Hiasan semata2
Sebut je mee segera teringatlah zaman study di 'U'. Mee segera ni memang tak pernah lari dari kehidupan seorang mahasiswa & mahasiswi. Biasalah masa study, mee segera je mampu nak beli. Tiap hari makan kat luar tak larat nak bayarlah. Banyak keperluan lain kena cover.
Namun taklah sampai sepanjang hari tu makan mee segera je. Ada juga makan nasi. Hari2 makan mee segera tak lalu nanti tekak nak telan...he3. Tapi kalau keadaan terpaksa, kena juga telan. Dulu pernah dengar mee segera ni tak baik untuk kesihatan sebab boleh menyebab kanser. Betul ke?
Menurut Kementerian Kesihatan, mee segera bukan penyebab kanser. Diulangi bukan penyebab kanser ok. Ini merupakan berita bagus punya bagi pengemar mee segera. Berita lanjut baca petikan Kosmo ni:
KUALA LUMPUR - Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
