Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Suamiku, Sayangi Dan Romantiklah Dengan Isterimu


Betul ke orang berkata suami kurang romantis berbanding dengan isteri? Apa erti romantik? Romantik ialah suatu perasaan yg dapat dibuktikan dengan kata2 dan perlakuan apabila dia sanggup berusaha mengenalpasti keperluan pasangan dan memenuhi keperluan itu dengan mengorbankan kepentingan diri terutamanya keperluan emosi dan perasaan orang yang disayangi (isteri atau suami).


Mengikut kajian, kebiasaannya suami keturunan Melayu sukar menggambarkan sifat romantik secara terus terang spt mengungkapkan kata, “aku cinta padamu” kepada isterinya atau perlakuan seperti membuka pintu untuk isteri, bantu menolakkan kerusi apabila isteri hendak duduk lebih dipersepsi sebagai adab sopan masyarakat barat. Oleh itu bila suami berbuat demikian, dia dianggap sebagai romantik dan penyayang. 


Anehnya perlakuan demikian ada dilakukan ketika zaman percintaan, tetapi mulai hilang selepas berkahwin dengan alasan malu dilihat orang, sudah tua dan pelbagai alasan lain sebagai ‘tidak perlu’. Perlakuan romantik amat berguna dalam mengharmonikan sebuah perkahwinan bukan mengikut musim atau peringkat tertentu sahaja. Ia sepatutnya berterusan hingga ke hujung nyawa.


Panduan Menjadi suami romantik:

1)Nyatakan cinta kepada isteri dengan perkataan sama ada secara berhadapan atau melalui sms kerana isteri akan merasa dihargai dan dicintai.


2)Cintai diri sendiri yang kemudiannya akan dapat mencintai orang lain sebaiknya. Orang yang mencintai dirinya akan melakukan perkara yg terbaik untuk dirinya, menjaga dirinya dengan sempurna dan akan mempunyai ketrampilan yang positif, tenang dan bahagia justeru sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya selagi tidan bercanggah dengan syarak.


3)Memperbanyakkan masa bersama, makan berdua, berbual, bergurau senda, berpegangan tangan dan “jangan pedulikan” apa orang lain nak kata selagi anda tahu ia tidak salah di sisi agama.


4)Buktikan romantik anda melalui sentuhan. Apabila duduk berdekatan suami memegang tangan isteri dengan lembut, jika mahukan sesuatu pergi dekat dengan isteri atau beri isyarat tanpa meninggikan suara. Biasakan bersalaman/berciuman jika hendak berpisah untuk urusan kerja atau lain-lain.


5)Jangan lupa hari-hari istimewa spt ulangtahun perkahwinan dsbnya.


6)Tidak kedekut menghulurkan buah tangan atau hadiah.


7)Pandai memujuk yang paling penting.


Wallahu a’lam

“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam”

*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸.•*¨¨*•♪ღ♪*•*¨☮¨*☮•♪
─▄████▄████▄
██▒▒▒▒█▒▒▒▒██(¯`•´¯)
▀██▒▒▒▒▒▒▒██▀.*•❀•*
─▀██▒▒▒▒▒██▀.•..(¯`•´¯)
───▀██▒██▀(¯`•´¯)*•❀•*
─────▀█▀...•..*•

(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI. ~ Z ~ ♥

Saturday, April 30, 2011

Majlis Perkahwinan Gilang Gemilang Putera William & Kate Middleton (Gambar)

Wah Wah......gilang gemilang betullah perkahwinan diraja ni. Putera William tampak segak bergaya manakala Kate Middleton nampak anggun bergaya dengan gaun yang cantik sekali. Moga mereka berdua bahagia hingga ke anak cucu hendaknye. 


gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton

gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton
gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton


Pagi tadi aku ada tengok gambar perkahwinan diraja ni di email kat ofis...memang best gila. Itu belum tengok lagi video perkahwinan mereka..pasti meletup punya...kalah artis...hehehe. Bagi siapa yang tengok live perkahwinan di online pasti teruja majlis perkahwinan gilang gemilang diraja ni. Betul tak?

Thursday, February 17, 2011

Penyu Gergasi Menganas Di Majlis Perkahwinan

Hehehe....aku rasalah penyu gergasi yang mengigit baju pengantin perempuan ni, fikir obor2 agaknye. Yelah sama dengan warna obor yang keputihan. Nasiblah tak terlampau menganas...:)


 Credit:Kosmo


Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan

 

LONDON - Seekor penyu gergasi mengganggu satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di sini pada Isnin lalu.

Insiden itu berlaku semasa pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin wanita. 

Seekor penyu gergasi itu kemudian menghampiri mereka sebelum ia menggigit gaun pengantin perempuan, Kathryn O'Connor.

Kathryn dan pengantin lelaki, James Oliver kemudian bertindak menolak penyu tersebut dengan tangan mereka. 

Oliver kemudian meneruskan majlis perkahwinan dengan mendukung isterinya itu manakala seorang jurugambar merakamkan peristiwa melucukan itu. - Agensi

Wednesday, December 1, 2010

CoretanMaya: Apa Beza Layanan Si Dia Selepas & Sebelum Kahwin

 Credit:Google

Bagi yang sudah menempuh alam perkahwinan pasti dapat membezakan layanan si dia sebelum dan selepas kahwin. Adakah layanan si dia masih sama semasa anda berdua di lamun cinta asmara atau semasa awal perkahwinan dulu?

Kebanyakan yang saya dengar dari rakan-rakan yang dah berkahwin, mereka ceritakan kepada saya. Yang layanan suami mereka lain dan jauh berbeza semasa sebelum kahwin dulu. Masa kenal dulu bukan main baik sangat, bila dah kahwin keluarlah sikap buruk yang kita tak berkenan tu.

Ada masanya mereka suka sangat nak control kebebasan kita sampai itu ini pun tak dapat dilakukan. Control suami or isteri boleh tapi jangan terlalu melampau. Setiap orang ada hak tertentu dan batasnya. Jangan sampai mengongkong kehidupannya. Terasa macam hidup dalam neraka pula. Tapi neraka lebih dasyhat kan??


Tapi bagi saya tak semua orang akan berubah selepas kahwin. Ada setengahnya masih kekal dengan kemesraan mereka masa berkasih mesra dulu. Ada juga yang lebih romantik. Bagi saya mengekalkan kemesraan dan semarakkan cinta sepanjang masa penting dalam hubungan. Baru kasih sayang sentiasa berseri. Entahlah itu pendapat saya saja.


 Sekali-sekala keluar dinner romantik best juga

Menyintai atau menyayangi seseorang ni semacam payah juga kadang-kadang. Terlalu sayang sangat pun payah. Tak sayang pun payah. Sedang-sedang jelah. Yang penting kasih sayang dan cinta sentiasa bersemi dalam hati masing-masing.

Layanan si dia berbeza selepas atau sebelum kahwin bergantung pada hubungan yang anda bina sendiri. Keharmonian sesebuah rumahtangga penting untuk sebuah hubungan yang kekal selamanya. Kalau boleh nak hubungan yang sentiasa disinari kasih sayang sentiasa. Semua orang nak perfect tapi bukan semua kita akan dapat. So, usaha dulu baru tau resultnya.


Nukilan;

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."