Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Shahrukh Khan & Madhuri Dixit Performance @ Filmfare 2011 ......Suka Sangat :)

Lama dah tak tengok Shahrukh Khan dan Madhuri Dixit berlakon sama...rindu pula rasanye. Lagipun lama tak layan movie bollywood ni. Dulu cerita2nye memang best, sekarang entahlah. Apa2 pun bagi peminat dua artis ni....jom kita layan persembahan mereka semasa Filmfare 2011.



Credit:Youtube



Fuh...memang best.....suka sangat.
Bagi yang masih ingat dengan jalan cerita yang dipersembahkan dalam tarian mereka ni, pasti mengimbau kembali nostalgia lama dulu.
Yang aku ingat time study di Universiti dulu....rindunye.

Friday, February 25, 2011

Untaian Madah Cinta


Emmm...tak tahu nak buat apa petang ni, so layan jelah lagu2 jiwang sikit and madah2 cinta pengarang jantung ni...hehehe :)


Andai di dunia ini tidak ada cinta, maka hidup akan serasa gersang, hampa dan tidak ada dinamika. Cinta mampu membuat sesuatu yang berat menjadi ringan, yang sulit menjadi sederhana, permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh menjadi dekat. Itulah gambaran kekuatan cinta.


Mencintai tanpa memiliki itu ibarat orang Ethiopia yang kelaparan. Mencintai penuh dengan ketulusan adalah keharusan. Cinta adalah cinta.



Cinta itu anugerah. Hargailah setiap anugerah yang diberi kerana tak semua yang diberi akan dapat berulang-ulangkali.



Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.



Jika kita sungguh-sungguh menginginkan cinta, maka cintalah pada akhirnya yang justeru menunggu kita. - Oscar Wilde



Cinta memang sulit difahami kerana cinta punya sejuta warna sehingga akan sulit untuk melukisnya
.


CINTA ! Sekelip mata saja kamu boleh jatuh cinta. Malah dalam sekelip mata juga hatimu boleh berubah. Cinta menjadi benci, rindu menjadi dendam.



Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga sebuah cinta.

Sunday, February 20, 2011

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita

Lusa aku ada kursus pra-kahwin, so malam ni last aku update blog. Sebab esok lepas kerja aku kena diam rumah member aku. Dekat sikit dengan Jabatan Agama. Taklah aku bersusah payah pagi2 nak suruh driver hantar..hehehe.


Oklah, aku malam ni nak tujukan sebuah sajak yang aku rasa baik sangat, khas buat insan yang bernama wanita. Bagi renungan kita bersama.


Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…


Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…


Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…


Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji…


Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…
 

Thursday, May 20, 2010

12 Perkara Tentang Cinta Buat Aku Terfikir Seketika

 Credit:Google

Cinta adalah satu perasaan yang agak sukar dinyatakan melalui kata2. Tiada kata2 yang sesuai untuk ungkapan cinta ini. Yalah kalau melibatkan perasaan tu memanglah sukar untuk ditafsirkan. Namun banyak sudah ungkapan cinta yang selalu or sering kita dengar. Terlalu luas betul erti cinta ni. Aku sendiri pun tak tahu yang mana satu boleh diertikan pada satu nama cinta.


Tak pelah yang penting cinta ni membawa bermacam perubahan dalam hidup seseorang. Sama ada bahagia or derita kita sendiri mencorakkannya. Ada 12 perkara tentang cinta harus anda tahu. aku pun tengah memikirkannya. Antaranya:


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.


3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Wednesday, May 12, 2010

Rindu Itu Indah Ke Seksa?

Credit:Google


Bila kita dah menyayangi & menyintai seseorang pastinya akan terbit rasa rindu kepada si diakan. Tipulah kalau tak ada. Melainkan anda dah tak sayang sudah.


Mempunyai perasaan rindu memang suatu yang unik & pastinya bagi sesetengah orang ia adalah satu perasaan yang indah. Betul ke? 


Kalau dua2 belah pihak sama2 sayang & merindui, memanglah indah. Tapi apa kesnya pula kalau anda bertepuk sebelah tangan. Merindui seseorang yang anda cintai senyap seorang2. Indahkah rindu tu? Maybe juga indah, itupun mengikut pandangan masing2.


Kadang2 perasaan rindu ni menyeksakan juga. Lebih2 lagi bila si dia yang kita sayang jauh di mata & agak payah nak jumpa or tak akan jumpa. Namun kena kawal juga rindu tu, jangan sampai kerja terganggu. Nanti makin payah pula. 


Monday, May 10, 2010

Apa Anda Rasa Bila Si Dia Kerap Nak Uji Cinta Anda?



 Credit:Google


Ada setengah orangkan, suka nak uji awek or pakwe mereka. Dengan alasan nak uji sejauhmana cinta & rindu si dia. Oh ya…yang saya maksudkan sini bukan uji cinta berunsur seks ye. Kita tengok aspek lain yang tak ada hubungkait dengan benda2 macam tu ok.


Ada seorang kawan saya ni suka sangat nak uji. Sampai ada suatu hari tu dia tak cari saya langsung. Saya fikir dia busy kerjalah. So buat biasalah. Tapi tergerak juga hati nak sms dia akhirnya. Biasalah selalu berhubung. Bila tak, rasa lain pula…he3.


Nak tau, rupa2nya dia sengaja nak uji saya. Nak tengok sejauhmana saya rindu dekat dia. Naik geram juga saya dibuatnya. Kerap juga dia buat sebegitu. Bosan betullah dibuatnya. Saya ni paling tak suka diuji macam tu. Lagipun ni kali ptama dibuat macam ni. Nasiblah dapat sabar lagi. 


Macam mana dengan anda? Pernah si dia uji anda dengan pelbagai kerenah untuk melihat sejauhmana cinta & rindu anda terhadapnya?  Adakah anda suka si dia buat demikian? Apa pula perasaan anda?

Sunday, April 4, 2010

Rindunye Pada Blogku Ini

Credit: Google
Terasa lama pula tinggalkan internet & dunia mayaku ini.
Yelah 3 hari asyik p tido umah member je.

Tk bw laptop skali.
Mls nk bw, dah byk brg nk bw.
Tk muat tangan nk angkut semuanye.

Biasalah kalau musim gaji.
Asyik nk jalan2 je kejenye.
Shopping sana shopping sini.
Duit habis, tk tahu p mana pula..hehe3.

Bukan p shopping je tp makan2.
Asyik makan je.
Nasib tk gemuk.

Petang td...p lepak kat tebingan laut.
Tgk matahari tbenam.
Indah sungguh ciptaan Tuhan.
Ramai jg org.
Oklah...nk blogwalking.
Tk sempat nk terjah blog member yg melawat kat sini.
Sorry ye semua..lambat sikit.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."