Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, February 25, 2010

Cerita Lucu Penghibur Kala Sepi, Tension...Apa2 Ajelah!!

Tk boleh gelak lebih2 ni, kena jaga keayuan..he3

Pagi ni tak tahu nak post psl apa. Lagipun petang nanti nak balik ke tempat kerja. Cuti seminggu ni cepat betullah berlalu. Terasa tak mahu balik kerja je. Malasnyeeeeeeeeee. Tapi kena balik jugak. Kerja tetap kerja. Nanti tak de duit siapa nak bagi. Kalau ada suami, tak pelah...hehehe.

So, sementara menunggu masa berlalu. Saya layan cerita lucu nilah. Yelah, lagipun boring duduk rumah sorang2 ni. Semua orang keluar, pergi pasar. Saya malas nk ikut. Elok duduk rumah layan blog saya ni sambil tu terjah blog member blogger yang lain. Balas membalas kunjungan. Tembak menembak burung yang berterbangan. Tak faham tak apalah. Biar saya je tahu..huhuhu. Ok...tk payah merepek panjang. Jom layan cerita lucu ni. Jangan gelak sampai tak ingat dunia tau. Hilang keayuan anda pula or kehenseman...hehehe.

Kisah Seorang Doktor Muda

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

** Alahai, biar betul...scandal dgn haiwan? Eeeee pengotor betul......tbalik dah dunia ni**

Menantu Hantu 

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
** Isss...memang hantu betul punya menantu**

Kisah Buang Bayi 

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

**Emmm...no komen. Payah jugak** 

 Oklah...kita sambung lain kali ye.....nk kemas2 barang apa yg ptt..........chow dulu...hahahahahaha.

4 comments:

hasifi b hasnan said...

haha.. scandal doctor ngn pesakit tu mmg biase.. tp klw klw pesakit tu dr spesies haiwan, isk2... agak bahaye di situ..hehe

HaNi said...

euw geli euw...
paraphilia sungguh

MasReena said...

hai maya, thank u for ur reply. alhamdulillah,settle akhirnya. so tak payah tukar templte ;)

i dah baca blog u. really nice blog, macam2 ada. take care =D

Admin said...

wcome mas..nasib bguna..hehehe..scandal dgn haiwan mmg bahaya

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."