Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kaya. Show all posts
Showing posts with label kaya. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Cinta Itu Anugerah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMOFrjW1Mr-k70sChmNPjhF6xQM6OHfqVFgrtQBtl14A3yoKaXkQwahNAYRq03uKtIE2eSzbSbPeMoUvHF6H5moN-bTjYfZOM0zS4dGlHbVC6iq45hyA0XlXbOj3OinyyF3AgIFPI-Cyw/s400/cinta+anugerah+dari+ALLAH.jpg


Cebisan rasa yang aku rasa menarik untuk renungan bersama:)


Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )


Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.


Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..


Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi tidak akan di lupakan, jangan biarkan ia hilang.


Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan


Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.


Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan. Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.


Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.


Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuat kepastian… gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita.


Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah adalah segala -galanya.


Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.


Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati.


Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.


Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.


Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.


Cinta yang dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.


Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung GEMENTAR.


Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.


Jangan sesekali membicarakan perasaan yang tidak pernah ada. Jangan sesekali menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya. Jangan sesekali menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya berbohong.


Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara ibu dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.
 

Thursday, December 30, 2010

Gaji + Bonus + Cuti + Akhir Tahun + New Year + Shopping....Oh Happynye Hari Ni!!

Salam hujung tahun 2010 and happy holiday hari ni semua. Pasti ada perancangan tersendiri hari ni kan? Lebih2 lagi hujung tahun dan malam ni, kita countdown. Menyambut tahun baru 2011 dengan penuh kesyukuran. 


 Happy New Year 2011


Sebelum menjelang malam menanti saat kedatangan new year dalam hidup kita semua. Apa lagi siang macam ni....jom shopping. Kan gaji dah masuk. Bonus pun dah. Itukan yang anda tunggukan selama ini. 

 Boss...apahal tak bagi banyak sikit bonus??


Oh ya, memang kaya semua orang hujung tahun ni. Habis shopping complex kena serbu. Bagi yang belum dapat gaji or bonus tu, sabar jelah ye. Window shopping jelah hehehe. Jangan makan hati bila tak dapat beli barang kesukaan tu...:)


 Wah..cantiknye kasut ni.


Sale sana sini


Aku kejap nanti nak out...shopping, pastinye banyak shopping complex yang buat jualan murah...sale sana sini gitu. Tapi awas jangan membazir pula ye. Belilah barang yang diperlukan saja dan jangan tertipu dengan penjual yang tak bertanggungjawab. Happy holiday...jom shopping. Dah tak sabar ni...nak borong semua barang...hahaha.


 Aduh...tak cukup tangan pula dah..:)


HAPPY HOLIDAY

AND 

HAPPY NEW YEAR 2011

Saturday, December 18, 2010

CoretanMaya: Nak Cari Suami Kaya, Jangan Sampai Tergadai Maruah

Cinta Duit!!


Siapa tak mahu suami kaya. Rasa semua mahukan? Tapi jangan sampai anda merendahkan maruah sendiri untuk mendapat apa yang dihajati. Sebab bukan itu cara yang bagus untuk mendapat cinta daripada lelaki kaya. Macam mana caranya saya tak tahulah. Yelah saya bukan pakar cinta pun.

Ia semua bergantung kepada diri anda sendiri dan citarasa lelaki kaya. Kalau anda mempunyai penampilan yang menarik dan berkeyakinan tinggi. Rasanya dapat. Tapi jangan sampai sanggup jual diri pula ok. Bukan semua lelaki kaya boleh diharap. Bukan saya bermaksud semua lelaki kaya jahat. Ada yang baik bah.


Tapi kalau jumpa lelaki kaya yang jahat macam mana? Yang suka permainkan maruah seorang perempuan. Bukan salah lelaki kaya tu juga, dah perempuan tu ingin sangat bersamanya hingga sanggup gadai maruah. Siapa tak mahu bila dah dibagi..kan? Macam setengah lelaki cakap ‘Kucing mana yang tak mahu ikan. Lelaki mana tak mahu perempuan’. So, fikir-fikirlah sendiri ok. Ayat ni saya dengar semasa tengah lunch dengan member hari tu.

Oh..mataku dah nampak duit...yeppie!!


Tapi bila fikir rasanya ada juga lelaki tak mahu perempuan. Kami dua kawan cakap-cakaplah. Yelah, lelaki pondan dan gay. Mana mahu perempuan kan? Kucing pasti tak mahu ikan, kalau ikan itu ikan palsu. Hahahaha…gurau je.

Kawan saya memang idamkan suami kaya. Harap dia dapat lelaki kaya yang baik hati, yang menyintai dia seikhlasnya. Saya pula. Tak kisah lelaki kaya or tak. Yang penting rajin kerja dan tak malas je. Oklah, sendiri yang pilih masa depan macam manakan. So, terpulang kepada anda sendiri untuk mencorak perjalanan hidup masing-masing.

Nukilan;




Monday, November 22, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows Cecah Kutipan RM190.5 Juta...Wow Banyak Tu!!

Credit:Google


Movie Harry Potter baru dah ditayangkan tp aku blum lg tergerak hati nk tgk. Semua org dah habis layan barulah rs nk tgk...hahaha. Ketinggalan btllah. Bukan apa, tk brp minat sgt nk p wayang tgk. Nk beli vcd, fikir byk kali juga. Wah...kedekutnye aku....hehe.


Sebenarnye aku kureng minat movie Harry Potter ni. Tp adalah juga tgk sikit2. Sekejap je, lepas tu mgantuk. Rs bosan pula. Maybe sbb tk ikuti sepenuhnye jalan cerita dr episod ptama hingga akhir, so rs tgantung je jalan ceritanye bila tgk kejap2 ni. Tk pelah, sapa bminat tu. Layan jelah.


Yg bestnye movie Harry Potter ni, tiap kali tayang je. Pasti mcecah jutaan dollar kutipan. Sbb itulah pelakon2 dlm Harry Potter semakin kaya beb. Rezeki mereka katakan.


Filem Harry Potter cecah kutipan RM190.5 juta

LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 berjaya mencatat kutipan sebanyak AS$61.2 juta (RM190.5 juta) pada hari pertama tayangannya. 

Tayangan pembukaan pada hujung minggu lalu mencatatkan kutipan terbaik dalam siri filem Harry Potter sebelum ini. 

Tayangan pada Jumaat lalu, meletakkan Deathly Hallows di landasan yang betul untuk melepasi kutipan filem sebelumnya, Harry Potter and the Goblet of Fire yang mencatatkan jualan tiket mencecah AS$102.7 juta (RM319.7 juta) pada tahun 2005.

Filem terbaru Harry Potter itu menduduki tempat kelima dalam carta box-office bagi kutipan terbesar pada hari pembukaan.......berita lanjut terjah KOSMO ye.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."