Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label perfume. Show all posts
Showing posts with label perfume. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Intai2 Perfume Grade AAA Di MayaOnlineShop

Sekarang ni makin aktif berniaga online. Nak cari duit lebih sikit katakan. Lebih2 lagi nak kahwin...hehehe. Ni nak khabar kat kawan2 bloggerku yang baik hati. Aku ada produk baru nak jual iaitu perfume grade AAA from dubai or hong kong. Bungkusan dan rupa memang macam ori tapi bukan ori ye. Lastingnye 4 jam macam tu. So, oklah bagi anda yang suka perfume dan mempunyai budget yang berpatutan.



Antara perfume yang ada ialah:
Untuk pilihan lebih banyak boleh jenguh2 sini ye:




Berminat just inbox/pm ye. Oh ya...aku baru mula nak jual perfume ni, kalau yang aku tak tau nak jawab tu, aku minta maaf banyak2. Biasalah budak masih belajar katakan...hehehe. Happy shopping all.

Wednesday, March 9, 2011

Perfume Oh Minya Wangi...Mana Satu Pilihan Hati :)

Naik pusing juga kepala nak pilih perfume apa untuk barang hantaran seterusnye. Sebab sebelum ni aku tak pilih beli perfume untuk boyfriend aku. Kali ni kenalah beli. 


Aku ada tanya pendapat tunang aku tu. Dia cakap sekarang dia guna perfume jenama Hugo Element. Tapi malangnye pembekal yang membekal perfume ni, kehabiasan stok.


 

So, aku terpaksalah cari perfume lain yang juga tunang aku pernah guna iaitu CK Be. Macam mana baunye, aku pun tak tahu..hehehe. Yang penting dia suka.




Tapi kalau boleh aku nak beli yang sets punya. Baru nampak complete and mewah...hehehe. Tapi kalau beli sets memang mahal.


Emmm...bila fikir untuk hantaran, tak pelah mahal sikit je. Bukan untuk siapa pun...untuk dia tersayang...:)

Saturday, February 26, 2011

Tips Mudah Untuk Bezakan Perfume Itu Original Or Tiruan



Petang tadi tengah aku survey2 perfume untuk satu items barang hantaran aku kelak, terjumpalah tips menarik pasal macam mana nak kenal perfume itu ori or tak. Emmm aku rasa amat berguna untuk kita semua terutamanya aku yang tak pernah nak beli perfume yang mahal2 ni...:)


Ok..jom kita baca infonyeeeeeeeeeeeeee....:)


Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini diperturunkan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.


20 perkara yang harus diambil perhatian:
 

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.


2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.


3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.


4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.


5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.


6. Semak Nombor Batch.


7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.


8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.


9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal….


10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.


11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.


12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.


13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.


14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.


15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.


16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.


17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.


18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia 


19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.


20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.


21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."