Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia

Sekadar mengimbas kenangan dulu. Nukilan RMH dari hati ke nukilan pena.



Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia

Dalam meniti arus percintaan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir aku berpisah dengannya
Kerana takdir jua aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu, tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana…
Aku masih menyintai dia
Aku masih menyingati dia
Aku masih berhubung dengan dia
Aku masih merindui dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya kenangan silamku
Dan Kamu adalah hidupku kini
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beriku masa, beriku ruang
Untuk mencari sejauhmana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahamiku….sayang
 
Nukilan: RMH

Saturday, January 1, 2011

Malam Countdown CoretanMaya Di Bintulu, Sarawak - Edisi 1

Kira2 2 hari sudah kita tinggalkan tahun 2010 yang pastinya banyak kenangan pahit manis yang amat sukar dilupakan. Walauapapun, tinggalkan kenangan itu semua. Mari kita cipta kenangan baru yang mungkin lebih baik dari tahun lepas.


Ucapkan selamat datang tahun 2011 dan sematkan azam baru dalam perjalanan hidup anda tahun ini. Sama ada tercapai or tak, terpulang kepada anda untuk mencorak azam anda itu. Moga berjaya aku ucapkan.

Ok, malas nak membebel panjang, jom layan photo aku ambil sepanjang countdown menyambut tahun baru 2011. Gambar yang diambil taklah menarik sangat. Video bunga api tu, ada masalah sikit, kalau tak, dapat tengok bermacam jenis bunga api malam countdown tu. 

 Countdown at Esplanet, Bintulu.


Yang nampak separuh bulat, yang ada patung naga tu..ialah gerbang masuk pesta countdown Bintulu. Fuh...memang sesak jalan sepanjang pesta countdown tu. Kalau tak silap aku pagi sebelum countdown ada pesta kebudayaan...aku tak pasti sebab aku tak pergi tengok pun. Sibuk bershopping katakan.



Pada malam tu juga, Tokong besar yang terletak dalam pusat bandar Bintulu kelihatan meriah juga. Ramai orang berkunjung ke situ. Ada yang bakar apa...aku pun tak tau. Sampai berasap2 aku tengok tokong tu. Kawasan parking situ pun penuh, so parklah mana2 ruang kosong asalkan tak blok jalan sudahlah.



Memang ramai gila orang malam tu, sesak. Aku dan amoi cina cuba nak melihat lebih dekat, tak dapat. Takkan nak selit2 kan..bahaya..hahaha. Menanti detik 12 tengah malam betul2 best. Semua nampak happy je. Orang2 besar yang berada di atas pentas, tak sabar menjerit selamat tahun baru....macam2 gelagat manusia malam itu.




Tepat detik 12 tengah malam, kelihatan bunga api bermacam bentuk memancar indah di langit malam 2011. Wow...memang cantik malam tu. Cuma sayangnye tak dapat ambil banyak photo. Ambil video pun ada masalah. Apalah nasib aku malam tu. Tapi syukurlah semuanya berjalan dengan baik. Mudahan tahun baru 2011 membawa rezeki baik untuk aku and kamu semua.

Thursday, June 17, 2010

Adakah Cinta Hadir Kembali Di Hati, Sedangkan Sayang Masih Ada Pada Yang Lama?


 Credit:Google


Cinta dan soal hati agak payah nak diungkapkan. Nak luahkan pun bukan semua dapat dinyatakan secara jelas. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu. Kadang2 agak bingung juga nak selesaikan masalah cinta dan soal hati ni. Sebab itu, aku biarkan takdir dan masa saja menentukan segalanya.


Bagi yang menyayangi dan mempunyai kenangan terindah bersama kekasih pertama or seterusnya dan terputus atas sebab halangan keluarga ataupun sebab lain yang tak mengundang perselisihan memang agak payah nak lupakan. Itulah yang aku rasakan. 


Memang sukar nak lupakan si dia dan menerima orang baru dalam hati ini. Itulah hati. Payah nak kata. Tapi kalau tekad nak lupakan yang lama, rasanya boleh. Namun tak semua yang dapat berbuat demikian…kan?
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."