Credit:Google
Sekadar nk kongsi tips, yg aku petik dr Forum Cinta. Nampak menarik, so aku petik dan simpan kat sini. Bagi semua org baca...lebih2 lagi utk org yg tengah putus cinta, mcm aku ni. (Putus cintakah aku....hahaha...gelak pula...............aku dah pulih ni, wpun tk spenuhnya. Tak mahu fikir sedih2 dah, buat hati beku je).
Baca betul2 tips ni ye...mana tau bguna utk anda:
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
(Yg ni amat2 aku sarankan........yg nilah aku lakukan skrg. Pcayalah kalau anda mgingati Allah & mgerjakan ibadah, pasti hati anda akan tenang setenangnya. Bacalah ayat2 suci Al-Quran juga....pcayalah Allah lebih mgasihi kita dari insan yg bnama manusia)
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
(Emmm....mmg betul, apa yg blaku pasti ada hikmahnya. Aku redha atas apa yg telah blaku. Dia bukan jodohku, apa yg aku mampu lakukan...doakan dia bahagia saja dan hati ini tenang kembali. Tiada benci, tiada dendam.)
