Malam ni aku bawa coretanku berjalan2 ke blog gadis Labuan, Sabah sambil menghirup udara di Negeri Di Bawah Bayu ni. Dekat je kami dua ni. Terbang sekejap je sampai. Biasalah berjiran katakan. Cuma tak pernah kenal. Itupun kenal2 mcm tu je di alam maya tanpa sempadan ni.
Aku jalan2 ke blog si cantik manis ni atas permintaan beliau. Biasalah edisi ni khas buat yg sudi menerimaku saje. Yg tak sudi tak kisahlah. Tak ambil hati pun. Oklah...kita tinjau2 blog gadis Labuan ni. Emm...menarik layoutnya. Ada riben lagi tu. Biasalah blog orang perempuan katakan. Semua nak kiut miut ma. Aku pun macam tu juga. Dua kali lima...kan.
Satu entry agak menarik & aku rasa lelaki patut baca iaitu 'Lelaki Terlalu Kurus Sukar Untuk Mempunyai Anak'. Jangan ingat lelaki gemuk or obesiti je mengurangkan produktiviti dan kualiti sperma. Lelaki kurus pun hadapi masalah yg sama tp atas sebab yg lainlah iaitu sebab kekurangan nutrisi pemakanan & ketidakstabilan hormon. Nak tahu lebih lanjut kenalah terjah blog gadis Labuan ni. Penting tu...cepat pergi tengok sekarang juga...he3.
