Di mana2 je kita jumpa manusia yang bermuka2 ni. Depan kita bukan main baik je, pijak semut. Semut tak mati. Belakang kita bukan main lagi mulut tu sumpah seranah & kutuk bukan2. Dahlah tu kutuk orang pun tak pandai. Kutuk depan orang yang rapat dengan aku pula tu. Kan bodoh namanya.
Petang tadi tengah tea break di pantry office, member ceritalah pasal makcik sorang tu yang semacam tak suka aku. Walaupun tak terus terang tapi dari kata2 member aku cakap semacam tak suka aku. Siap sumpah aku langgar pondok security. Memanglah hari tu aku bawa kereta Kak Sal . Aku tak biasa bawa kereta dia tapi taklah sampai nak langgar pondok security, dapat aku control.
Huh…rupa2nya dalam hati makcik tu busuk betul. Syukurlah Tuhan tolong aku hari tu. Nak aku kena marah dengan Kak Sal kot. Entah kenapa makcik tu tak suka aku. Maybe sebab aku rapat dengan Kak Sal kot, kawan baik makcik tu.
Terasa penat betul hari ni. Ni pun baru balik kerja OT. Nak siapkan semua kerja check invoices & posting clerk lain buat. Due date hujung bulan ni. Dahlah tu sibuk dengan briefing untuk sistem baru fixed asset. Lusa pula ada stock take di warehouse. Aduh makin memenatkanlah macam tu. Hope dapatlah siapkan esok semuanya.
Biasalah dah namanya kerja, macam tulah kan. Anda pernah alami macam ni juga kah? Maybe lagi busy dari saya. Kalau yg duduk rumah jadi surirumah tu, busy hal lain pula. Kena uruskan urusan rumahtangga. Kalau ada anak ramai yang masih kecil2 tu & nakal2, rasanya lebih penat lagi nak layan.
Bestnye time penat2 macam ni ada orang tolong urutkan. Macam kucing atas tu. Senyum bukan main lagi. Ha3. Apa2 pun yang penting hujung bulan dapat apa??? Dapat gajilah...he3. Oklah nak berblogwalking ni. Chow dulu....bye!.
Kawan, kawan juga tapi jangan asyik fikir nak kita buat kerja baik je untuk mereka. Yelah ada juga batasnya. Kalau kerap sangat rasa bengang juga dibuatnya.
Macam kes ni. Kalau dah tahu hujung minggu tu keluar jalan2 sampai balik dah malam hari. So, tak payahlah jemur baju kat luar tu. Taulah saya ni jenis bukan selalu nak keluar tapi tak bermakna saya rajin sangat nak angkat jemuran kamu orang. Kalau sekali sekala tu, boleh saya buat. Tapi kalau dah kerap sangat macam tu, bengang juga dibuatnya.
Kalau tak diangkat nanti. Payah pula. Yelah dah duduk satu block hostel. Nanti gossip2 perkara tak baik, susah pula. Lagi rasa tak selesa dibuatnya. Tapi faham2lah saya ni bukan kuli sukarela yang rajin sangat nak tolong kawan angkat baju ok.
"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Di Sekitar UiTM Seri Iskandar
-
kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :
semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua ...