Credit:Google
Tahu tak binatang yang paling
buat aku rasa geli & meremang bulu roma? Ular lah. Binatang yang tak
suka betul aku tengok. Entah kenapa. Kalau member ada forward gambar
ular, memang sebelum aku tengok. Aku delete terus. Aku memang tak suka
tengok.
Aku macam fobia pula dibuatnya.
Kalau aku tengok gambar ular je. Malam tu memang aku teringat. Kadang2
sampai termimpi2. Geli betul aku dibuatnya.Memang memang aku tak suka
betul ular. Kalau tengok gambar cartoon ular oklah. Kalau yang real
punya. Tak mampu aku.
Pernah aku mimpi kena belit oleh
ular. Ada juga kena kejar ular. Malah aku ada mimpi aku pukul ular tu
sampai mati sebab ular tu nak patuk aku. Tahun lepas pula aku pernah
mimpi kena patut ular. Ada 2 ekor ular. Ular pertama tu nak patuk tapi
aku sempat mgelak. Ular kedua dapat patuk aku pula.
Pagi selepas mimpi ular tu, aku
cerita kat kawan aku. Mereka cakap tak lama lagi aku akan kahwin. Emm..
pernah dengar juga pasal hal ni. Rasanya kata orang melayu kot. Mereka
cakap kalau mimpi dipatuk ular alamat nak kahwin. Sejauhmana
kebenarannya, aku pun tak tau. Belum nampak lagi. Lama dah berlalu.
Maybe sekadar andaian je agaknya.
Bagaimana pula anda? Pernah
mimpi jumpa ular, kena belit or kena patuk ular. Then tak lama lepas tu
kahwin? Kalau ada bagitau ye...he3. Moga bahagia selalu.
0 comments:
Post a Comment