Tak semua yang sanggup korban nyawa untuk jiran sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas jiran mereka. Bagi yang sanggup tu, kira banggalah dengan dia ni. Angkat tabik sikit...he3.
Emm..kalau soalan tu dituju kepada aku, aku pun tak tau nak jawab apa. Rasa tak sangguplah. Kalau tolong perkara tak melibatkan nyawa ok lagi. Bersemangat aku tapi tengok keadaan juga..kan. Tengok pertolongan jenis macam mana. Untuk kebaikan oklah, untuk kejahatan...bye2 jelah.
Sebenarnya beruntung dapat jiran yang prihatin ni & sanggup gadai nyawa untuk membantu menyelamatkan jiran yang dalam kesusahan macam kes ni...baca berita bawah tu ye. Tapi malang menimpa beliau, beliau dikelar & ditikam oleh perompak yang tak berhati perut ni. Mudahan roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah.


