Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kitab suci. Show all posts
Showing posts with label kitab suci. Show all posts

Monday, December 27, 2010

CoretanMaya: Lelaki Yang Sejati....Masih Adakah Di Dunia Yang Penuh Pancaroba Ini?

Adakah kau lelaki idamanku??


Susahkah mencari lelaki yang sejati di era moden ini yang penuh dengan pancaroba hidup dan bermacam2 dugaan yang maha hebat bila2 masa akan melanda hidup kita? Kalau ada di manakah lelaki yang sejati ini sembunyikan diri? Entah mana agaknya ya!


Kalau anda jumpa lelaki yang sejati ini, mahukah anda lepaskan begitu saja? Pastinya takkan. Kalau dah dapat memanglah hargainya semampu diri anda. Melainkan si dia tak menyukai anda...he3. Yelah takkan kita nak terhegeh2 nakkan si dia yang memang tak ada hati kat kita. Buat malu je merayu2 macam minta sedekah pula. Tolong jangan rendahkan diri anda merayu begitu ok. Sebab diri anda amat berharga. Tiada ternilai harganya tau.


Bagi siapa yang tak tahu, begini sikap seorang lelaki yang sejati...kalau ada kurang tambahkan ye! Sama2 kita sharing2 tips yang berguna. Lagipun sharing tu sexykan...he3.


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sumber:tentangcinta


Kalau anda menemui lelaki yang sebegitu, jangan lepaskannya. Hargai si dia seperti anda menghargai diri anda sendiri. Bukan senang nak cari lelaki yang sejati dan baik sekarang. Lebih2 lagi dalam dunia sekarang yang banyak liku2 hidup.
Nukilan;




Thursday, September 23, 2010

Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut



BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.


Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.


Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.


Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.


Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.


Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.


Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. 


Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.


Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."