Salam hujung minggu warga blogger.Pasti masih ada antara anda yang masih terguling2 atas tilam. Biasalah hujung minggu, time untuk tido or rehat sepuasnye.Tapi jangan sampai lena sampai ke tengahari pula. Tak elok, nanti rezeki lari...hahaha.
Oklah...sempena tahun baru 2011 ni, tak de apa yang menarik sangat berlaku kat Nuffnang aku ni. Semalam aku tengok, hanya ada satu buffered earning baru aku dapat. Syukurlah ada. Kebanyakan buffered earning lain dah jadi metered earning.
Klik untuk tumbesaran
Iklan Maxis Q4 yang cute2 berlegar diblog aku nilah buffered earning untuk permulaan tahun 2011. Hope dapat income banyak sikitlah dari iklan ni. Walaupun trafik blog aku siput je tapi bolehlah tahan juga incomenye, yang penting ada dari tiada...betul tak?
Dan untuk sepanjang tahun 2010, income terkumpul sekarang mencecah RM307.23. Emmm...dah boleh cashout sudah. Tapi rasanya mahu simpan sampai mencecah lebih RM500 plus kot...tengoklah macam mana. Semua income ni datang dari buffered earning. Kalau nak harapkan income dari klik2, tak sampailah sebanyak ini.
Nampak gaya cek ke-3 akan menyusur bebarapa bulan untuk tahun ini...hehehe. Tahun lepas dah dapat 2 ceks. Cek pertama bernilai RM122.70 dan cek ke-2 bernilai RM500.11. So, untuk cek ke-3 kenalah lebih sikit dari cek ke-2...:)
Syukur Alhamdulilah atas rezeki yang Allah berikan. Mudahan kita semua dilimpahkan rezeki banyak2 lagi tapi jangan lupa bersyukur pula nanti.....Love Nuffnang.