Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Puisi Buat Ibu Khas Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu...Selamat Hari Ibu Semua!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhodNd44ihtVv44Wezbfij5xTuXDojbV0M7hfnIeK5JV9WcgipfhAUHTNkHEgeFPR1QMIwsUAThQ1Ut2LxUjGtaY-obFiIKuc7h0ktZznk_4Ql2attaTwh5IXuh8lzZcSxnr7aIDZZ9LMw/s1600/selamat+hari+ibu.jpg


Selamat berhujung minggu dan Selamat Hari Ibu buat ibu2 seluruh dunia. Hari ni pasti hari yang cukup best buat ibu2 sebab anak2 tersayang pasti membuat sesuatu yang istimewa buat anda, tak kiralah masak makanan sedap, makan diluar, terima hadiah dan sewaktu dengannye. Yang penting hidup epy dan bahagia selalu di samping anak2 tersayang...betul tak?



Buat ibu2 di luar sana dan juga ibuku tersayang yang berada di kampung, aku tujukan puisi indah ini buat renungan kita bersama...terima kasih atas kasih sayang dan cintamu, ibu..:)


PUISI BUAT IBU

Ibu

Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..


Ketika aku menangis dalam takut,
Engkaulah yang menenangkanku..
Dan ketika aku jatuh sakit,
Engkaulah yang selalu berada di sampingku..


Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..


Kini aku telah dewasa,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,
Berharap kan menjadi orang yang berguna,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..


Terima kasih ibu,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...
 
PETIKAN DR:LUBUKPUAKA

Saturday, January 29, 2011

Orang Kahwin Makin Ramai, Orang Cerai Pun Lagi Ramai...Apa Puncanya?

Membawa haluan masing2.



Fenomena kahwin dan cerai makin menghantui alam perkahwinan manusia akhir zaman sekarang. Tak kira kahwin muda or dah lama kahwin. Perceraian seolah2 satu kewajipan dalam sebuah perkahwinan sekarang. Rata2 yang mengalami proses perceraian ini ialah yang kahwin muda. Salahkah kita kahwin muda? Adakah kahwin lewat usia, semua berakhir dengan happy ending macam cerita dogeng fairy tales? 


Tak kira kahwin muda or lewat usia, yang menjadi persoalan sebenar kenapa perceraian harus berlaku dalam sebuah perkahwinan yang diharumi dengan kasih saying permulaannya? Kenapa? Pelbagai jawapan dan pendapat aku dengar di facebook bulan lepas.


Ada yang mengatakan tiada jodoh penyebab penceraian berlaku. Itu memang tidak dinafikan sekali. Bila dah tak de jodoh, kita sendiri tak dapat nak buat apa2kan. Ada juga sebab keluarga yang suka bising2 bila anak dah menjangkau remaja, sibuk nak suruh anak kahwin cepat. Sedangkan anak masih belum mengenal erti tanggungjawab sepenuhnya dan pendidikan belum cukup lagi di dada. Hah..perlukah salahkan keluarga dalam hal ini? Anda fikir sendiri.


Punca yang lain ialah sebab diri kita sendiri. Sepertimana komen salah seorang di facebook. Dia cakap ‘berapa juta kaum hawa tak tutup aurat atau tutup tapi saja melekok2kan apa yang terlekok. Sebab itu suami boring. Lama2 si isteri di hempok. Sebab kaum hawa memang tak reti jaga maruah dan iman. Biasalah dalam neraka pun ramai kaum hawa.’ Rata2 pengomen terlalu menyalahkan kaum hawa dalam hal ini. Bukan aku menafikan apa yang dikatakan beliau. 


 Tolong jangan lepaskan saya.


Memang ada setengahnya kaum hawa sedemikian. Namun, harus diingat punca sesebuah perkahwinan runtuh bukan hanya terletak pada bahu kaum hawa. Terokai diri anda sendiri sebelum menuding jari kepada sepisis berlawanan. Bila kaum hawa tergelincir ke landasan iman, sebagai suami haruslah membimbing tangan kaum hawa menuju ke arah iman yang diredhai Allah. Bukannya menuduh dan membiar kaum hawa terkapai begitu saja. Fikirlah sendiri. 


Sebenarnya banyak punca perceraian yang berlaku. Nak tulis semua kat sini, rasa tak larat pula. Paling ringkaslah lengkapkan diri dengan agama dan iman di dada. Praktikkan ilmu rumahtangga yang telah diterangkan semasa kursus kahwin, cuba fahami tanggungjawab sebagai suami isteri sebelum or selepas kahwin. Jangan kahwin hanya kerana rupa dan nafsu kerana ia hanya membawa keruntuhan rumahtangga.


Bagi lelaki yang ingin mencari wanita solehah, lengkapi diri anda dahulu sebelum mengimpikan untuk memiliki mereka. Begitu juga wanita, jagalah perilaku dan maruah anda lebih2 lagi sudah menjadi isteri. Pelajari tanggungjawab anda sepenuhnya. Jaga kerukunan rumahtangga anda sebagaimana anda menjaga maruah diri anda. 


Akhir kata, maaf kira entry ini menguris rasa sesiapa pun. Aku tak berniat untuk menyalahkan sesiapa kerana masalah ini berpunca dari semua pihak tak kira anda lelaki or perempuan. Semua bertanggungjawab dalam hal ini. Renungi diri dan fikir sebelum bertindak. Moga kita dijauhkan dari masalah ini. Moga harmoni rumahtangga yang dibina kerana kita insan biasa, tak pernah lari dari melakukan kesilapan. 



Nukilan;



 

Friday, January 7, 2011

CoretanMaya: Usia Makin Meningkat Tapi Jodoh Belum Tiba, Apa Harus Anda Lakukan?

Keluarga Impianku..:)


Bila usia makin menjangkau 30-an, lebih2 lagi bagi kaum wanita. Ia adalah satu tempoh yang memang merungsingkan bagi mereka. Terutamanya bagi yang masih belum bertemu jodoh. Yelah risau dikata orang anak gadis tak laku or andartu.


Biasalah masyarakat kita ni, memang mulut tak pernah lari nak kutuk orang. Semacam tak senang je. Macamlah mereka nak jaga diri kitakan. So, peduli apa orang cakap. Mereka tu cakap banyak je. Sedangkan tak tahu perjalanan hidup anda. Jikalau belum ada jodoh lagi dan sudah berusaha. Berserahlah kepada Tuhan menentukan segalanya.


Jangan rasa kecewa, bila anda belum bertemu jodoh anda. Kerana Tuhan telah mencipta setiap kita pasangan masing2. Cuma bila ketemu, hanya Tuhan saja yang mengetahuinya. Namun kita harap, tak terlalu lewatlah untuk menikmati hidup berumahtangga. Berusaha dan berdoalah selalu kepada Tuhan. Moga kebahagian milik anda kelak.


Lagipun sekarang zaman moden. Fikiran setiap wanita lain2. Ada yang suka kahwin usia 30-an, kerana mereka juga seperti lelaki ingin kejar kerjaya yang diidamkan. Namun naluri untuk dicintai dan berumahtangga tetap ada. Cuma perlukan masa yang sesuai je.


 Cincin kahwinku...hehe

Di zaman moden ni juga, agak payah nak jumpa lelaki yang sejati. Bermacam2 perkara kita dengar mengenai kes penderaan wanita. Maybe itu kadang2 membuat setengah daripada mereka risau untuk menempuh alam perkahwinan or sebab kecewa dengan cinta yang dulu berakhir dengan kesudahan yang tak menyenangkan.


Apa2 pun sebabnya, kita semua memang perlukan pasangan hidup untuk saling bergantung antara satu sama lain. Lebih2 lagi di usia tua kelak. Kasih sayang dan memiliki keluarga sendiri memang lumrah dalam kehidupan setiap manusia. Betul tak? Fikir2kanlah. Kerana anda yang mencorak kehidupan anda sendiri. Moga bahagia mengiringi hidup kita semua. Amen.
Nukilan;




Saturday, June 12, 2010

Apa Yang Selalu Anda Lakukan Di Hujung Minggu?


Hujung minggu merupakan hari untuk anda berehat2 di rumah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Itu saja masa yang dapat anda luangkan terutamanya bagi yang sentiasa sibuk dengan kerja. 


Selalunya anda lakukan apa pada hujung minggu ya? Kalau yang sudah berkeluarga. Mestilah ingin luangkan masa bersama anak2, isteri dan suamikan. 


Pergi picnic di pantai or taman reakreasi. 


Pergi membeili belah bersama keluarga.


Wednesday, December 30, 2009

Adakah Anda Seorang Yang Degil?Emm...Degil Juga



 Gambar ni tak de kaitan dengan aku

Saya rasa ramai yang degil, cuma sejauh mana degilnya. Itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. Tidak salah pun bersikap degil ni, tapi tengok keadaanlah. Jangan terlalu degil sampai orang membenci anda dan menyusahkan orang lain.

Apa faktor yang menyebabkan orang degil agaknya ya. Saya pun tidak pasti. Mungkin juga disebabkan sikap ego dalam diri manusia itu sendiri yang mendorong sikap degil itu. Ataupun disebabkan keturunan. Adakah sebab macam tu. Tak pastilah. Kadang-kadang ada juga. Yelah, bila salah seorang, bapa atau emak yang bersikap degil. Anak juga akan mengikuti jejak mereka. Itu memang tidak ada buktilah mengenai hal tersebut. Cuma sekadar cakap kosong.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."