr Myvvi.

Saturday, May 23, 2009

Cerita Best

Cerita ni pun, sy dpt dr email member sy.......cuci otak sikit...hehehehe


Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap
batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan
semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa
henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu
yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia
tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting
itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu
jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi
terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa
henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu
kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi
tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang
dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh
manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus
mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama
mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.



**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."