Credit:Google
Kalau anda berkawan dengan ramai manusia, pasti faham perangai setiap dari mereka ni. Lebih2 lagi kalau anda diam di hostel. Tak kiralah hostel tempat anda study or tempat kerja anda. Pernahkah anda jumpa manusia jenis begini, yang seolah2 nak buat orang lain, lebih2 lagi jiran sehostel anda buat sesuatu, macam kulilah. Walaupun tanpa permintaan mereka.Tapi dengan cara psikologi...kira macam tu agaknya.
Pastinya ada antara anda pernah alaminya bukan? Contoh paling senang. Kes angkat jemuran. Aku nak share sikitlah cerita pasal 2 orang budak kat hostel aku ni. Bukan nak mengumpat tapi nak dapat pandangan anda. Mana tau aku ni ada buat silap ke tak. Pastinya adakan...he3.
Alkisahnya begini. Kita kalau diam satu hostel, memanglah sentiasa bantu membantu bukan. Tapi not mean always membantu. Tengok juga keadaan. Sekali dua orang boleh tolong, kalau banyak kali, seolah2 sengaja. Orang pun serik nak tolong. Semacam nak ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Siapa punya jemuran...sila angkat sendiri ye! Sini tak ada tukang angkat!

