Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label binatang. Show all posts
Showing posts with label binatang. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Cinta Membawa Bahagia Or Derita?

Credit:Google


Perasaan cinta dan sayang dalam hati merupakan lumrah dalam kehidupan seorang insan yang bernama manusia. Tak kira cinta terhadap sesama manusia mahupun terhadap binatang serta tumbuhan. Dan cinta terhadap Allah, cinta yang paling agung. Tanpa cinta dan sayang, kita pasti hidup dalam kezaliman dan kekejaman manusia yang kadang2 melampaui batas kemanusiaan. 


Cinta, hadir bila2 masa di dalam hati kita. Bagi yang baru mengenali cinta, pastinya masih blur apa itu cinta. Ungkapan cinta itu terlalu luas. Terpulang kepada anda untuk mengklasifikasikannya.
 

Bagi aku sendiri, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Lebih2 lagi sayang masih tersemat dihati. Walaupun kehadiran insan kedua dalam hidup. Namun masih tak mampu menghapuskan perasaan cinta yang lama terpendam. Apa pun, kisah silam biarkan berlalu. Hargailah kisah kini yang InsyaAllah membawa bahagia. Dan andai ada jodoh, hingga ke pelamin impian. Amin.


 Cinta????


Bak kata orang, cinta itu indah tapi awas. Andai cinta itu disulami dangan rasa ikhlas dihati dan kerana Allah. InsyaAllah cinta itu akan kekal, kira itu sudah ditentukan jodohnya. Andai tiada jodoh, terimalah apa yang berlaku sebagai pedoman dan pengalaman hidup yang mengajar kita erti kehidupan. Bahawa apa yang kita ingini, tak semua kita akan perolehi.


Mana tahu kehadiran orang kedua or seterusnya membawa sinar kebahagian yang tak pernah anda impikan selama ini. Bagi yang sering mengalami derita dalam percintaan. Jangan kecewa, teruskan mencari cinta sejati. InsyaAllah pastikan ketemu jua. Kiranya tak di dunia, di akhirat kelak. 


Derita or bahagia dalam cinta hanyalah corak dalam kehidupan manusia. Jadi terimalah ia seadanya. Walaupun senang menyatakannya tapi memang sukar nak lakukannya. Lebih2 lagi bagi yang asyik alami kecewa dalam bercinta. Jangan mengalah ye. Berusaha, berdoa dan bertawakal, mudahan semuanya ok.


Nukilan;




Monday, December 6, 2010

Perilaku Yang Mencuit Hati Dan Tak Selalu Kita Tengok!!

Bermacam2 gaya dan kelakuan binatang or manusia yg memang mencuit hati. Kadang2 tu agak jarang kita tengok. Antaranya digambarkan dibawah ini...........layanzzz jelah!!!

Apa tengok2.....nak tolong cari kutu juga ka?

Stail gaya baru, yg semestinya aku tak nak try...hahaha!!

Comelnyee tupai ni...cuit!!!

Tergantunglah pula...hahaha!!!

Gaya membunuh diri...nak cuba, boleh je bagi yg tak sayang diri.

Tak mampu beli kereta, kereta separuh kuda cukuplah.

Saturday, October 23, 2010

Cinta, Sekadar Pandangan Kasarku


Cinta? Apa itu Cinta?


Emm..agak sukar untuk mendefinasikan cinta secara spesifik kerana cinta mempunyai pengertian yang agak luas. Cinta sesuatu yang sukar dimergertikan. Cinta kadang-kadang membawa bahagia dan juga kadang-kadang membawa derita. Cinta bukan hanya kepada sesama manusia tetapi juga binatang & tumbuhan. Cinta yang paling agung pula adalah cinta pada Yang Maha Esa. Cinta yang takkan mendustakan kita. Cinta yang kekal buat selamanya. Cinta yang tak akan meninggalkan kita walaupun sedetik.


Cinta pada-Nya adalah cinta yang tak ternilai harganya. Cinta-Nya adalah suci & putih. Anda tak akan sia-sia andai mencurahkan cinta pada-Nya. Kerana cinta pada-Nya bukan seperti cinta sesama manusia yang bila-bila masa berubah oleh peredaran masa & keadaan. Memang agak sukar untuk meneka sejauhmana kekalnya cinta manusia. Andai anda memperolehi cinta sejati, cubalah hargai ia sebaiknya. Cinta sejati bukan senang untuk diperolehi kerana ia amat bernilai dari cinta yang hanya datang untuk bertamu seketika.


Cinta..oh cinta. Kenapa orang sanggup buat apa saja untuk cinta? Entahlah. Mungkin cinta itu sudah menjadi lumrah dalam hidup kita sebagai manusia. Cinta seolah penyeri yang menyinari setiap detik hidup manusia di dunia ini. Tanpa cinta tiadalah kasih sayang yang akan menyingkir perasaan tak berperikemanusian yang memang ada dalam diri manusia. Sanggupkah anda hidup tanpa cinta? Tak berperasaan seperi robot?


Hargailah cinta & semaikan ia dengan benih keimanan & ketakwaan. Barulah cinta lebih bermakna. Cinta berlandaskan nafsu hanya mengundang kesengsaraan & penderitaan saja. Jadi, nilailah cinta dengan akal fikiran yang waras kerana cinta itu indah tapi awas. Ada duri berbisa yang tersembunyi kalau anda tersilap langkah. Moga cinta kita dihargai sentiasa.


Nukilan drku utkmu.
sentuhan bicara cinta

Saturday, May 1, 2010

Siapa Pernah Mimpi Ular? Takut & Geli Betul Dibuatnya!

Credit:Google

Tahu tak binatang yang paling buat aku rasa geli & meremang bulu roma? Ular lah. Binatang yang tak suka betul aku tengok. Entah kenapa. Kalau member ada forward gambar ular, memang sebelum aku tengok. Aku delete terus. Aku memang tak suka tengok.


Aku macam fobia pula dibuatnya. Kalau aku tengok gambar ular je. Malam tu memang aku teringat. Kadang2 sampai termimpi2. Geli betul aku dibuatnya.Memang memang aku tak suka betul ular. Kalau tengok gambar cartoon ular oklah. Kalau yang real punya. Tak mampu aku.


Pernah aku mimpi kena belit oleh ular. Ada juga kena kejar ular. Malah aku ada mimpi aku pukul ular tu sampai mati sebab ular tu nak patuk aku. Tahun lepas pula aku pernah mimpi kena patut ular. Ada 2 ekor ular. Ular pertama tu nak patuk tapi aku sempat mgelak. Ular kedua dapat patuk aku pula. 


Pagi selepas mimpi ular tu, aku cerita kat kawan aku. Mereka cakap tak lama lagi aku akan kahwin. Emm.. pernah dengar juga pasal hal ni. Rasanya kata orang melayu kot. Mereka cakap kalau mimpi dipatuk ular alamat nak kahwin. Sejauhmana kebenarannya, aku pun tak tau. Belum nampak lagi. Lama dah berlalu. Maybe sekadar andaian je agaknya. 


Bagaimana pula anda? Pernah mimpi jumpa ular, kena belit or kena patuk ular. Then tak lama lepas tu kahwin? Kalau ada bagitau ye...he3. Moga bahagia selalu.

Monday, April 19, 2010

Ladang Seks Dengan Haiwan....Apa Nak Jadi Dengan Manusia Ni? Terul Betul!

 Tak sangka manusia makin teruk dah ye.
Sanggup buat seks dgn binatang.
Eiiii...dgr pun rs nak muntah.

Credit:Google
(Sekadar hiasan je)

SEATTLE: Seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana menyeludup kokain ditangkap semalam selepas disyaki menguruskan ladang ternakan yang membolehkan pelawat mengadakan seks dengan binatang.

Douglas Spink ditangkap di ladangnya berhampiran sempadan Kanada bersama-sama seorang pelancong Britain yang dituduh mengadakan seks dengan tiga anjing.

Berpuluh-puluh anjing, kuda dan tikus peliharaan dirampas bersama-sama beribu-ribu gambar manusia melakukan seks dengan haiwan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ladang berkenaan turut dikunjungi pelancong lain.

Saturday, March 13, 2010

Amarah.....Tolonglah Hargai Wanita!!

 Geram dgn laki yg bsikap binatang.
Tk fikirkah sblm buat sst pkara?
Aku marah sbb nilah.
Cuba ko org baca:

Sembilan Lelaki Rogol Satu Perempuan...Memang Binatang!!!

 Cubalah hargai wanita sikit...jgn buat mcm binatang.
Jgn ikut nafsu syaitan.

  Credit: Google

Eiiii....amarah nya aku.
Elok aku layan lagu ni je...haha3.

Lirik Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Saturday, February 20, 2010

Jambatan Khas Untuk Haiwan Melintasi Hutan.....Special Gitu!!

Menarik je dgr....baru 1st dgr ada jambatan utk binatang ni.
Eloklah tu...mybe dpt juga binatang tu guna..kan kan??

 
Bimbang memusnahkan habitat haiwan terancam, Majlis Daerah Hampshire kelmarin membina sebuah ‘jambatan’ gantung khas sepanjang 18 meter dengan tinggi lima meter dari tanah bagi membolehkan hidupan liar melintasi ke hutan berdekatan. 
 
Jambatan kabel bernilai £2,000 (RM10,527) itu dibina bersama dengan sebuah terowong konkrit khas sepanjang 12 meter untuk kegunaan biawak selamat menyeberang ke hutan bersebelahan yang melibatkan kos sehingga £5,000 (RM26,317).

Majlis tempatan itu berkata, skim pemuliharaan alam sekitar kawasan tersebut yang bakal dibangunkan untuk projek letak kereta awam juga meliputi penanaman 10,000 batang pokok baru selain puluhan kotak untuk burung membina sarang.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."