Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kulit. Show all posts
Showing posts with label kulit. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Pemenang Ratu cantik Perlu Lapah Ular.....Eiiiii Tak Sanggup Aku!!!

Aduh..kalau nak jadi ratu cantik kena lapah ular, tak sanggup aku. Dahlah aku ni geli sangat dengan ular. Ada kala sampai termimpi2 ular.


 Credit:Kosmo


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Pemenang Ratu Cantik Ular di Sweetwater, Texas perlu melapah ular spesies orok-orok selain diberikan tiara kemenangan, lapor sebuah akhbar semalam.


Pemenang ratu cantik itu, Laney Wallace yang memenangi gelaran tersebut pada minggu lalu hanya menggunakan parang untuk memutuskan kepala dan melapah kulit ular tersebut dengan menggunakan gunting.


"Saya terlalu teruja untuk memutuskan dan melapah kulit ular," katanya.


Daging ular itu digoreng untuk dijadikan makanan ringan, manakala kulit haiwan itu digunakan untuk membuat but dan dompet manakala racunnya pula untuk dibuat kajian.


Pemenang kedua pula diminta mencelup tangannya dengan darah ular tersebut dan membuat kesan tapak tangannya yang berdarah di dinding. - Agensi

Wednesday, January 12, 2011

Kinohimitsu Collagen - Kecantikan Berseri Dari Dalam. Mesti Cuba, Sedap Tau!!


Kinohimitsu...pasti ramai yang dah tau rangkaian produk Kinohimitsu ni rasanyakan. Lebih2 lagi Kinohimitsu bagi aku lebih sinonim dengan Foot Detox Patch. Sebab masa mula2 kawan aku bagitau nak beli Kinohimitsu, aku fikir dia mahu beli Kinohimitsu Foot Detox Patch. Tapi rupanya Kinohimitsu J'pan Beauty Drink Collagen.


Kinohimitsu J'pan Beauty Drink Collagen ni merupakan produk kecantikan yang bermula dari dalam. Dari dalamlah keserian dan kecantikan wajah terserlah. Betul tak?  Malah ia juga berkesan mengembalikan keremajaan kulit, bukan saja pada wajah, tetapi pada seluruh tubuh termasuklah leher dan payudara. Menarik bukan? Apa kata try hari ni.


Pek yang aku beli ni, pek promosi. Dalamnya ada 12 botol dan free 4 botol dengan harga RM135 di Lau Pharmacy, Bintulu. Kalau di tempat lain rasanya sama harga dengan yang tertulis di kotak tu Rm149.90. Mahal juga. Tapi sebab promosi, so belilah try. Mana tau bagus. Lagipun rasa air Kinohimitsu Collagen ni sedap.


So, bagi anda yang mengalami masalah seperti kedutan, parut akibat jerawat, garis2 halus di sekeliling mata dan sewaktu dengannya, bolehlah try Kinohimitsu Collagen ini. Tapi tak paksalah. Setiap orang ada pilihan sendiri..hehe. Lagipun sekarang di pasaran bermacam jenis produk collagen ni. Pilih je mana yang terbaik untuk anda.





Oh ya..belum habis lagi bagi info Kinohimitsu Collagen ni. Untuk pengetahuan anda, produk ni berfungsi memelihara, melembapkan, merangsang, membaikpulih, memudakan dan mencerahkan kulit anda. Kesannya pastinya terbaik. Sepertimana produk lain, produk ni juga anda perlulah amalkan selalu mengikut panduan yang akan disertakan dalam risalah Kinohimitsu ni. 


Emm...lepas ni nak beli produk Kinohimitsu jenis apa pula ye? Banyak jenis keluaran produk Kinohimitsu ni. Untuk suami isteri pun ada, buang lemak, mata dan banyak lagilah. Kenalah rajin2kan diri google website Kinohimitsu. Jom minum collagen...kekalkan awet muda dan kulit yang cantik berseri.

Friday, December 24, 2010

Apabila Kulit Aishwarya Rai Kelihatan Cerah, Timbul Pula Isu Hitam Putih

Hitam putih..cantik apa. Aku suka dua2 colour tu. Hitam nampak menawan dan putih nampak suci bersih. Tapi bila sebut pasal perbezaan warna kulit ni. Aku teringat dengan orang Negro dengan orang putih. Isu perbezaan kulit memang hangat dulu tapi sekarang rasanya dah kurang. Kini pula timbul isu baru.



 Credit:Kosmo


Isu kemarahan para pembaca majalah Elle timbul apabila mereka mendapati kulit artres Bollywood, Aishwarya Rai sengaja dicerahkan ketika dia dijadikan penghias kulit majalah fesyen popular itu.



Siapa tak marahkan...artes kesayangan mereka yang asalnya kulit coklat hitam menawan, kelihatan cerah berbanding kulit asalnya. Nampak sangat penipu. Dan ini menimbulkan isu sensitif...kira sensitif jugalah dikalangan para pembaca majalah Elle. 

"Ia sama sekali mengecawakan kerana kulit cerah sentiasa disanjung dan kulit gelap pula dianggap tidak cantik," kata seorang pembaca yang marah dengan tindakan Elle.

Serius juga ye...emm apa2 pun bagi aku hitam or putih kulit seseorang itu tak penting. Yang pentingnya hati tu. Kalau hati tak putih bersih, suka sangat iri hati, dengki or sewaktu dengannya. Muka cantik putih berseri pun tak guna. Nampak hodohnya...tak gitu?


Jom layan pictures Aishwarya Rai yang cun ni.
Tak kira coklat hitam menawan, aku tetap minat kau Aishwarya Rai.


Cantikkan dia ni..muah :)

Tq to Google atas sumbangan pictures cun2 ni :)

Isu hangat ada disini...baca sendiri:

Pembaca marah kulit Rai dicerahkan

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."