Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Pati Delima : Buah Dari Syurga



Buah delima...rasa pernah nampak tapi tak pernah makan buah ni. Tapi nak cuba rasa juga. Berminat sebab ada terbaca dalam forum Ratuhati pasal khasiat buah delima ni. Lebih2 lagi bagi ibu2 yang tengah hamil. 


Dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141.


“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)


Khasiat Pati Delima:

•melawan lemak, meningkatkan metabolisma badan
•membersihkan sistem pencernaan, mengurangkan kembung yang tersimpan dan mengempiskan perut
•bakar kalori / lemak
•melawaskan pembuangan
•buang angin dalam badan
•awet muda
•melegakan batuk/kahak/asma
•menurunkan tekanan darah tinggi / kolesterol tinggi
•utk lelaki / wanita - meningkatkan keupayaan libido (seksual)
•mengetatkan rahim (sambil meningkatkan pelinciran semulajadi, menjadikan hubungan intim lebih selesa dan mesra)
•100% dapat mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
•melancar aliran darah
•memperbaiki perjalanan haid
•mengeluarkan peluh / toksin
•melegakan sakit kepala/ migrain
•sangat bermanfaat untuk ibu-ibu hamil - mengatasi masalah morning sickness dan serta mencantikkan kulit baby , Insyallah
•menstabilkan paras kolesterol
•Melawan Penyakit Gout/ Sendi
•Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
•melawan kanser - Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima kaya antioksidan dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada




CARA PENGAMBILAN:
2 sudu pati delima + segelas air (amalkan 2-3 kali sehari)


Aku tak jumpa buah delima lagi kat Bintulu ni, so aku belilah pati delima online. 1st time rasa fuh...punyalah masam. So aku buatkan jus baru masamnye kurang tapi sedap. Elok amalkan setiap hari sebab khasiatnye yang tak ternilai dan lebih2 lagi buah delima buah syurga.

Sunday, April 3, 2011

Bohsannye Hari Ni :(

http://singlesoulsisters.files.wordpress.com/2008/07/boring_by_john_alan.jpg


Aduhhhhhhhhh...bohsannye hari ni. Tak tahu nak buat pe lagi, housekeeping sudah...basuh pakaian, online and baca buku. Nak tengok movies pula rasa malas. Apalah hujung minggu ni tiba2 rasa amat memenatkan. Nak tido pun tak dapat. Mata tak nak lelap, nak buat macam mana...alahai hidup.



Apa pun dah tak tau nak buat apa...online jelah. Update apa yang perlu. Lagipun aku tak de idea nak update apa kat blog aku ni. Ketandusan kata2 pula...hehehe. Oh ya...bagi yang suka shopping produk kesihatan dan kecantikan online, jangan lupa singgah ke blogshop MayaOnlineShop ok....klik link di bawah ini:




Ada macam2 produk di sana, pilih je mana yang berkenan. Lagipun banyak lagi produk yang belum update, tunggu penyelarasan harganye dulu. Aku juga tengah nak dapatkan kelulusan dari ejen yang jual kerongsang, baju muslimah dan Al-Quran, hope pengedar tu ada bagi harga yang murah dan berpatutan. So, dapatlah jual dengan harga bagus punya...hehehe. Oklah...tu je...bye2. Tengah mode malas ni.

Saturday, January 29, 2011

Ngankung Full Movie Online...Jom Tonton!!



Salam ahad semua, tadi tengah nak balas kunjungan rakan2 blogger lain. Tersinggahlah blog 'jiwakacau'. Tengok2 ada movie 'Ngankung' online. Full movie lagi tu, so layanlah kejap tadi. Memang best juga ceritanya. Pengajaran buat yang suka sangat main nombor ekor...hehehe.


Ok..ni sinopsis movie 'Nangkung'...petikan dari blog 'jiwakacau'.

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?

So.....bagi sesiapa yang belum tengok movie ni di pawagam, boleh tengok online di blog 'jiwakacau'. Sila klik link di bawah ni:


Saturday, December 18, 2010

OhTidak, Dunia Dah Terbalik - It Gets Better in Malaysia: Azwan Ismail "Saya Gay, Saya OK"


Dari semalam aku tengok member blogger lain post pasal Azwan Ismail "Saya Gay, Saya Ok" tapi belum lagi tergerak hati aku ni nak tengok video terhangat beliau ni. Hari ni je baru nak jeling2 sikit, itupun kebetulan terbaca berita tentang JAKIM pantau seks songsang di berita harian online.


Bagi aku perkara ni tak asing lagi, lebih2 lagi kita ni manusia akhir zaman yang hari2 bermacam perkara pelik dan gejala sosial yang teruk berlaku. Menandakan dunia makin mendekati hari kiamat. Bila? Aku tak tahu. 


Kalau di luar negara, memang gejala seks songsang ni dah tahap payah nak kawal dan telah dianggap biasa bagi sesetangah mereka. Tapi tak di Malaysia. Kalau sebolehnya janganlah amalkan gejala seks songsang ni, tak elok. Lagipun ajaran Islam sendiri melarang kira dari melakukan perkara terkutuk ni. Nikan budaya dan adat masyarakat Melayu. Silap hari bulan, kita semua dilaknat Allah atas perbuatan songsang ini.

Credit:Youtube


Lelaki yang dalam video ni memperkenalkan dirinya sebagai Azwan Islam, mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 32 tahun membuat pendedahan berani mati melalui blognya bahawa dia seoarng gay. Aku tak pasti apa nama blog beliaulah. Aku pun baru tau kes ni...hehehe.


"Beliau yang bekerja sebagai jurutera selain penyair dan penulis dalam pengakuannya melalui laman web `Youtube' mendakwa dia rela membuat pengakuan terbuka itu kerana percaya seseorang itu perlu mengenali siapa dirinya yang sebenar dan berhak memberitahunya kepada orang lain. 

Dalam video klip pengakuannya sepanjang dua minit 41 saat itu lelaki terbabit juga mendakwa dia mengambil masa yang lama untuk mengenali dirinya sebelum yakin dengan apa yang diamalkan itu serta masa depan kehidupannya menyebabkan ia mendorongnya membuat pengakuan terbuka berkenaan."

Fuh...memang berani mamat ni. Lepas ni siaplah dia kena belasah dan dikutuk habis-habisan oleh masyarakat. Memang bawa masalah betul. Walaupun difikirkan hak beliau memilih jalan hidup sendiri adalah haknya tapi janganlah lakukan di Malaysia ini. Matilah kita semua.....nanti timbul pula berita pasal gay dan lesbian lain yang berani buat pengakuan macam ni juga. Mintalah dijauhkan.

Kita harap pihak kerajaan dan masyarakat bertindak bersama menangani gejala kurang sihat dan menjejaskan kesucian Islam ini. Kalau tidak ia akan berleluasa dan pastinya kita semua akan menanggung dosa yang tak terpikul oleh kita kelak. Mudahan Malaysia dijauhkan dari perkara tak elok ini. Amin.


Dan aku doakan Azwan Ismail..tak tahulah nama sebenar or tak, kembali ke pangkal jalan dan bertaubat atas segala dosa beliau lakukan sebelum ajal memanggil kita. Marilah kita semua sama2 mendoakan beliau insaf atas perbuatannya itu. Amin.

Tuesday, June 22, 2010

Isnin Hari Buffered Earning, NuffnangKu


Hari isnin biasalah hari Nuffnangku. Tiada apa yang menarik sangat. Saja je nak buat post pasal Nuffnang ni. Yelah nak kongsi kegembiraan kerana dapat buffered earning baru untuk bulan Jun 2010 ni. Ni ha....iklan yang mendapat tempat di hati blog aku ni:




Untuk lihat lebih jelas, clik je. Jangan malu2 ye. Iklan Nestle Coffee Mate Love ni memang menarik. Rugi tak tengok tau. Mana tau terjumpa sesuatu yang berharga...hehehe. Promosi sikit bah. Aku sendiri pun belum jelajah iklan tu. Pernah nampak di blog blogger lain. Cuma belum ada hati nak klik. Maybe selepas ni, mana tau. 


Lagipun sekarang tengah fikir2 mahu buka online shop. Saja nak try jual sesuatu yang diminati kat internet. Blogshop aku pun tengah dalam pembikinan...hehe. Macam buat filem pula bunyinya. Maybe taklah sehebat blogshop lain. Biasalah baru nak berjinak2 dalam dunia online business ni. Hope member2 dapatlah bagi sokongan ya. Bagilah pandangan sikit, apa items yang aku nak jual online. Mana tau aku dapat buat. Namun semuanya masih dalam pertimbangan. Kalau jadi akan aku hebohkan satu dunia blogger...haha3. Oklah...time to blogwalking. Chow dulu.

Monday, June 14, 2010

Mask Oh Mask

Sekarang ni memang popular dengan mask dr Taiwan. Sebab harganya berpatutan dan mengunakan bahan semulajadi. Banyak juga blogshop yang jual produck dari Taiwan ni. Kenalah pilih mana satu yang memberi harga yang memuaskan. Yelah nak juga dapat harga yang paling rendah dari semua2 blogshop yang kita terjah...betul tak?


Paling penting, kalau nak beli barang online ni. Kenalah hati2. Takut kena scam dengan pengguna siber yang tak bertimbangrasa. Nak dapat rezeki secara tipu helah je. Syukurlah aku dapat berurusan dengan orang yang boleh dipercayai. 

Minggu lepas aku ada order mask dari blogshop eGlamor Beauty Store. Tuan punya blog tengah buat promosi jualan pertengahan tahun. Harga mask agak memikat hati juga. Pertama kali aku berurusan dengan tuan punya blogshop. Nampak gaya boleh dipercayai. Sebab semua barang saya order sampai hari ni. Tuan punya blogshop ni orang Miri. Next time hope dapat jumpa beliau. Mana tau nak beli lagi.

Nilah mask yang aku order.

Monday, March 29, 2010

Chibby Kun Shop March Giveaway

Yepiii...giveaway baru...mcm best je!!

 
Suka dgn hadiah yg ditawarkan...cute.
 
- 2 x teddy bear mobile strap
- 2 x hanger shawl
 
Utk mgetahui syarat2 pyertaan, silalah clik link kat bwh banner di atas ye. 
 
Kata2 smgt saya buat tuan punya blog yg buat giveaway ni:
 
Saya doakan business beliau berjalan lancar.
Hadapi segala onak duri dlm pniagaan online scara bijak.
Moga sukses selalu.
Kalau business dah untung, jgn lupa buat giveaway lagi ye..hehe3.
 
Ok, bg sapa nk jom..tarikh tutup pyertaan:
 
4 April 2010

Thursday, February 18, 2010

Perabot Baru Untuk Bilik Hostelku

Minggu sebelum cuti tahun baru cina, sy meminta bahagian General Affair memindahkan katil kosong di bilik sy.
Yelah, banyak2 katil pun buat pe. Myemak je.
Then sy meminta mereka mbuat perabot baru utk menambah seri bilik sy tu.
Sy minta buatkan meja, kerusi & rak buku.

Ha...ni dia...dah siap pun.
Cepat juga mereka buat ye.
Boleh tahan juga buatan mereka.


Selesa sikit nk online. Tak payah duduk atas lantai dah.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."