Kata orang cinta
pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan kerana ia adalah satu
detik permulaan hati anda mula menyintai dan menyayangi seseorang. Kalau
boleh anda sepenuh hati ingin menjaga hubungan tersebut dan ingin cinta
pertama itu diakhiri di jinjing pelamin.
Memang
beruntunglah pasangan yang bercinta kali pertama hubungan mereka
diakhiri di jinjing pelamin. Menjadi suami isteri dan hidup bahagia ke
akhir hayat. Saya juga mengimpikannya dan pasti anda juga..kan? Tapi bila halangan mula menodai hubungan cinta pertama anda. Apakah anda buat?
Bah kata
orang, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Berkeras-keras anda
mahu yang anda impikan. Kalau tak ada jodoh, tak dapat juga. So,
terpaksalah berserah pada takdir. Itulah hidup. Apa yang kita inginkan,
tak semestinya kita akan dapat. Mungkin ada haikmah sebaliknya. Mana
tahu jumpa orang kedua yang lebih baik dari yang pertama.
Persoalannya,
mampukah anda menerima cinta kedua, bila hati anda masih pada yang
pertama? Kenangan indah saat cinta pertama memang sukar nak lupakan.
Lebih-lebih lagi punca perpisahan bukan atas sebab kecurangan atau
perselisihan faham. Perpisahan berlaku hanya sebab family tidak menyukai
pilihan anda, perbezaan agama atau bangsa dan perbezaan darjat. Itu
lagi sukar nak melupainya.
Tapi
sampai bila nak mengingati saat indah itu? Sampai usia lanjut atau ke
akhir hayat? Memang sukar nak katalah. Ia bergantung pada diri orang itu
sendiri. Kalau anda mempunyai kekuatan untuk menerima cinta kedua.
Terimalah. Mana tahu ia memberi bahagia sepanjang hidup anda. Kalau tak,
masih ada cinta lain menunggu anda.
Jangan
biarkan cinta pertama membuat anda sukar untuk menerima cinta
seterusnya. Kalau kita tak mencuba membuka hati untuk kali kedua pada
orang lain. Kita pasti tak tahu apakah ending hubungan tersebut. Lebih
baik mencuba dari tak. Bahagia atau derita sesebuah perhubungan cinta,
itu adalah lumrah kehidupan. Kita harus menerimanya seadanya. Walaupun
kadang-kadang terpaksa kerana keadaan.
Moga
cinta sejati menemani hidup kita semua. Moga bahagia menyinari
hari-hari yang kita lalui. Agar ia lebih bererti dalam meniti hidup yang
makin hari makin mencabar. Senyum ceria selalu….ok.
Nukilan;
0 comments:
Post a Comment